Monday, October 18, 2010

25 cara untuk kurus tanpa ubat-ubatan

Mulai hari ini, aku akan mentepek tips-tips dan cara-cara untuk mengkuruskan badan dan penjagaan kesihatan. Bukan apa...ini sebenarnya untuk peringatan diri-sendiri jugak. Asyik lah membebel nak kurus tapi asyik lah jugak tak ingat (sebenarnya buat-buat tak ingat) contoh macam pagi ini (dan pagi-pagi sebelumnya ;P) punya lah cakap selera takda tapi tangan dok pilih nasik lemak bungkus telo mata lembu (tapi rasanya dah tak rupa mata lembu dah..tang kuning dia dah pecah. Tak kawwww...). So macamano?

 

Kita mulakan dulu dengan cara nak kurus secara tradisional. Tanpa ubat-ubatan yang akan menseksakan perut aku. Kita tengok berapa hari boleh jalan cara ni. Aku akan cuba start besok sebab tak elok membazirkan nasik lemak duahenget ni kan? HikHikHik... Dushhhhhh dushhhhh!!! (hantuk kepala kat meja)

 

1. Jangan berlapar   
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle' (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadamkan.

9. Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit
Makan secara kerap 5-6 kali sehari tetapi dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan
Beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan
Kalau boleh, jangan ada langsung dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai
Pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran
Sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari 
Anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu  anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus  asa untuk berdiet.

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.

16. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan satu diari
Simpan satu diari makanan boleh memberi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan  yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa  lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat  atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga  boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik
Untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan, cara memasak paling baik adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring  makanan
Ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarangan tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Memberi peluang makanan untuk  turun
Biasakan berjalan-jalan sesudah makan untuk membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum  wanita
Perlu ambil perhatian mengenai tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah  perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda  kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut
Gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula-hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula 
Setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki  lif.
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam.
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat  melancarkan peredaran darah.
v. Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikkan dan  merampingkan peha anda.

Ada pulak hambaAllah mensedekahkan nasik berlauk. Nak ambil ke taknak? Haihhh... Dugaannnnnnn

12 comments:

kobEj0rdan~ said...

nice2, saye da kurus dgn tips ini:P

nkara said...

really???
wahhh..bestnya.
saye belom... ):

CiK QiQi said...

tp kn nk kurus plg cpt ialah kite ssh ati..mmg kmpom kurus cpt..huhu

tp ni amat la xdgalak kn coz emosi kite pon jd prob^_^

Fantastic Ajane said...

wow nice entry.. nti FA ikut..hehehe..need to lose huge ammount of weight...:)

ecah..merangkap anak cik nan said...

oh ye..ecah nk tmbh cikit...

8 gelas air sehari 2 depends pade berat badan n saiz....org yg agak overweight xleh minum air 8 gelas sehari...

penah bace ni sumwhere..dh lame dh..huu..sharing is caring...lalalala

nkara said...

cik qiqi,
tak jalan lah..
i kalo susah ati lagi kuat makan..
camno?

FA,
we lose together okeh...
eh..FA takda la beso sangat pon... ;)

nkara said...

ecah,
yeke cah?
bagus info ko nih...
agaknya tu pasal berat aku tak turun.. (yeah tambah lagi satu alasan kenapa saye tak kurus2)

;P

shark said...

xdek ker 25 cara nk gemuk:)

nkara said...

kalo aku senang je...
MAKAN!!!
kompom aku akan gemok.
hahahaha...

Lydia Miza(Aidyl Azim) said...

nice tips...saya amalkan tips ni,dan boleh turun berat dr 63 kg ke 53 kg dalam masa setahun

nkara said...

lydia,
sabas bete...
masalahnya nak nunggu setahun tu yang aku slalu failed! ):

MJ said...

hmmm..ye ke?