Thursday, September 30, 2010

Tips elakkan mengantuk

Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Aku yakin kebanyakan mereka tidak berniat pun untuk tidur, cuma..ntah la..kita memang senang terlelap dalam bilik kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.

 

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Aku sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab aku selalu jugak tertido dalam kuliah. Bukan sebab aku tak cukup tidur. Bukan sebab aku malas, tapi….mungkin sebab keadaan terlalu senyap, subjek susah sangat nak faham dan bosan.

 

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:

 

1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecturer start jer,makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk.Amalan ini saya telah praktikkan kepada seorang kawan saya yang mudah sangat mengantuk. Lecturer baru start mengajar kat depan, dia dah menguap. Aku fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya aku beli chewing gum yang bewarna warni khas untuk dia,memang berkesan usaha ni. Dia dah tak ngantuk malah lebih bersemangat lagi.Betul atau tidak anda kena cuba sendiri..hehe

2. Bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?

3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.

4. Kalau ngantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.

 

Cukuplah 4 tips ni. Simple kan? Bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan. OK. Selamat mencuba.

7 comments:

FareedSairi said...

selalu je ngantok dlm kuliah, da macam2 try...tp yg plg power sekali...lelapkan mata anda seminit dua. confirm segar (nak power lg kasi sampai kena sound ngan lect) hehehe

Rama2Ungu said...

hoho...praktik no 2 tu..
dulu msa study ngantuk bila tak cukup tido je..n masa time kelas boring..ahaha...cara mudah, suh kwan picit tangan n g basuh muka..hahah

Dc said...

nice tips..suke2:)

maCy said...

banyak selalu buat. keluar terus pergi cafe pn ade gak.hihi

qistinasafiah said...

..pasal tu lah saya tak mengantuk, ya? terlebih air! hehehe
(ini kes mama selalu mengeluh saya tak mahu tidur..)

Gayahspears said...

huhu~salu gak try tip camni ade kwn suruh masa sekolah dulu la...hehehe

+dieabella+ said...

setuju ngan encik fareedsairi...senang jek nak ilangkan ngantuk nih..kne sergah ngan lecturer..terus segar nak mampos..hahaha!