Monday, September 6, 2010

TV3 Tarik Balik Iklan Raya

Kenapa mereka tarik balik? 

Sumber ini aku dapat dari e-mel pagi tadi. Mula-mula terkejut jugak bila kali pertama tengok iklan mereka dalam fb malam tadi. Memang terang sangat takda makna islamic langsung. Mungkin pengarah iklan ni bukan muslim sebab kalau muslim, mereka patut bertaubat sebab mencampur-adukkan islam dan semua pegangan lain termasuk kristian, hindu dan illuminati.
 
Kat sini ada beberapa ulasan tentang iklan raya ni. Kalo nak percaya atau tak, itu terpulang okeh..


Scene 1 

Budak lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
 
1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
2.Buku – Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
 
1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
5.Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3

Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
 
1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4

Budak lelaki Melayu dengan seorang budak perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu).

1.Budak lelaki dan budak perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5

Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6

Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/ perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan.

Scene 7

Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh.

Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda.
 
Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

Wallahualam.

Sumber : E-mel.

6 comments:

KABAKOGA said...

langsung tak disangka2..

Maria Elena (Zarul) said...

wow sape yg terjemahkan da whole advert ni agak hebat n teliti ek.
tapi tu la. media skang takleh nak caye dah!

+dieabella+ said...

ape motif dorg kuarkn iklan mcm nih?ingat org skang xleh pk ke..hoho

anipstudio said...

.....menarik pasal iklan raye ni, sub text yang kita x nampak....mcm yang ktorng stdy kat sini, psal la dorang x selidik dlu b4 siarkn bnde ni,.....lgpn, klau dorng xselidik pn, xde mendenye raye ade terbang2 naik beca....haha...org raye mintak maaf la....g umah org...haa

nkara said...

harap lepas ni TV3 takkan pandang ringan lagi pasal iklan sensitif macam ni.

selamat hari raya semua!

faraleya said...

mcm2 now kan . tv3 must lebih prihatin lepas nyy . sebelum ny psal AJL tu . ny iklan hari raya pulak =="