Wednesday, September 22, 2010

Jalan-jalan Hari Raya

Masih lagi dalam mode raya. Kali ni nak cerita pasal jalan jalan raya pulak. Raya pertama dah pegi beraya rumah kawan kawan sebujangan seperjuangan.Sempat pegi 3 buah rumah je. Lagipun dah lewat pegi beraya, pukul 3.30pm baru gerak. Sebuah rumah beraya sampai 3 jam. Maklum la jumpa kawan sebujangan seperjuangan memang banyak gossip. Itu pun tak habis..kena tunggu raya haji pulak. (padahal kawan sebujangan seperjuangan memang ada 3 orang je.HUHU)

Raya kedua pulak, famili ajak beraya ke Kg Selabak, Batu 3, Teluk Intan. Ni kampong belah mak aku. Mostly satu kampong tu sedara mara dan JAWA. Ok aku seorang JAWA PERANAKAN (ade ke jawa peranakan???). Maknanya aku seorang ni jawa yang tak reti cakap mahupun paham bahasa jawa. Tapi takat mangan, gedi... siji loro telu papat limo...tu aku reti la sikit sikit. Belah mak aku je pon, genetik bapak aku lagi kuat. HEHE..

First rumah yang kitorang serang, rumah Arwah Wak Daman.


Aku tengok meja dengan balang kuih raya ni dari aku kecik sampai sekarang camni je. Senang nak bagi tetamu makan gamaknya.


Mak dengan bini Arwah Wak Daman (nama aku lupa) :'(
Kira ini adik ipar mak la sebab arwah tu abang mak. Alhamdulillah...sihat lagi wak ni.


Lepas tu continue beraya dari rumah ke rumah pulak. Dah nama pun satu kampong sedara kan. Tak singgah kang kecik ati pulak. Tapi tak semua rumah aku dapat snap sebab sibok mengisi tembolok sendiri. HEHE...

Yang ini rumah sedara errrr... Kalo arwah nenek aku dengan arwah tok tuan rumah ni adik beradik kita nak panggil apa ek? Dua pupu ke?


Acik Jujue melayan anak anaknya. HEHE...
Oh lupa nak wish kat Nana (depan berbaju biru)... GOOD LUCK FOR UPSR! JAWAB ELOK ELOK TAU...


Mak dengan adik bongsu dia, Mak Usu Rohana. Dulu Mak Usu ni stay kat Sarawak ikut laki dia, tapi balik Semenanjung sebab ada orang kenakan dia. Dia ada bukak kedai makan, disebabkan laris sangat agaknya ada pulak pendengki. Siap hantar ilmu itam (benda halus) kat dia. Teruk jugak dia kena. Ingatkan dah balik sini ok. Tapi benda tu kena kat anak dia pulak. Sampai meninggal... Memang kejam la pendengki tu. Mati kena gigit hantu la kauuuuuu... Sekarang alhamdulillah dah ok, cuma terkilan la anak pulak jadi galang gantinya.


Nak tunjuk baju raya kedua. HEHE...
Still lagi bertemakan BLUE. Tenkiu to Dahling sebab belanja...dan duit raya jugak. (:


 
Anak bongsu (setakat ni) Mak Usu. Ramai anak dia... ada 6 orang. Tapi tak boleh celen mak aku...9 orang okkkk... Budak ni tanak dengan orang. Pegang sikit nages. Ishhh...geram aku.




Tahun depan Jujue nak kawen dah. Waaaaaaaaaaaaaaaa....
Ntah napa aku sebak bila teringat dia dah tak bujang raya tahun depan. Ini maknanya sesi kemas mengemas rumah semua aku kena buat. Tak sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...!!!





Nama je pegi beraya, tapi burger jugak di cari....

Lepas hantar Iyong balik rumah, kitorang serbu pulak stall burger anak dia, Epi. Sapa sapa yang dok area Langkap, jemput la datang beli burger kat stall anak buah aku ni ye. Kasik sapot sket...HEHE...
Stall burger ni depan KFC dan berhadapan Balai Polis Langkap. Sedap wa cakap lu...

Hari raya seterusnya berakhir dengan melayan tetamu di rumah dan....... TENGOK TV DAN TIDO.
Apasal tahun ni semua cerita hantu je ha? Aku tak takutttttttttttt....

2 comments:

qistinasafiah said...

meriahnya raya

aunty, saya tak perasan itu baju raya kedua, sehinggalah aunty sebut..kenapa pilih kaler seakan2..siap berbeads juga..:D

baiknya dahling aunty, tahun depan mintak dia belikan saya sepasang, boleh? *wink-wink*

nkara said...

Nina,
tu la pasal..bole pulak beli kaler yang sama. sebabnya nak beads kait tu la. harga pon mahal..next year tobat la nak beli baju mahal2 dah..bajettttt bajetttt