Thursday, September 2, 2010

Kuku panjang, kuku pendek


masa sekolah dulu, Ustaz selalu pesan... tak elok simpan kuku panjang. sebabnya mensimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi!!!! oppss...khinzir lembut sikit, jika kesemua jari kita simpan kuku panjang... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut... jadi cepat potong kuku sekarang!

cara potong kuku mengikut sunnah Nabi.


jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi mengunakan tangan untuk beristinjak.

orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong dan lain lain. apa apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala otak.

percayalahhhhhhh...

untuk yang bujang beringat ok... kalau nak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah perempuan atau laki laki yang sentiasa berkuku pendek. takda selera tau tengok pakwe berkuku panjang. nampak sangat pengotorrrr... euwwww!!!

kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli (bukan coli = bra). kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun cap Dettol sekalipun. takut tak???

so rajin rajin lah mempotong kuku untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri dan juga orang tersayang. geli tau guna kuku panjang korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya. cotton buds berlambak lambak kat kedai okkk...

selalunya kita akan potong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. nak tau kenapa? baca ini...

"Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-’Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-’Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

besok jumaat... jangan lupa potong kuku ye... (:

1 comment:

kuku pendek said...

this n3 bring me here..do visit my n follow my site.. :)