Friday, October 1, 2010

Angkara Kambing

Serius aku gelabah gila ok. Henpon tu dah jadik nyawa.. nyawa... Nak pulak henpon baru kan? Tak ke mengelabah ayam kau bila ilang? Pastu pulak henpon tu orang bagi sebab mengantikan henpon yang kau hilangkan which is henpon yang hilang tu pun orang tu jugak yang bagi. Paham? Tak paham kalu, baca jugak sampai paham.

 

Macam ni cerita sebenarnya.

 

Minggu ni kan penuh jemputan open house dari pintu opis ke pintu opis. Taip-tiap hari ada je jemputan. Memang tak putus. Jimat duit asyik makan free. Tengah hari tadi one of department kat sini buat open house. Of kos aku takan menolak punya lah kan. Ada kambing golek kau. Actually aku bukan peminat kambing itu pun tapi langsung takda bau or rasa hanyir. Memang totally delicious la.. Siap tambah 2-3 kali. Efek belakang kira. Janji wa melantak.

 

Dah habis makan, balik opis memasing. Dah duduk dalam 10min baru teringat nak check henpon. Eh? Eh? Waaaaaa...baru teringat henpon tertinggal kat department tu tadi. Mengelabah naik atas pi carik. Takdeeeee... Ah sudahhhhhhhh!!!!!!!!

 

Semua orang aku buat kerahan carik henpon termasuk orang katering, orang cleaner aku mintak tolong. Call henpon ada ringing. Selalunya kalo pencurik henpon mesti dorang dah off kan henpon tu kan? Ni ringing lagi ni. Mesti ada orang simpankan. Fine. Positif ok.

 

Berpuluh kali jugak aku ulang-alik department tu. Mintak tolong dengan kengkawan kot-kot ada sesape yang jumpa. Siap publish dalam fb. Tinggal tak buat announcement dan hantar e-mel satu bangunan je. HEHE.. Segan lah. Kecuaian sendiri. Melantak langsung tak tengok kiri kanan. Kambing punya fasal henpon hilang. Kambing pulak yang salah kan? HEHE.. Silap jugak tadi sapa suruh kau bawak henpon kan? Padan lah muka kauuuuu...

 

Pape pon, takyah mengelabah lebih2. Terima kasih to those yang sudi menlelong dan mensimpan henponku itu. Jasamu ku kenang. Moral,  jangan letak henpon merata-rata. Kena ingat, tak semua orang baik macam orang ini. Kena hati-hati dan jangan cuai. Most important, jangan salahkan kambing golek kalo kau tu dah memang jenis melantak tak ingat dunia!

 

 

6 comments:

ecah..merangkap anak cik nan said...

kambing dlm perut jugak yg jd mangsa kene mrh...hehe

@rtzam said...

huahuahua..cian dia..nasib baik jumpe balik,2lah klu mkn kna beringat.,tapikan kambing golek mmg sedop..emmm..lapolah plak..

missSenget said...

kambeng golek sgt laa tidak bersalah dlm hal ni...hahahaha~~

Rama2Ungu said...

penah gelabah skali pasal henpon..hahah..adeeh..bila kenang balik cam bodoh rasa pun ada..kehkeh...pasahal sah2 henpon tu dah letak cantik22 kat meja solek..skali bleh tak prasana siap slongkar kete bagai..hahahaha

Ila Ramli said...

ahahaha... 'org itu' yg sgt baik hati tulung simpankan sehingga ke saat akhir. 'org itu' kata senin nih, cik yatt kenalah wat openhouse kt meja nya... harussss.. haha :P

qistinasafiah said...

aunty, baik sungguh org itu, ya? lelaki ke? *wink wink..

*apa kata aunty gantung je enfon tu kt leher..lebih selamat terutama time mkn, maklumlah masa mkn mana peduli semua tu; mama pun pernah ilang masa makan juga ;)