Saturday, September 18, 2010

Bakar Lemang

Nak upload dua keping gambar pon berjanggut okkkk.. Teruk betol line internet kat area rumah ni. Macam macam line dah aku pakai. Digi Prepaid Broadband ni agak bagus jugak daripada Celcom hari tu cuma kena sabarrrrrr...

Aku dah start kerja hari Jumaat. Best gilerrrr.. sebabnya orang ramai bercuti so aktiviti bawah tanah telah berjalan dengan jayanya. Korang cuti la lagi.. aku sukeeeeeeee...

Aku mula cuti raya 8hb lepas, gerak pagi rabu tu terus ke Ipoh. Jalan punya la line clear. Bajet kalo jem pon dalam 5jam aku sampai Ipoh. Sekalinya 3jam setengah je.. Selalu aku bawak mesti 4jam lebih...tu pon aku bawak 80-100kmj je pastu siap ikut jalan dalam pulak tu bukan highway. Ada unsur riak disitu. Hikhikhik...

Menu utama raya semestinya kena ada lemang, rendang dan nasik impit segera. Lemang dengan rendang masakan mak memang menu yang kami tunggu tunggu. Tiap tahun tak kira raya Aidilfitri ke raya Aidiladha ke lemang memang homemade. Takda beli beli ok..



Lemang ni mula mula direbus dulu pastu baru bakar. Jadi lemang tu akan rasa lemak lemak berkrim disukai ramai dan masak sepenuhnya. Penah dulu kami try bakar lemang tak masak. Terus mak tanak buat dah. Tak kisah la mak... Lemangmu memang pojaan ati kami.



Gambar acara merebus lemang takda la pulak. Raya haji kang baru aku tunjuk ok.. Hehe..

Sambutan raya tahun ni biasa biasa je. Bagi aku, yang paling best adalah bulan Ramadhan dan persiapan nak mensambut Syawal tu. Beralih je bulan Syawal ni, aku nampak kerja yang makin mentimbun... Waaaaaaa...
 

4 comments:

Gayahspears said...

wah.. bestnyer.. nak cket lemang~hik3

qistinasafiah said...

aunty, mama kata rebus ke kukus? hehehe..

ada lemang lagi x, untuk saya?

hamzah ian said...

seyes gua tak pernah bakar lemang..

nkara said...

gayahspears,
nanti raya tahun depan datang umah ye..boleh makan lemang banyak banyak..hehehe


qistinasafiah,
kukus ke rebus ek?
hahahahha...
janji boleh makannnn...


hamzah,
kalo suka lemang kena blaja masak la.. (macam la aku reti..huhu)