Monday, September 27, 2010

Black magik kah?

Hari ni opis ada buat jamuan raya. Wahh.. berfesyen sakan ok. Semua berbaju raya, berbaju melayu walaupon today hari isnin. Bagus jugak buat hari isnin ni, monday blues kan? Mood kerja pon bukan ada sangat. Semua mengeluh badan penat penat. Penangan open house semalam la nih..

Semalam ada tiga jemputan open house. Satu umah classmate kat Paya Jaras, Sg Buloh dan dua umah opismate dan ex-opismate kat Sepang. Tapinye...tiga tiga aku tak dapek nak pegi. Ada kelas dari pagi sampai ke petang. Habis kelas je hujan mencurah curah di ladang gandum. Satu hal jugak nak drive balik tuuu...

Semalam jugak sempat keluar kejap dengan Dahling after class. Actually tengah fight ni. Dah empat hari rasanya. Dahling tetiba marah aku. Tapi peliknya aku cool je.. Pelik jugak aku dengan diri sendiri. Selalunya kalo orang ajak gaduh ni aku sukeee sangat... Mungkin faktor umur mempengaruhi kot. Dah tua tua tak elok marah marah kang berkedut. HEHE..

Time dating tu, Dahling order teh tarik je. Makan dia taknak sebab takda selera. Aku pulak order limau O dengan ketiaw tomyam (terbaek wok tomyam dia, kena pegi lagi ni). Takde makna aku pon takde selera ok. Makan is makan, gaduh belakang kira. Sunyi sepi je masing masing... Serius aku boring. Tapi dah dia taknak bercakap, aku pon layan je la makan. Kata terbaek wok kan?

Dahling cakap, punca dia marah kat aku tu benda merepek je. Kalo aku cerita kenapa kitorang gaduh mesti kena pakat boo je. So baik toksah bagitau. Dia kata tetiba je dia nak marah tanpa punca yang relevan. Masa dating tu pon dia suruh aku makan cepat cepat sebab dia takleh nampak aku.. terasa meruap ruap nak marah balik. Wahhh..ni dah lain macam ni. Dia kata maybe ada orang kenakan dia kot.  Adakah black magic?  Tapi taktau la belah aku ke belah dia. Of kos la bukan belah aku, sebab takde sapa nak dengan aku ok..ko sorang je yang. Kalo ada yang kena rejek ngan aku harus jugak la orang tu nak kenakan dia kan?  Kalo aku mabeles sangat takpe la berduyun duyun jantan nak. Ni takkkk... dah la tak lawo pastu tua pulak tu.. Gile ape??? So dalam seminggu ni Dahling mintak jangan kacau dia (sms je, call tak boleh). Kalo lepas seminggu tak ok jugak. Nanti nampak la aku kat umah bomoh mana mana...

Aku tanak la tuduh sesapa espeseli belah dia. Tapi kot betul la ada orang tanak bagi kitorang bahagia mintak Allah bukakan la hati dia jangan nak aniaya orang. 

Dah. Jamuan nak start. Lepas ni baru sidai gambar. Jemput la datang ye...Aras 9 tau!


5 comments:

Dnobiz said...

masalah negara tu bro...
jangan tunggu lamo lamo , melepas kang

Rinna said...

Alahaii jgn ler gaduh2..berbaik2 laa dibulan syawal nie.. sedey plak akak dengonya.. :)

Sumijelly said...

waa......x hajak aku pung.........
menci arr.....
nak makan gak.....hehehe

Sumijelly.com

nkara said...

dnobiz,
insyaallah. ada jodoh tak kemana..ececeyyy


rinna,
lepas gaduh, mintak maap.
takpe..bagi dia masa.. :P


sumijelly,
wahhh fofular blogger komen belog aku lah..hehehe
nanti ko pindah sebelah opis aku baru la boleh ajak.
pastu bole gi alamanda nek kete ko lagi...hahahaha

qistinasafiah said...

Aunty, yang keruh sudah jernih kembali? Jangan gaduh lama-lama tau? Saya teringin nak jmpa & p kenduri kawin aunty..
Semoga dijauhkan dari segala jenis gangguan, Amin.