Tuesday, September 7, 2010

Keselamatan Jalan Raya

Bersempena dengan musim cuti persekolahan dan perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba, diingatkan  kepada semua agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa serta mengamalkan pemanduan berhemah ketika di jalan raya. Peningkatan kadar jumlah trafik pasti berlaku kerana kebanyakan pengguna jalan raya  mengambil peluang membawa keluarga bercuti sempena musim cuti perayaan ini.
 
Patuhilah petua Keselamatan Jalan Raya seperti dibawah ini:- 

1. Rancang perjalanan terlebih dahulu. Jika rasa letih, mengantuk, berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

2. Sentiasa ikuti had laju yang ditentukan.

3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
9. Jika anda memandu dengan kadar 60km/j, jangan berada di lorong tengah. Sikap pentingkan diri anda akan menyebabkan orang lain kehilangan pahala kerana memaki hamun anda.  
 
Akhir kata dan pesanan untuk semua,
 
Amalan memandu kereta dan menunggang motosikal tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan serius disisi undang-undang, iaitu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah seksyen 26(1) tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor dan seksyen 26(2) mana-mana orang yang melanggar subseksyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. 

Selamat pulang ke kampong halaman...
Pandu cermat, jiwa selamat.



p/s: Rabu ni aku balik kampong kat Perak. Korang balik mana?


5 comments:

qistinasafiah said...

Perak! Yay...
Aunty, jemputlah datang rumah opah saya ya?

erkies said...

Jumaat nih aku beraya kat putrajaya.. uwaaaaaaaaaaaaaa :(

nkara said...

Qistinasafiah,
insya-Allah...
nanti jemput datang umah aunty jugak tau. kan mama dah tunjuk umah..hehe

erks,
symp. berkhidmat untuk negara (lah sangatttt..) hehehe

farysa said...

farysa dh blik rumah dh dkt kdh
hehe

nkara said...

farysa,
samat ari raya dik!