Tuesday, September 28, 2010

Tips memikat lelaki

Hujan tengah turun selebatnya dengan bunyik guruh dan petir berdentum dentam. Bestnya kalo dok umah kan? Boleh terbongkang atas katil. Nak pulak tadi pegi open house ofismate. Makan tambah sampai 2 kali...errrr tipu, sebenarnya mentambah nasik beringin sebanyak 2 kali, nasik impit plus rendang daging 1 kali, mee bandung 1 kali juga, kuih raya berbalang balang berkali kali... Pehhhh besok dan besok dan besok sampai habis raya sebulan ada bermacam macam lagi open house. Perot kenyang tapi susah hati sebab berat semakin naik. (tapi time makan tak ingat pon, lepas makan baru menyesal) HEHE... 

Hari ni nak share tips, bagaimana mahu memikat lelaki. Sambil menhirup milo instant di sebelah kiri dan balance kuih raya di belah kanan, aku bagi korang tips baekkkk punyeeee...
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia. Tapi kadang kadang jadi sombong ni perlu jugak. Kang nampak terlalu murahan pulak kan. So pandai pandai la...
  2. Berwatakan menarik (personaliti yang mampu mengugat hati sang lelaki)
  3. Jujur dan sentiasa merendah diri (tapi jangan over sangat merendahkan diri okk, kang kena pijak pulak. Secukup rasa saja.)
  4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka. (ni pon pandai-pandai la ok..ikut logik)
  5. Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (yang ni ikut taste masing-masing. Ada yang suka kurus cekeding, ada yang suka gemok cam aku (eh), ada yang suka montel-montel...tepuk dada tanya la ko nak makan ape..)
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut (kompom aku kena rejek tang lemah lembut tu)
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang ada minati. (godaan kah?)
  8. Jangan terlalu mengkongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Sesetengah benda wanita kena berdikari, jangan dok harap sangat dengan lelaki ni. Tapi kalauuu dorang sudi sangat nak menolong.. apalah salahnya kan? Nak-nak pulak tayar tengah pancit, tak koser ok nak tukar tayar sendiri... Tapi jangan selalu sangat paksa dan mensusahkan dorang. Kang dorang fedap pulak. Kan baru nak memikat..dah dapat kang baru la kenakan kaw-kaw. Opsss...HUHU
  9. Semasa berinteraksi dengan mereka, jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. (mata saja bagi yang bujang, tangan dok diam)
  10. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang pada lelaki yang anda minati. Kalo dah seksi takan nak ngorat ustaz pulak kan? Hagak-hagak la...
  11. Selalu memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat si dia. Sekarang kad-kad dah tak in so bagi je sms yang jiwang-jiwang. Tak tahu kalu google je..belambak.
  12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa mensembunyikan sesuatu. Kalo bagitau dorang terlupa zip seluar agak-agak dorang suka tak? 
  13. Bila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk membagitau si dia bahawa kamu boleh didekati tapi bukan type murahan. Jinak-jinak merpati gitu..
  14. Jangan bersikap selalu jual mahal semasa bersama mereka. Mahal sangat kau pon tanak beli kan?
  15. Bijak mensesuaikan diri dalam apa jua keadaan. 
  16. Paling penting... lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik. Tu sebab baru dating sekali tangan dah merayap kan?
  17. Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa saja. Pantang tok nenek dorang tau!

Ok ke tak tips ni?





    6 comments:

    sumpit said...

    saa dah aplly bagitau aku kat blog aku yer.... heheheheh


    JEMPUT MELAWAT
    LATIHAN MENYUMPIT

    Rama2Ungu said...

    hahahahaha....nice one..i looikke!!

    mr.curly said...

    amboiiiiiiii.. penuh pngalaman nmpakk.. hehe

    DaRa MaNiskU said...

    nenek nk pakai ok tak???? haha,part lemah lembut tu xleh guna..

    nkara said...

    sumpit,
    bole bole...hehe

    rama2ungu,
    i loike too..

    mr. curly,
    errr..pengalaman bang..hehe

    dara,
    ok je nek..try le..hehe

    qistinasafiah said...

    psstt...saya nak try jugalah aunty :P
    (tapi...make it secret ok!)