Friday, October 29, 2010

Bila CUEPACS mintak pegawai awam pencen 60 tahun

Entah larat entah tidak nak kerja sampai umur 58 tahun ni. Tu lah gatal tukar options dari 56 ke 58 tahun. T____T

Thursday, October 28, 2010

Gulpppp... (telan air liur)

Tekak aku rasa nak makan benda ini...





Paling kaw kat Restoran Riang-Riang Seri Kembangan. Mabelesssss...
Tekak aku la, tekak korang...ada aku kisahhh? Hehe..
Bestnya kalo dapat makan sekaranggggg!!!!

Sape nak teman aku weiiiiii????

Wednesday, October 27, 2010

Kisah Ferarri, Evo10 & Kelisa

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa biru tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada seorang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu. Tidak ada sebuah kereta pun berhenti. Tiba-tiba datanglah sebuah kereta evo10 berhenti di sebelah kelisa tu tadi.

"Ada apa ni pakcik? Kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an.

 

"Aah..rosak." jawap pakcik tu simple aje...

"Ok, cam ni…saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" kata mamat ni bagi idea.

"Worrait gak tu. Tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik..." mamat ni pun ikatlah tali kat kereta kelisa di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye. Dia pun jalanlah dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat ni laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..

Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo10. Apa lagi, jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari ni...lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.

Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi high beam bagai nak rak. Mamat evo10 tu dah tak sedar dah angin punya pasal. Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.

Vrooommmmmmm......berdesup peginye...

 

“Ini dah lebih speed limit ni...” kate polis ni. “Cecah 250kmj memasing ni...”

 

Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya saman kereta-kereta yg laju ni...

"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari, sebuah evo10 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye.........sebuah kelisa biru tengah cucuk angin evo10 tu dan bagi hon dan high beam nak potong!!!"

Tuesday, October 26, 2010

Oh! My Goddess

Friday, October 22, 2010

Exam

Exam akan start hari Isnin ini. Jadual exam aku sem ni agak mensesakkan urat sendi aku. Paper 1st 25/10, 4/11, 7/11 dan 8/11. Horrornya tang 7 dan 8hb tuuuuu... Tengah gigih stadi walaupun kebanyakannya stido. Ni pun masih di opis mencari bahan-bahan rujukan. Ok ok sambil berbeloging jugak. Notes yang lecturer bagi sangatlah tidak lengkap. So memang kena carik rujukan dalam internet. Nak harapkan berukben kat umah yang sangat ‘sipot-lari-lagi-laju’ tu, baik aku stay kat opis walaupon kadang-kadang terasa bulu reroma aku kejap naik, kejap turun. Harap-harap takde lah yang buat drama slot seram tv3 depan aku sekarang ni.

 

Semester ni ambil 4 paper je. Ni pun kira berat jugak nak bawak untuk yang bekerja sambil nak belajar ni. InsyaAllah...if takde paper yang sangkut, tinggal 2 sem lagi tahun depan habis. Doakan aku ok...

 

Ok sambung stadi.   

 

 

 

20 Unchangeable Rules in ANY OFFICE

1. Rule 1 - The Boss is always right. 

2. Rule 2 - If the Boss is wrong, see Rule 1. 

3. Those who work get more work. Others get pay, perks, and promotions.

4. Ph.D. stands for "Pull Him Down". The more intelligent a person, the more hardworking a person, the more committed a person; the more number of persons are engaged in pulling that person down.

5. If you are good, you will get all the work. If you are really good, you will get out of it.

6. When the Bosses talk about improving productivity, they are never talking about themselves.

7. It doesn't matter what you do, it only matters what you say you've done and what you are going to do.

8. A pat on the back is only a few centimeters from a kick in the butt.

9. Don't be irreplaceable. If you can't be replaced, you can't be promoted.

10. The more crap you put up with, the more crap you are going to get.

11. If at first you don't succeed, try again. Then quit. No use being a damn fool about it...

12. When you don't know what to do, walk fast and look worried.

13.. Following the rules will not get the job done.

14. If it weren't for the last minute, nothing would get done.

15. Everything can be filed under "Miscellaneous".

16. No matter how much you do, you never do enough.

17. You can do any amount of work provided it isn't the work you are supposed to be doing.

18. In order to get a promotion, you need not necessarily know your job.

19. In order to get a promotion, you only need to pretend that you know your job.

20. The last person that quit or was fired will be held responsible for everything that goes wrong.

Thursday, October 21, 2010

Sambutan Minggu Alam Sekitar (MASM) 2010

Minggu Alam Sekitar Malaysia (MASM) Peringkat Kebangsaan 2010

Pada : 21-27 Oktober 2010
Masa : 8.00am - 5.00pm

Aktiviti :
Pameran Alam Sekitar dan Produk Mesra Alam serta Jualan
Eco-Hunt Berbasikal
Kempen Kesedaran Pengurusan E-Waste

Sesiapa yang mempunyai peralatan elektrik/elektronik yang hendak dilupuskan bolehlah membawa ke tapak Pameran E-Waste pada 21-23 Oktober 2010 ini bertempat di tapak lapang bersebelahan Wisma Sumber Asli, Presint 4, Putrajaya. Antara syarikat yang terlibat adalah seperti Nokia, Dell, Hewlett Packard (H-P), Epson, Kualiti Alam, Tex Cycle, Tes-Amm dan banyak lagi.

Bagi yang ingin menyertai Eco-hunt Berbasikal pada 23 Oktober 2010, sila hubungi Razidan 03-8871 2063 atau Faisal 03-8871 2079

Datanglah beramai-ramai. Hadiah menarik menanti anda.
"""Pemuliharaan Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama""

 

 

p/s : jom ramai-ramai sokong program opis saya. (:

        pagi tadi ada majlis pelancaran MASM (pakai baju batik kaler hijau).

Wednesday, October 20, 2010

Program Eco Hunt Berbasikal

Sila klik untuk pembesaran bijik mata anda.

 

Kalau isnin nih takde exam memang aku dah join Eco Hunt Berbasikal nih. Buku hapah tak baca lagi nih. Haih!

Sesapa yang nak join tu cuba la kontek urus setia tu. Aku tak sure penyertaan dah tutup ke belom.

 

Tuesday, October 19, 2010

Uji minda

Mana satu aku?

Sapa terer sila teka tapi takda hadiah.

Anggap saja ini untuk menguji tahap IQ anda. HEHEHE...

 

Monday, October 18, 2010

Masih dalam mode Broga

kredit : kukubesi manipulasi

 

 

Ini gambar memang feveret aku.

Tetiba verangannnnn... ;p

 

Ramai pulak yang dok post gambar posing kat atas Broga Hills dalam FB. Dan dan lah pulak buat ekspedisi menangkap gambar atas batu (tak gayat eh?), celah lalang (miang pun takpa. takda hal okk) dan buaian ala-ala Datuk Dr. Angkasawan dan isteri (padahal kalau sebelom ni tak penah teringin pon nak naik)

 

Amat jeles okkk...

Habis exam nanti kena ajak Dahling buat ekspeting (ekspedisi plus dating) kat situ jugak. Main (baca: utama) aktiviti adalah kau tangkap gambar aku, aku tangkap gambar kau. Mau bergambar berdua kalu, mintak tolong je sesapa yang ada kat situ. Setel.

 

 

p/s : dengan harapan Dahling baca. *wink*       

25 cara untuk kurus tanpa ubat-ubatan

Mulai hari ini, aku akan mentepek tips-tips dan cara-cara untuk mengkuruskan badan dan penjagaan kesihatan. Bukan apa...ini sebenarnya untuk peringatan diri-sendiri jugak. Asyik lah membebel nak kurus tapi asyik lah jugak tak ingat (sebenarnya buat-buat tak ingat) contoh macam pagi ini (dan pagi-pagi sebelumnya ;P) punya lah cakap selera takda tapi tangan dok pilih nasik lemak bungkus telo mata lembu (tapi rasanya dah tak rupa mata lembu dah..tang kuning dia dah pecah. Tak kawwww...). So macamano?

 

Kita mulakan dulu dengan cara nak kurus secara tradisional. Tanpa ubat-ubatan yang akan menseksakan perut aku. Kita tengok berapa hari boleh jalan cara ni. Aku akan cuba start besok sebab tak elok membazirkan nasik lemak duahenget ni kan? HikHikHik... Dushhhhhh dushhhhh!!! (hantuk kepala kat meja)

 

1. Jangan berlapar   
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang  dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle' (otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasaannya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisme tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2. Ambil sesuatu yang pahit sebelum makan
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. Minum 8 gelas air sehari
Air mengurangkan selera makan anda secara semula jadi dan membantu badan memetabolismekan simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. Elakkan minum minuman yang bergas
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. Ambil sarapan pagi
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisme juga meningkat untuk membakar kalori.

7. Makanlah dengan perlahan-lahan
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukkan kepuasan.

8. Kunyah makanan kepada cebisan lebih kecil
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadamkan.

9. Biar makan kerap dengan  kuantiti yang sedikit
Makan secara kerap 5-6 kali sehari tetapi dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan
Beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan
Kalau boleh, jangan ada langsung dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai
Pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana  minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan  sayur-sayuran
Sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari 
Anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu  anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus  asa untuk berdiet.

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan  pembakaran lemak.

16. Pilih lebih banyak bijirin dan kekacang dalam makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijirin dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan satu diari
Simpan satu diari makanan boleh memberi pengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan  yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa  lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat  atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga  boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka  menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik
Untuk mengurangkan jumlah kalori dalam makanan, cara memasak paling baik adalah merebus, memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring  makanan
Ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin
tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarangan tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Memberi peluang makanan untuk  turun
Biasakan berjalan-jalan sesudah makan untuk membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda  berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum  wanita
Perlu ambil perhatian mengenai tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah  perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda  kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut
Gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat  dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula-hoop. Gerakan ini mungkin  boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula 
Setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilo kalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk  langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang  cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat.
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik  tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah dengan menaiki  lif.
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju  dengan nafas yang dalam.
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik  bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat  melancarkan peredaran darah.
v. Tunggang basikal dan kayuh  perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikkan dan  merampingkan peha anda.

Ada pulak hambaAllah mensedekahkan nasik berlauk. Nak ambil ke taknak? Haihhh... Dugaannnnnnn

Friday, October 15, 2010

Setiaku di sini

Dah macam tajuk lagu la pulak kan? Tapi lagu apa ye... tak hingat la pulak.

 

Macam mana pembentangan bajet 2011 tadi? Aku tengah menunggu pukul 6 nak download teks ucapan bajet tadi. Mana tau masuk exam Malaysia Economy 7haribulan ni masak aku jadinya. So kena ada la sikit pengetahuan tu ye tak? Antara yang best-best aku dengar, cuti bersalin dah diluluskan 90 hari (oh tak sabarrrrr...), cukai import dikurangkan so sama-sama lah kita menjana ekonomi negara... boleh beli perfume banyak-banyak (ni kawan aku cakap), bantuan khas kewangan untuk orang gomen RM500 sahaja (alhamdulillahhh..), PTK dimansuhkan mulai Jun 2011 dan digantikan dengan satu kaedah or penilaian yang lain and so on...

 

Ok habis bajet 2011, sambung ‘setiaku di sini’ pulak... ;P

 

Gambar kat atas tu takda kena mengena dengan bajet tadi tapi ada kena dengan tajuk syahdu aku ni. Antara minah-minah di atas, tinggal aku seorang je masih setia di opis ni. Yang lain semua dah keluar ke opis lain. Syahdu ni petang ni sebab... eh lupa nak kenalkan aweks-aweks di atas tu. Dari kiri belakang tu, Linda dan Suhaila. Kiri depan pulak, Nadia, aku dan Sue. Ni gambar kitorang masa tahun 2007 kalau tak silap aku. Time tu semua bujang trang tang tang lagi kecuali si Suhaila tu dah beranak 2 dan Sue time nih tengah pregnant anak pertama. Hari ni, Sue pergi meninggalkan aku... bukan meninggal mati lahhhh tapi bertukar ke opis lain. Sedih okkk...

 

So hari ni aku nak membebel pasal kawan-kawan kesayangan aku ni. Tanda aku sentiasa mengingati korang semua...ecewahhh bluwekkk... :)

 

Suhaila

Aku kenal dia tahun 2006, dia masuk beberapa bulan lepas aku. Time tu dia tengah pregnant anak kedua. Agaknya korang perasan kot rupa dia ni...nama dia tengah melonjak naik dalam dunia pem-belog-an ni. Sapa tak kenal Sumijelly (http://sumijelly.com/) kan? Dia naik pangkat dan bertukar ke Tourism tahun 2008. Alih-alih tukar sana pregnant pulak anak ketiga. Sungguh produktif okkk... asal tukar opis je pregnant...ni bajet 2011 dah luluskan 90hari cuti bersalin ni boleh la pregnant anak keempat pulak ye tak? Walaupon dah tukar opis, dia ni still rajin kontek-kontek kawan-kawan kat sini especially aku.. sampaikan ada yang pelik sebab dulu aku dengan Sumi ni sangat suka bergaduh. Gaduh-gaduh sayang..HAHAHA... Memang aku salute la kat dia kalau bab-bab bertanya khabar kawan-kawan ni. Nak harapkan aku telepon jangan lah diharap sangattttt... Haihhhh...

 

Nadia

Lepas Sumi tukar, Nadia aka Kecik pulak tukar sebab naik pangkat jugak. Murah rezeki dorang kan? Aku suka panggil dia Kecik sebab dia kecik (mentang-mentang la beso kan...) HAHAHA... Dia tukar hujung 2008 jugak kalau tak salah aku or awal 2009...kurang pasti. Pandai masak si budak kecik ni. Nak-nak ikan patin masak tempoyak...memang melelehhhhh. Hujung bulan ni bakal melangsungkan perkawenan. Menu utama ikan patin masak tempoyak. Perggghhhh..wajib pergi okkkkk!!!

 

Linda

Orang pertama yang aku kenal dan rapat kat opis. Umah kitorang pun dulu kebetulan satu blok tapi lain pintu. So acara berkongsi kereta amat dipraktikkan. Yang jadik drivernya mesti lah aku kan tapi bawak kereta dia. Nasib baik kereta kecik dan auto. Senanggggg sangatttt... Dia baru tukar ke utara tanah air bulan 6 lepas. Lepas kawen kena ikut suami. So terpaksa lah melupakan keseronokan kota KL lepas ni ye Linda. Banyakkan bersabar..HAHAHA.. Jangan taktau lepas dok sana terus terer masak. Syabas bete! Oh ye...Linda boleh ditemui di sini à http://babylis-mzlinda.blogspot.com/

 

Sue

Today is her last day, next week lapor diri ke Wisma Putra. Wahhh..seronok gila dapat chance pergi obesea kan? Jeles okkk jelessss... Tapi takpa..kot-kot ada rezeki kang aku nak apply jugak lah. Mana tau rezeki aku kan.. amin cepat! HAHAHA... Lepas bos naik pangkat, dia pon kena tukar department lain jugak ikut bos. Nama pon PA bos kan? So kena lah folow walaupon hati tu tak rela... Paling aku suka, tiap tahun dia mesti buat openhouse raya. So sebagai tetamu jemputan memang aku akan dok kat umah dia dari pagi sampai petang. Dah macam tuan umah pulak lagaknya. Satu lagi alasan... makanan tak abis aku tapau bawak balik. HEHEHE...

 

Huurrmmm.. Last-last aku jugak yang dok setia kat sini. Aku kena bertahan sampai habis stadi. So nak tanak kena sabarrrrr... Sejak kawan-kawan baik aku ni takda..memang rasa sunyi sikit tapi biasa lah kan...kawan datang, kawan pergi...kawan-kawan lain ramai lagi. Betul ke????

 

Thursday, October 14, 2010

Si Pengkayuh Basikal

Hari tu..tu..tu..tu... banyak hari dah sebenarnya nak post gambar si pengkayuh basikal asyik lah tak lepas-lepas. Daripada beribu-ribu gambar (tipu) hanya 10 gambar saja lulus tapisan. Memandangkan tak lepas jugak send pakai e-mel nih, so aku Cuma dapat bagi tengok 4 gambar ni saja lah ye. Yang lain-lain semua ada dalam fb. So sapa nak add aku, sila cari nkara17@yahoo.com.my. Bagitau anda siapa ok sebab aku tak accept friends secara semberono. Takut ‘virus’... ;p

 

 

p/s : Hari ini kena rajin buat kerja.. kerja.. kerja.. ):

Wednesday, October 13, 2010

Siaran Secara Langsung Ucapan Bajet 2011 melalui Portal Perbendaharaan Malaysia

Pembentangan Bajet 2011 oleh Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan akan diadakan pada 15 Oktober 2010 (Jumaat) jam 4.00 petang.

 

Selain dari stesen-stesen televisyen seperti RTM, TV3, NTV7, ASTRO dan BERNAMA membuat liputan siaran langsung, Pembentangan Bajet 2011 juga akan disiarkan secara langsung (webcasting) melalui Portal Perbendaharaan Pembentangan Bajet 2011.  Ini bagi memudahkan pengguna-pengguna internet mengikuti siaran langsung Ucapan Bajet 2011 berkenaan.  Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my

 

Teks Ucapan Bajet 2011 dan Laporan Ekonomi 2010/2011 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejurus selepas Y.A.B. Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Bajet 2011.  Selain dari itu Bajet 2011 boleh diakses melalui:

 

 Mobile Web -  www.treasury.gov.my/bajetmobile

Pautan RSS - www.treasury.gov.my/bajet2011rss.xml

 

Pautan menerusi laman web agensi-agensi di bawah Kementerian Kewangan seperti berikut:

Kastam Di Raja Malaysia - http://www.customs.gov.my

Bank Negara Malaysia - http://www.bnm.gov.my

Suruhanjaya Sekuriti - http://www.sc.com.my

Lembaga Hasil Dalam Negeri - http://www.hasil.gov.my

 

 

 

p/s: Info dari emel opis… Berdoa lah kot-kot ada ‘habuan’ untuk kita… HEHEHE…

 

Tuesday, October 12, 2010

Makna disebalik bunyi 'HON' kenderaan

Kalau korang semua ingat hanya bunga-bungaan jer ke yang ada maksud disebaliknya? Korang silap!!!

Pernah tak masa driving, kadang-kadang kita dengar kereta yang berselisih atau kereta di belakang kita membunyikan hon?

Percaya atau tidak…

Tahukah korang bahawa setiap bunyi hon itu ada maksud tertentu disebaliknya.

 

Aku bongkarkan maksud disebalik bunyi-bunyi hon tersebut untuk korang sekarang. Please take note yer! HEHE…

 

1 x HON PENDEK    - pemandu tu nak cakap “HAI”
2 x HON PENDEK    - pemandu tu nak cakap “TERIMA KASIH” atau “JUMPA LAGI”
3 x HON PENDEK    - pemandu tu suruh kenderaan depan tu cepat sikit (biasanya kat traffic light time dah hijau tapi tak reti-reti nak jalan)
1 x HON PANJANG - pemandu tu beri amaran kereta lain bahawa diorang memandu secara merbahaya dan hampir menyebabkan kemalangan
2 x HON PANJANG - pemandu tu marah “HOI!!!… BODOH XDER OTAK KE????”
4 X atau lebih HON PENDEK - pemandu tu cakap ;

                                                

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

TIIILAM! TIIILAM!… TILAM LAMA, TUKAR BARU.. TIIILAAAM!… TIIILAAAAM!”

 

 

Monday, October 11, 2010

Korang semua sama aje!!

Seorang pelancong Cina masuk ke dalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.

Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?

Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".

Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?"

Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"

Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.

"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.

"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.

"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.

"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Menjejeh air liur tengok persandingan kayangan Datuk Dr SM ni. Gojes ya amat okkkk... Bila la nak dapat tajaan macam ni  jugak. Hermmmm...berangannnnnnnn...

Hari ni besday mak. Tak dapat balik nak celebrate pon sebab ada kelas dari pagi sampai ke petang. Rugi kalau skip sebab selalunya kelas terakhir sebelum exam start hujung bulan ni lecturer akan bagi tips-tips nak jawab soalan exam. Jenuhnya nak ngabihkan stadi ni..







Mak dan chocolate indulgence-nya.
Time aku takda la korang nak ber-secret recipe-nya. Telan air liur je la aku kat sini. Waaaaaa....

Happy birthday Mak.
Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Sayangggggg makkkkk!!!

Saturday, October 9, 2010

Ada apa dengan 9 Oktober?

Happy Birthday Linda!
yeyyyy..tepuk tangan. tepuk tangan.


Complete set aku bagi kau tau...
Ada kek... hadiah... teddybear... suka tak? suka tak? HAHAHAHA..
Tu kat pipi tu..nampak? nampak?
Mmmmuahhhhh!

Happy birthday my dear friend..
Walaupon jauh dimata, tapi dihati tetap ada..nak-nak bila time makan. kau memang sentiasa diingatan.. HEHEHE...

Semoga panjang umur, murah rezeki, gembira hari-hari, jangan sedih-sedih tau...
Nanti ada masa kita jumpa gosip-gosip ek...


p/s : Sory..aku cilok gambo dalam fb ko.. =P

Friday, October 8, 2010

Farewell

terasa amat poyo bila post entry macam ni...

ada cara lain tak?

Thursday, October 7, 2010

Sambutan Hari Raya Versi Opis

Semalam aku dah cerita ada majlis sambutan hari raya di opis secara gedabak besar-besaran. Actually takda la besaran sangat pon. Biasa-biasa aje. Makanan pon tak mewahhhh.. maka makan pon tak ‘mewah’ jugak kan? Semua secara sikit yang kalau di kumpul menjadi bukit. Eh tetiba buat-buat pelik.

 

Mesti pelik kan napa aku tak membebel kat bawah each gambar-gambar ni kan? Ke korang nak cakap ‘Ade aku kisahhhh???’... ):

Semenjak tak boleh nak berbelog kat opis ni, semua entry aku post pakai e-mel saja. Senang memang senang.. tapi nya (ada gak tapi.. kalo dah bodo IT tu macam-macam alasan la kau bagi) tak boleh nak membebel macam buat entry biasa. Maksud aku, lepas ko ngomel..tepek gambar, ngomel lagi..tepek gambar lagi, ngomel lagi...dan seterusnya. Guna e-mel ni aku kena attached gambar macam send attachments dalam e-mel pastu baru membebel kat bawah. Amat sedih kan? Atauuuuuuu...ada cara lain yang aku taktauuuuuu???? Baik korang bagitau cepatttt!!! Aku malu marah nih!!! HAHAHAHA...

 

Ok sambung cerita pasal jamuan tadi.

 

Tahun ni opis aku invite 2 orang artis jemputan, Isma AF (ala kakak si Tomok tu) dan Wak Herman Tino. Tahun lepas kalau tak silap aku kitorang jemput DJ Dave (dah Dato’ kan? Lupa...). Tahun lepas agak havoc ok time DJ Dave nyanyi. Ada sorang akak tu naik ‘sheh’ tetiba berlari nak berjoget dengan DJ Dave. Haru.. haru.. Ada yang kata akak tu ada tak betol sikit...entah lah. Tak baik kutuk dia kan?

 

Lagu apa yang Isma dengan Wak Man ni nyanyi...jangan la tanya ye. Time ni aku dah ke mana ntah. Maklum la rambang sangat mata sebab MC 2 hari. HEHE... Yang gambar bawah tu, Isma dengan ‘hantu-hantu’ yang baru lepas buat persembahan. Takut tak? Aummmm... eh! Grrrrr... eh! Kikikikikikieeeee... Errr...camna bunyi antu hah?

 

Tunggu pulak tahun depan artis mana lagi terjah NRE ya...

Wednesday, October 6, 2010

Jeli kulit babi?

 

(nampak ke? Tak nampak kelik le bagi beso...)

 

 

 

Biar betikkkk jeli kaler-kaler nih ada unsur-unsur ‘ba alip ba ya’ (cakap je babi kan senang). Geli-geleman pulak tekak aku wehhh.. Punya la peberet kecik-kecik dulu melantak benda alah nih. Errrr...dah tua-tua ni kalau sua depan aku pon aku ngap jugak. Sejauh mana kebenarannya aku taktau. Aku terjumpa dalam link fb tadi. Surat khabar apa pon aku taktau. Kalau lah betikkkk (benarrrrr)... tumpang ke tandas dulu ye bang... bbeluwekkkkkkk!!!

 

Wallahualam....

 

 

Hari ni masuk kerja dengan muka yang dibuat-buat sakit. Eh tak.. betul-betul sakit lah. Rupa-rupanya hari ni ada jamuan raya dengan pelancaran pengkayuh basikal opis. Jamuan raya tu aku tau. Tapi saja taknak pakai baju glamer sebab takda mood nak beraya. Makan pon tadi sikit je. Ambik laksa sikit, lemang sikit, rendang sikit, lontong sikit, kek sikit.. semua sikit lah. Tapi sikit-sikit kenapa jadik bukit nih?

 

Petang pulak, ada pelancaran NRE Cyclists (pengkayuh basikal) oleh YB Menteri. Untuk gimik kitorang round building opis je. Masing-masing mengeluh, berlagak tak keluar peluh konon. So, lepas pelancaran kitorang kayuh pusing PICC pulak. Walawehhhhhh... aku palinggggg belakangggg... mengigil lutut kauuuu...

 

Besok baru tepek gambar. Nak balik tompang kawan. Wa tak larat nak jalan beb... Mengigil lutut ni. T____T

 

 

Wanita cantik sempurna pada usia 31 tahun

 

Eh eh... betol ke nih?  (senyum sampai ke telinga)

 

Monday, October 4, 2010

Dapat MC

Serius keadaan aku teruk gila sekarang ni.

Malam tadi muntah-muntah sampai ke pagi. Pening kepala toksah citer. Muntah pulak yang kaw-kaw punya sampai semua isi perut terkeluar. Tak boleh langsung nak tido sebab every minutes asyik loya. Tekak pun perit maybe dah luka. Lepas habis muntah, cirit-birit pulak. Memang sengsara hidup aku hari ni. 

Ingatkan nak pergi kerja pagi tadi, tapi dah rupa macam nak mati , so aku sms je bos cakap nak EL. Nak rest, maybe petang karang ok sikit. Sampai ke petang keadaan still tak berubah. Makan or minum pun tak lalu. Takda selera. Takut muntah. Nak taknak kena pergi klinik jugak. So tadi mintak bantuan housemate hantar pergi klinik kat area Seri Kembangan. 

Kat klinik, ramai jugak pesakit tengah tunggu. Mengeletar lutut dah rasanya ni tahan sakit-sakit badan ni. Turn aku, doktor check perut, telinga, tekanan darah etc.. Ada demam sikit. Perut kembong maybe sebab tak makan. Aku pun ngadu la kat doktor, muntah dan cirit apa semua tu.. Doktor tanya semalam aku makan apa? Aku cakap pagi sebelom kelas takda makan apa-apa pun, tengahari bantai McD, malam pulak nasik dengan lauk yang mak aku masakan dari kampong. Doktor kata sebab makanan kot. Kuman kan ada di mana-mana so mungkin makanan tu dah masuk kuman. Aku like...what ever... Aku bajet sebab McD. Pagi tak ambil breakfast, terus bantai McChiken dengan Coke. Habis pulak tu semua. Aku ni bukan pengemar Coke. Selalu aku akan tukar Coke tu dengan Milo no ice. Tapi semalam ntah kenapa aku malas nak tukar. 

Doktor bagi 2 hari MC untuk hari ni dengan besok. So dapat lah rest. Ni pon baru je makan bubur sebab nak makan ubat. Perut pun rasa tak sedap ni. 

Aku sms Sarah, semalam aku dengan Sarah makan McD sama-sama. Aku bagitau dia aku dapat MC 2 hari. Dia reply, dia pon MC 2 hari jugak! Muntah dan cirit-birit jugak. Sah! Memang McD la punyanya. Minum air bikarbonat (bergas) time perut kosong sangat tidakkkk bagusss okkk... 

Time sakit camni teringat kat mak. Boleh picitkan kepala, lenguh-lenguh badan ni... Tapi tak sampai hati nak risaukan dia. So tahan sakit sendiri je lah... ):




Sunday, October 3, 2010

Walk on wings, tread in air

Khamis lepas aku ada order makaroni dan lasagna dari seseorang yang agak fofular. Artis kah? Ye, agak fofular macam artis jugak tapi dalam versi dunia blogger. So, petang jumaat tu aku pergi amik sendiri sebab dia dah bagitau no delivery. Ok takde hal. Lagipun kawasan tu agak familiar, masuk tol terus sampai.

Actually agak nebes ok nak jugak akak ni. Maklum la aku ni blogger kecil-kecilan je. Macam tak setaraf je nak jumpa dengan blogger otai macam dia ni. Sepanjang perjalanan nak ke rumah dia, berdebar okkkk. 1st time jumpa bakal mak mentua hari tu pun tak macam ni. HAHAHAHA.



Sesapa yang selalu folow belog walk on wings, tread in air mesti tau siapa kah gerangan wanita ini. Dalam sehari je trafik dekat 4-5ribu okkkkk. Bestnya kalo dapat trafik camni kan?

Kecik molek je orangnya. Kulit hitam manis. Tapi takde le hitam sangat macam yang selalu dia cakap dalam belog tu pon. Biasa-biasa je... Dengan muka tidak malunya aku mintak izin nak tangkap gambar dia. Alang-alang dah sampai kan? Rugi woo kalo takde bukti.



Nak bagi bukti lagi kukuh???
Tuuuu diaaaaa...
Agak selebet muka aku. Tak sempat nak basuh muka lepas senam robik.
Time datang ni, aku jumpa Kak Di je. En Wan dengan Redza ada kat tingkat atas. Jumpa pon tak lama, amik barang, sembang kejap pastu balik. Lagipon dah petang sangat, segan jugak nak lama-lama dengan orang yang baru kenal walaupon bersembang dengan Kak Di macam rasa dah kenal lama. Takpe lain kali order lagi pastu sambung sembang balik. boleh?



Rupa paras makaroni.



Ini pulak rupa paras lasagna.

Yang lasagna tu sampai je rumah aku dah perabihkan. Tak dan nak perangat balik. Takde microwave sebenarnya. HEHE.. Makaroni aku rasa sikit je pastu besok pagi bawak pergi opis. Perangat dalam microwave kat opis. Berbau satu opis kau. Pastu buat-buat taktau bila orang tanya. 

Sesapa yang nak rasa, sila order pada Kak Di okk. Sodappppp...

Friday, October 1, 2010

Angkara Kambing

Serius aku gelabah gila ok. Henpon tu dah jadik nyawa.. nyawa... Nak pulak henpon baru kan? Tak ke mengelabah ayam kau bila ilang? Pastu pulak henpon tu orang bagi sebab mengantikan henpon yang kau hilangkan which is henpon yang hilang tu pun orang tu jugak yang bagi. Paham? Tak paham kalu, baca jugak sampai paham.

 

Macam ni cerita sebenarnya.

 

Minggu ni kan penuh jemputan open house dari pintu opis ke pintu opis. Taip-tiap hari ada je jemputan. Memang tak putus. Jimat duit asyik makan free. Tengah hari tadi one of department kat sini buat open house. Of kos aku takan menolak punya lah kan. Ada kambing golek kau. Actually aku bukan peminat kambing itu pun tapi langsung takda bau or rasa hanyir. Memang totally delicious la.. Siap tambah 2-3 kali. Efek belakang kira. Janji wa melantak.

 

Dah habis makan, balik opis memasing. Dah duduk dalam 10min baru teringat nak check henpon. Eh? Eh? Waaaaaa...baru teringat henpon tertinggal kat department tu tadi. Mengelabah naik atas pi carik. Takdeeeee... Ah sudahhhhhhhh!!!!!!!!

 

Semua orang aku buat kerahan carik henpon termasuk orang katering, orang cleaner aku mintak tolong. Call henpon ada ringing. Selalunya kalo pencurik henpon mesti dorang dah off kan henpon tu kan? Ni ringing lagi ni. Mesti ada orang simpankan. Fine. Positif ok.

 

Berpuluh kali jugak aku ulang-alik department tu. Mintak tolong dengan kengkawan kot-kot ada sesape yang jumpa. Siap publish dalam fb. Tinggal tak buat announcement dan hantar e-mel satu bangunan je. HEHE.. Segan lah. Kecuaian sendiri. Melantak langsung tak tengok kiri kanan. Kambing punya fasal henpon hilang. Kambing pulak yang salah kan? HEHE.. Silap jugak tadi sapa suruh kau bawak henpon kan? Padan lah muka kauuuuu...

 

Pape pon, takyah mengelabah lebih2. Terima kasih to those yang sudi menlelong dan mensimpan henponku itu. Jasamu ku kenang. Moral,  jangan letak henpon merata-rata. Kena ingat, tak semua orang baik macam orang ini. Kena hati-hati dan jangan cuai. Most important, jangan salahkan kambing golek kalo kau tu dah memang jenis melantak tak ingat dunia!