Monday, September 20, 2010

Hari Raya Bersama Keluarga

Amacam bekerja di hari isnin? Adakah anda masih mabok lemang, rendang dan kueh raya? hehe...

Berkat berkesabaran aku mentunggu budak gemok kuning si DIGI ini lebih sejam, berjaya jugak akhirnya mengupload gambar-gambar raya yang di tunggu tunggu... kan Nina kan kan kan?

Macam biasa, pagi raya kena lah bangun seawal sebelum subuh. Nama pun nak raya setahun sekali kan, kalo bantai membuta je apa jadahnya. Yang amik kontrak basuh kain baju dah bersedia dengan bakul dan mesin basuh. Banyak kali nak basuh tu... Anak, menantu dan cucu Pak Usin semua balik tahun ni. Meriahnyaaaa...

Ada jugak yang tolong masukkan kueh raya dalam balang. Sediakan juadah untuk pagi raya. Budak budak kecik pon sibok memenuhkan dapor. Masing masing dok berebut nak mandi. Bilik air ada 2 pon tak cukup lagi. Haih..

Lepas je yang laki laki balik dari solat raya, semua berkumpul nak bersalaman dan bermaafan. Nak tayang baju raya pon ye jugak. Ehehehe...



Sesi bermaafan mestilah dimulakan dengan pasangan suami isteri merangkap mak ayah aku ni. Oh lupe.. tahun ni tema baju raya adalah biru turquoise. Pak Usin pakai baju raya tahun lepas je.

Lepas tu, anak dan menantu pulak bermaafan dengan mak ayah.



Nampak lengan baju aku tu? Tu lah hasil jahitan Afai kawan lama time sekolah teknik dulu. Nak harapkan aku jahit beads tu memang takde lah ye. Nak jahit sebutir beads pun mengigil tangan. Abis camno nak jahit baju laki ni?



Habis je sesi bermaaf maafan. 
Ini semua anak anak Pak Usin dan Mak Siti. Raya tahun ni sorang je balik lepas raya, si Kocey kena keje sampai raya ke-3. Nasib lah kan.. nama pon keje kat spital. 
Ada 3 orang yang tak ikut tema raya, Kak Eya dan Adik tema hitam dan Babang berbaju hijau. Lainkali boleh tak korang ikut tema?






The Menantu menantus...
Yang berbaju merah tu saje nak menserlahkan diri sendiri. Nasib baik pencahayaan baik, kalo idak nampak baju je lah.. Hahaha...







The Cucu cucus...
Kurang 2 orang cucu dalam ini gambar. Dua dua tengah membuta. Korang kira la sendiri.




Keluarga besar Pak Usin dan Mak Siti. 
Tahun depan kompom tak penuh camni. Tunggu lah 2 tahun lagi...



Anak gadis Pak Usin. Eecehey...
Tudung yang aku pakai tu adalah hasil 'mempow' Kak Anie di Butik Ariani. Orang bayar takpe, nak harapkan aku beli sendiri toksah lah nak harap. Berjimat itu lagi baik kan? Hehe...



Dengan budak kenit yang suka berposing. Macik dia pon tanak kalah okkkk...



Dah beso beso anak buah aku ni. Paling kecik si Adam dah umur 5 tahun (takde dalam gambar). Sape nak beranak lagi weiiii???



Yang ni kena salam lebih skit. Mana tau tahun depan boleh pow lagi. Muehhehehe...


Ni je gambar gambar raya yang telah ditapis. Taruk banyak banyak kang nyusahkan aku nak mengupload. Pasal pegi beraya nanti aku cerita. Jangan lupa datang lagi ye... Selamat Hari Raya all!!!


8 comments:

qistinasafiah said...

wah! Aunty vouge lah dgn baju raya aunty tu! Santekkk! Sedondon lg tu!Uish! Ramai anak buah aunty, ya? Banyak angpau kena hulur tuu :D
Rugi saya tak beraya ke rumah aunty, hehehe..

qistinasafiah said...

wah! Aunty vouge lah dgn baju raya aunty tu! Santekkk! Sedondon lg tu!Uish! Ramai anak buah aunty, ya? Banyak angpau kena hulur tuu :D
Rugi saya tak beraya ke rumah aunty, hehehe..

qistinasafiah said...

alaaa..terdouble post komen! hehe

nkara said...

time raya orang pon tak brani nak datang umah...
kete dah penuh dpn umah...
dalam umah lagi la...
kena suh ayah besokan umah gamaknye..hehehe

nina, meh la datang beraye umah aunty. tapi umah bujang takde ape la nak jamu...kita makan kat kedai ok..hehehe

qistinasafiah said...

yelah, minta ayah aunty besokn..sebab tak lama lagi nak buat kenduri kawin aunty pula, kan? apa omputih kata, preparation..hehehe

saya on aja..kedai pun kedailah..tapi ayah sudah mula sibuk, macam mana nak jenjalan? :D

dnobiz said...

meriah meriah, moga moga kita semua masih berpeluang untuk ramada dan shawal akan datang

zulaikha said...

raye kat KL. Macam mana mau meriah?? huhu..

Dony said...

Wah... meriah banget lebarannya. Kasian aja ma mereka yang gak pada bisa mudik waktu lebaran