Monday, October 4, 2010

Dapat MC

Serius keadaan aku teruk gila sekarang ni.

Malam tadi muntah-muntah sampai ke pagi. Pening kepala toksah citer. Muntah pulak yang kaw-kaw punya sampai semua isi perut terkeluar. Tak boleh langsung nak tido sebab every minutes asyik loya. Tekak pun perit maybe dah luka. Lepas habis muntah, cirit-birit pulak. Memang sengsara hidup aku hari ni. 

Ingatkan nak pergi kerja pagi tadi, tapi dah rupa macam nak mati , so aku sms je bos cakap nak EL. Nak rest, maybe petang karang ok sikit. Sampai ke petang keadaan still tak berubah. Makan or minum pun tak lalu. Takda selera. Takut muntah. Nak taknak kena pergi klinik jugak. So tadi mintak bantuan housemate hantar pergi klinik kat area Seri Kembangan. 

Kat klinik, ramai jugak pesakit tengah tunggu. Mengeletar lutut dah rasanya ni tahan sakit-sakit badan ni. Turn aku, doktor check perut, telinga, tekanan darah etc.. Ada demam sikit. Perut kembong maybe sebab tak makan. Aku pun ngadu la kat doktor, muntah dan cirit apa semua tu.. Doktor tanya semalam aku makan apa? Aku cakap pagi sebelom kelas takda makan apa-apa pun, tengahari bantai McD, malam pulak nasik dengan lauk yang mak aku masakan dari kampong. Doktor kata sebab makanan kot. Kuman kan ada di mana-mana so mungkin makanan tu dah masuk kuman. Aku like...what ever... Aku bajet sebab McD. Pagi tak ambil breakfast, terus bantai McChiken dengan Coke. Habis pulak tu semua. Aku ni bukan pengemar Coke. Selalu aku akan tukar Coke tu dengan Milo no ice. Tapi semalam ntah kenapa aku malas nak tukar. 

Doktor bagi 2 hari MC untuk hari ni dengan besok. So dapat lah rest. Ni pon baru je makan bubur sebab nak makan ubat. Perut pun rasa tak sedap ni. 

Aku sms Sarah, semalam aku dengan Sarah makan McD sama-sama. Aku bagitau dia aku dapat MC 2 hari. Dia reply, dia pon MC 2 hari jugak! Muntah dan cirit-birit jugak. Sah! Memang McD la punyanya. Minum air bikarbonat (bergas) time perut kosong sangat tidakkkk bagusss okkk... 

Time sakit camni teringat kat mak. Boleh picitkan kepala, lenguh-lenguh badan ni... Tapi tak sampai hati nak risaukan dia. So tahan sakit sendiri je lah... ):




4 comments:

SitiMashitahSaidin said...

semoga cepat sembuh~

qistinasafiah said...

aloh, ciannya aunty...hm, lain kali makan mcD ajak saya, ok! :D

mama pesan suruh bykkn minum air masak, ya? get well soon, muah!

+dieabella+ said...

get well soon..=)

iCaLoVeZiE said...

saya pun pernah muntah-muntah makan nugget mc d. tapi masa tu minum coffee.memang makanan dia kot eh?