Thursday, September 30, 2010

Tips elakkan mengantuk

Ramai orang mengantuk apabila berada dalam bilik kuliah. Aku yakin kebanyakan mereka tidak berniat pun untuk tidur, cuma..ntah la..kita memang senang terlelap dalam bilik kuliah.Proses ini dipercepatkan lagi sekiranya subjek yang di ajar susah difahami dan membosankan.

 

Bagaimana untuk mengelakkan kejadian ini berlaku? Aku sebenarnya tidak layak langsung nak cakap bab ni, sebab aku selalu jugak tertido dalam kuliah. Bukan sebab aku tak cukup tidur. Bukan sebab aku malas, tapi….mungkin sebab keadaan terlalu senyap, subjek susah sangat nak faham dan bosan.

 

Berikut adalah sedikit tips untuk mengelakkan mengantuk:

 

1. Sila BELI GULA2 GETAH dengan kuantiti yang mencukupi. bila lecturer start jer,makan sekaligus 2 biji gula getah serentak. Apabila mulut aktif mengunyah, kita akan susah nak ngantuk.Amalan ini saya telah praktikkan kepada seorang kawan saya yang mudah sangat mengantuk. Lecturer baru start mengajar kat depan, dia dah menguap. Aku fikir punya fikir, lantas untuk kelas seterusnya aku beli chewing gum yang bewarna warni khas untuk dia,memang berkesan usaha ni. Dia dah tak ngantuk malah lebih bersemangat lagi.Betul atau tidak anda kena cuba sendiri..hehe

2. Bawaklah SEBOTOL air masak. otak kita ni 80% air. Kita rasa ngantuk sebab oksigen kurang ke otak, walaupun hidung kita tak berhenti henti bernafas. bila minum air,bandalir badan kembali seimbang. Ini akan mengurangkan rasa mengantuk. Berapa ramai yang sanggup buat tips no 2 ni sila angkat tangan? tengok orang cina, rajin bawak air.orang melayu ni susah sangat. bajet macho/cantik la. dah..dah..jangan malu. Beli botol air yang cantik,letak dalam beg. OK?

3. Bila ngantuk dalam kelas, selepas cuba menahannya tapi ternyata gagal, maka sila keluar dari bilik kuliah dengan serta merta!! bukan untuk balik umah atau tido, tapi untuk ke tandas dan basuh muka. InsyaAllah tak ngantuk dah lepas ni.

4. Kalau ngantuk lagi setelah melakukan ketiga-tiga perkara di atas, suruh kawan sebelah urutkan bahu dan belakang. Tapi ingat, jangan sekali-kali urut leher atau belakang kepala kerana ini akan menyebabkan kawan anda tido lebih lena.

 

Cukuplah 4 tips ni. Simple kan? Bawak chewing gum, ataupun bawak air, or basuh je muka bila ngantuk or kalau dah miskin dan papa kedana sangat, mintalah kawan urutkan. OK. Selamat mencuba.

Wednesday, September 29, 2010

Wanna Know Your Mobilephone Quality?

Would you like to know if your mobile is original or not ?????

Press the following on your mobile
*#06# and the-international mobile equipment identity number appears. Then check the 7th and 8th numbers:

 

1

2

3

4

5

6

7 th

8 th

9

10

11

12

13

14

15

Phone serial no.

x

x

x

x

x

x

?

?

x

x

x

x

x

x

x



IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality

IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality

IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good

IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality

IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your healt
 

 

IF the Seventh & Eighth digits are 03 this means your cell phone was assembled in Malaysia     

 

Tuesday, September 28, 2010

Kartini

Sapa ingat komik Kartini karya kartunis Tembakau? Aku paling suka ayat last komik ni..

Sinopsis : 

Ariyon atau Muhammad Asri, pelajar nakal di sebuah sekolah agama berasrama. Dalam kenakalannya itu, dia sebenarnya menaruh hati pada pelajar bernama Kartini. Maka bermulalah kisah-kisah kenakalannya dalam memikat hati Kartini. Masalah pelajaran, disiplin dan ragam kehidupan di asrama mengajar Aryon mencari pegangan dan arah hidup. Sehingga tamat pengajian dan sudah bekerja, Aryon masih tetap berusaha memenangi hati Kartini. Berjayakah dia? 

Sumber : Bookcafe

Tips memikat lelaki

Hujan tengah turun selebatnya dengan bunyik guruh dan petir berdentum dentam. Bestnya kalo dok umah kan? Boleh terbongkang atas katil. Nak pulak tadi pegi open house ofismate. Makan tambah sampai 2 kali...errrr tipu, sebenarnya mentambah nasik beringin sebanyak 2 kali, nasik impit plus rendang daging 1 kali, mee bandung 1 kali juga, kuih raya berbalang balang berkali kali... Pehhhh besok dan besok dan besok sampai habis raya sebulan ada bermacam macam lagi open house. Perot kenyang tapi susah hati sebab berat semakin naik. (tapi time makan tak ingat pon, lepas makan baru menyesal) HEHE... 

Hari ni nak share tips, bagaimana mahu memikat lelaki. Sambil menhirup milo instant di sebelah kiri dan balance kuih raya di belah kanan, aku bagi korang tips baekkkk punyeeee...
  1. Sentiasa tersenyum dan jangan bersikap sombong apabila berinteraksi dengan si dia. Tapi kadang kadang jadi sombong ni perlu jugak. Kang nampak terlalu murahan pulak kan. So pandai pandai la...
  2. Berwatakan menarik (personaliti yang mampu mengugat hati sang lelaki)
  3. Jujur dan sentiasa merendah diri (tapi jangan over sangat merendahkan diri okk, kang kena pijak pulak. Secukup rasa saja.)
  4. Lakukan apa yang dia suka dan jangan lakukan apa yang dia tak suka. (ni pon pandai-pandai la ok..ikut logik)
  5. Mempunyai bentuk badan yang menarik dan melentik (yang ni ikut taste masing-masing. Ada yang suka kurus cekeding, ada yang suka gemok cam aku (eh), ada yang suka montel-montel...tepuk dada tanya la ko nak makan ape..)
  6. Mempunyai tingkah laku yang baik dan lemah lembut (kompom aku kena rejek tang lemah lembut tu)
  7. Pandai dalam memainkan peranan sebagai seorang wanita ketika berada disamping lelaki yang ada minati. (godaan kah?)
  8. Jangan terlalu mengkongkong dan sangat bergantung kepada lelaki. Sesetengah benda wanita kena berdikari, jangan dok harap sangat dengan lelaki ni. Tapi kalauuu dorang sudi sangat nak menolong.. apalah salahnya kan? Nak-nak pulak tayar tengah pancit, tak koser ok nak tukar tayar sendiri... Tapi jangan selalu sangat paksa dan mensusahkan dorang. Kang dorang fedap pulak. Kan baru nak memikat..dah dapat kang baru la kenakan kaw-kaw. Opsss...HUHU
  9. Semasa berinteraksi dengan mereka, jangan lupa gunakan bahasa tubuh yang anda ketahui seperti mata dan tangan. (mata saja bagi yang bujang, tangan dok diam)
  10. Jaga cara pemakaian anda, seksi atau tidak terpulang pada lelaki yang anda minati. Kalo dah seksi takan nak ngorat ustaz pulak kan? Hagak-hagak la...
  11. Selalu memberikan kad ucapan buat si dia yang kamu minati sebagai rancangan pertama memikat si dia. Sekarang kad-kad dah tak in so bagi je sms yang jiwang-jiwang. Tak tahu kalu google je..belambak.
  12. Lelaki sukakan wanita yang suka berterus terang tanpa mensembunyikan sesuatu. Kalo bagitau dorang terlupa zip seluar agak-agak dorang suka tak? 
  13. Bila berhadapan dengan lelaki yang anda minati, renung matanya dan tunjukkan sifat humor kamu. Ini adalah taktik untuk membagitau si dia bahawa kamu boleh didekati tapi bukan type murahan. Jinak-jinak merpati gitu..
  14. Jangan bersikap selalu jual mahal semasa bersama mereka. Mahal sangat kau pon tanak beli kan?
  15. Bijak mensesuaikan diri dalam apa jua keadaan. 
  16. Paling penting... lelaki suka dimanjai dengan belaian dan kata-kata yang romantik. Tu sebab baru dating sekali tangan dah merayap kan?
  17. Jangan sesekali memperbandingkan dia dengan sesiapa saja. Pantang tok nenek dorang tau!

Ok ke tak tips ni?





    Monday, September 27, 2010

    Black magik kah?

    Hari ni opis ada buat jamuan raya. Wahh.. berfesyen sakan ok. Semua berbaju raya, berbaju melayu walaupon today hari isnin. Bagus jugak buat hari isnin ni, monday blues kan? Mood kerja pon bukan ada sangat. Semua mengeluh badan penat penat. Penangan open house semalam la nih..

    Semalam ada tiga jemputan open house. Satu umah classmate kat Paya Jaras, Sg Buloh dan dua umah opismate dan ex-opismate kat Sepang. Tapinye...tiga tiga aku tak dapek nak pegi. Ada kelas dari pagi sampai ke petang. Habis kelas je hujan mencurah curah di ladang gandum. Satu hal jugak nak drive balik tuuu...

    Semalam jugak sempat keluar kejap dengan Dahling after class. Actually tengah fight ni. Dah empat hari rasanya. Dahling tetiba marah aku. Tapi peliknya aku cool je.. Pelik jugak aku dengan diri sendiri. Selalunya kalo orang ajak gaduh ni aku sukeee sangat... Mungkin faktor umur mempengaruhi kot. Dah tua tua tak elok marah marah kang berkedut. HEHE..

    Time dating tu, Dahling order teh tarik je. Makan dia taknak sebab takda selera. Aku pulak order limau O dengan ketiaw tomyam (terbaek wok tomyam dia, kena pegi lagi ni). Takde makna aku pon takde selera ok. Makan is makan, gaduh belakang kira. Sunyi sepi je masing masing... Serius aku boring. Tapi dah dia taknak bercakap, aku pon layan je la makan. Kata terbaek wok kan?

    Dahling cakap, punca dia marah kat aku tu benda merepek je. Kalo aku cerita kenapa kitorang gaduh mesti kena pakat boo je. So baik toksah bagitau. Dia kata tetiba je dia nak marah tanpa punca yang relevan. Masa dating tu pon dia suruh aku makan cepat cepat sebab dia takleh nampak aku.. terasa meruap ruap nak marah balik. Wahhh..ni dah lain macam ni. Dia kata maybe ada orang kenakan dia kot.  Adakah black magic?  Tapi taktau la belah aku ke belah dia. Of kos la bukan belah aku, sebab takde sapa nak dengan aku ok..ko sorang je yang. Kalo ada yang kena rejek ngan aku harus jugak la orang tu nak kenakan dia kan?  Kalo aku mabeles sangat takpe la berduyun duyun jantan nak. Ni takkkk... dah la tak lawo pastu tua pulak tu.. Gile ape??? So dalam seminggu ni Dahling mintak jangan kacau dia (sms je, call tak boleh). Kalo lepas seminggu tak ok jugak. Nanti nampak la aku kat umah bomoh mana mana...

    Aku tanak la tuduh sesapa espeseli belah dia. Tapi kot betul la ada orang tanak bagi kitorang bahagia mintak Allah bukakan la hati dia jangan nak aniaya orang. 

    Dah. Jamuan nak start. Lepas ni baru sidai gambar. Jemput la datang ye...Aras 9 tau!


    Thursday, September 23, 2010

    Spot check

    Baru kejap tadi kena tangkap gambar sebab tak pakai baju batik. Marah? Ada la sikit... Aku paham tu keje korang. Macam mana ntah aku betol betol sangat sangat (nak bagitau memang terlupa tahap nak mati) hari ini hari KHAMIS bukan RABU! Hari Khamis kan orang gomen kena pakai baju batik...

    Dan...hari ni pulak la korang nak buat spot ceknyeee... Cissss...

    Pastu boleh sound, "Tak baca emel ke?"
    Eh helooo.. Cuba cek bila korang hantar emel semalam. Pukul 18:53 aka 6.53 petang. Aku pukul 5 dah cau bai bai bai dah.

    Tapi takpe la. Akak paham. Keje macam kau memang ramai tak suka. Akak penah rasa... =P

    Wednesday, September 22, 2010

    Jalan-jalan Hari Raya

    Masih lagi dalam mode raya. Kali ni nak cerita pasal jalan jalan raya pulak. Raya pertama dah pegi beraya rumah kawan kawan sebujangan seperjuangan.Sempat pegi 3 buah rumah je. Lagipun dah lewat pegi beraya, pukul 3.30pm baru gerak. Sebuah rumah beraya sampai 3 jam. Maklum la jumpa kawan sebujangan seperjuangan memang banyak gossip. Itu pun tak habis..kena tunggu raya haji pulak. (padahal kawan sebujangan seperjuangan memang ada 3 orang je.HUHU)

    Raya kedua pulak, famili ajak beraya ke Kg Selabak, Batu 3, Teluk Intan. Ni kampong belah mak aku. Mostly satu kampong tu sedara mara dan JAWA. Ok aku seorang JAWA PERANAKAN (ade ke jawa peranakan???). Maknanya aku seorang ni jawa yang tak reti cakap mahupun paham bahasa jawa. Tapi takat mangan, gedi... siji loro telu papat limo...tu aku reti la sikit sikit. Belah mak aku je pon, genetik bapak aku lagi kuat. HEHE..

    First rumah yang kitorang serang, rumah Arwah Wak Daman.


    Aku tengok meja dengan balang kuih raya ni dari aku kecik sampai sekarang camni je. Senang nak bagi tetamu makan gamaknya.


    Mak dengan bini Arwah Wak Daman (nama aku lupa) :'(
    Kira ini adik ipar mak la sebab arwah tu abang mak. Alhamdulillah...sihat lagi wak ni.


    Lepas tu continue beraya dari rumah ke rumah pulak. Dah nama pun satu kampong sedara kan. Tak singgah kang kecik ati pulak. Tapi tak semua rumah aku dapat snap sebab sibok mengisi tembolok sendiri. HEHE...

    Yang ini rumah sedara errrr... Kalo arwah nenek aku dengan arwah tok tuan rumah ni adik beradik kita nak panggil apa ek? Dua pupu ke?


    Acik Jujue melayan anak anaknya. HEHE...
    Oh lupa nak wish kat Nana (depan berbaju biru)... GOOD LUCK FOR UPSR! JAWAB ELOK ELOK TAU...


    Mak dengan adik bongsu dia, Mak Usu Rohana. Dulu Mak Usu ni stay kat Sarawak ikut laki dia, tapi balik Semenanjung sebab ada orang kenakan dia. Dia ada bukak kedai makan, disebabkan laris sangat agaknya ada pulak pendengki. Siap hantar ilmu itam (benda halus) kat dia. Teruk jugak dia kena. Ingatkan dah balik sini ok. Tapi benda tu kena kat anak dia pulak. Sampai meninggal... Memang kejam la pendengki tu. Mati kena gigit hantu la kauuuuuu... Sekarang alhamdulillah dah ok, cuma terkilan la anak pulak jadi galang gantinya.


    Nak tunjuk baju raya kedua. HEHE...
    Still lagi bertemakan BLUE. Tenkiu to Dahling sebab belanja...dan duit raya jugak. (:


     
    Anak bongsu (setakat ni) Mak Usu. Ramai anak dia... ada 6 orang. Tapi tak boleh celen mak aku...9 orang okkkk... Budak ni tanak dengan orang. Pegang sikit nages. Ishhh...geram aku.




    Tahun depan Jujue nak kawen dah. Waaaaaaaaaaaaaaaa....
    Ntah napa aku sebak bila teringat dia dah tak bujang raya tahun depan. Ini maknanya sesi kemas mengemas rumah semua aku kena buat. Tak sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...!!!





    Nama je pegi beraya, tapi burger jugak di cari....

    Lepas hantar Iyong balik rumah, kitorang serbu pulak stall burger anak dia, Epi. Sapa sapa yang dok area Langkap, jemput la datang beli burger kat stall anak buah aku ni ye. Kasik sapot sket...HEHE...
    Stall burger ni depan KFC dan berhadapan Balai Polis Langkap. Sedap wa cakap lu...

    Hari raya seterusnya berakhir dengan melayan tetamu di rumah dan....... TENGOK TV DAN TIDO.
    Apasal tahun ni semua cerita hantu je ha? Aku tak takutttttttttttt....

    Monday, September 20, 2010

    Hari Raya Bersama Keluarga

    Amacam bekerja di hari isnin? Adakah anda masih mabok lemang, rendang dan kueh raya? hehe...

    Berkat berkesabaran aku mentunggu budak gemok kuning si DIGI ini lebih sejam, berjaya jugak akhirnya mengupload gambar-gambar raya yang di tunggu tunggu... kan Nina kan kan kan?

    Macam biasa, pagi raya kena lah bangun seawal sebelum subuh. Nama pun nak raya setahun sekali kan, kalo bantai membuta je apa jadahnya. Yang amik kontrak basuh kain baju dah bersedia dengan bakul dan mesin basuh. Banyak kali nak basuh tu... Anak, menantu dan cucu Pak Usin semua balik tahun ni. Meriahnyaaaa...

    Ada jugak yang tolong masukkan kueh raya dalam balang. Sediakan juadah untuk pagi raya. Budak budak kecik pon sibok memenuhkan dapor. Masing masing dok berebut nak mandi. Bilik air ada 2 pon tak cukup lagi. Haih..

    Lepas je yang laki laki balik dari solat raya, semua berkumpul nak bersalaman dan bermaafan. Nak tayang baju raya pon ye jugak. Ehehehe...



    Sesi bermaafan mestilah dimulakan dengan pasangan suami isteri merangkap mak ayah aku ni. Oh lupe.. tahun ni tema baju raya adalah biru turquoise. Pak Usin pakai baju raya tahun lepas je.

    Lepas tu, anak dan menantu pulak bermaafan dengan mak ayah.



    Nampak lengan baju aku tu? Tu lah hasil jahitan Afai kawan lama time sekolah teknik dulu. Nak harapkan aku jahit beads tu memang takde lah ye. Nak jahit sebutir beads pun mengigil tangan. Abis camno nak jahit baju laki ni?



    Habis je sesi bermaaf maafan. 
    Ini semua anak anak Pak Usin dan Mak Siti. Raya tahun ni sorang je balik lepas raya, si Kocey kena keje sampai raya ke-3. Nasib lah kan.. nama pon keje kat spital. 
    Ada 3 orang yang tak ikut tema raya, Kak Eya dan Adik tema hitam dan Babang berbaju hijau. Lainkali boleh tak korang ikut tema?






    The Menantu menantus...
    Yang berbaju merah tu saje nak menserlahkan diri sendiri. Nasib baik pencahayaan baik, kalo idak nampak baju je lah.. Hahaha...







    The Cucu cucus...
    Kurang 2 orang cucu dalam ini gambar. Dua dua tengah membuta. Korang kira la sendiri.




    Keluarga besar Pak Usin dan Mak Siti. 
    Tahun depan kompom tak penuh camni. Tunggu lah 2 tahun lagi...



    Anak gadis Pak Usin. Eecehey...
    Tudung yang aku pakai tu adalah hasil 'mempow' Kak Anie di Butik Ariani. Orang bayar takpe, nak harapkan aku beli sendiri toksah lah nak harap. Berjimat itu lagi baik kan? Hehe...



    Dengan budak kenit yang suka berposing. Macik dia pon tanak kalah okkkk...



    Dah beso beso anak buah aku ni. Paling kecik si Adam dah umur 5 tahun (takde dalam gambar). Sape nak beranak lagi weiiii???



    Yang ni kena salam lebih skit. Mana tau tahun depan boleh pow lagi. Muehhehehe...


    Ni je gambar gambar raya yang telah ditapis. Taruk banyak banyak kang nyusahkan aku nak mengupload. Pasal pegi beraya nanti aku cerita. Jangan lupa datang lagi ye... Selamat Hari Raya all!!!


    Saturday, September 18, 2010

    Bakar Lemang

    Nak upload dua keping gambar pon berjanggut okkkk.. Teruk betol line internet kat area rumah ni. Macam macam line dah aku pakai. Digi Prepaid Broadband ni agak bagus jugak daripada Celcom hari tu cuma kena sabarrrrrr...

    Aku dah start kerja hari Jumaat. Best gilerrrr.. sebabnya orang ramai bercuti so aktiviti bawah tanah telah berjalan dengan jayanya. Korang cuti la lagi.. aku sukeeeeeeee...

    Aku mula cuti raya 8hb lepas, gerak pagi rabu tu terus ke Ipoh. Jalan punya la line clear. Bajet kalo jem pon dalam 5jam aku sampai Ipoh. Sekalinya 3jam setengah je.. Selalu aku bawak mesti 4jam lebih...tu pon aku bawak 80-100kmj je pastu siap ikut jalan dalam pulak tu bukan highway. Ada unsur riak disitu. Hikhikhik...

    Menu utama raya semestinya kena ada lemang, rendang dan nasik impit segera. Lemang dengan rendang masakan mak memang menu yang kami tunggu tunggu. Tiap tahun tak kira raya Aidilfitri ke raya Aidiladha ke lemang memang homemade. Takda beli beli ok..



    Lemang ni mula mula direbus dulu pastu baru bakar. Jadi lemang tu akan rasa lemak lemak berkrim disukai ramai dan masak sepenuhnya. Penah dulu kami try bakar lemang tak masak. Terus mak tanak buat dah. Tak kisah la mak... Lemangmu memang pojaan ati kami.



    Gambar acara merebus lemang takda la pulak. Raya haji kang baru aku tunjuk ok.. Hehe..

    Sambutan raya tahun ni biasa biasa je. Bagi aku, yang paling best adalah bulan Ramadhan dan persiapan nak mensambut Syawal tu. Beralih je bulan Syawal ni, aku nampak kerja yang makin mentimbun... Waaaaaaa...
     

    Wednesday, September 8, 2010

    Selamat Hari Raya



    Semoga amal ibadah kita diterima Allah S.W.T.
    Dan kita semua diberikan kesempatan untuk bertemu kembali dengan Ramadhan tahun hadapan

    Andai jemari tak kuasa berjabat.
    Setidaknya kata masih dapat terungkap.


    Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri.
    Maaf Zahir dan Batin.
     

    Tuesday, September 7, 2010

    Keselamatan Jalan Raya

    Bersempena dengan musim cuti persekolahan dan perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang tiba, diingatkan  kepada semua agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa serta mengamalkan pemanduan berhemah ketika di jalan raya. Peningkatan kadar jumlah trafik pasti berlaku kerana kebanyakan pengguna jalan raya  mengambil peluang membawa keluarga bercuti sempena musim cuti perayaan ini.
     
    Patuhilah petua Keselamatan Jalan Raya seperti dibawah ini:- 

    1. Rancang perjalanan terlebih dahulu. Jika rasa letih, mengantuk, berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan.

    2. Sentiasa ikuti had laju yang ditentukan.

    3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pertukaran lorong.

    4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning.

    5. Elakkan daripada mengekori kenderaan lain terlalu rapat sepanjang masa kerana ini sering menjadi punca kemalangan yang serius.

    6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.

    7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan lorong kecemasan. Ia bukan sahaja biadab tetapi membahayakan semua pengguna.

    8. Elakkan mencelah di antara kenderaan kerana ini membahayakan keselamatan anda dan orang lain.
    9. Jika anda memandu dengan kadar 60km/j, jangan berada di lorong tengah. Sikap pentingkan diri anda akan menyebabkan orang lain kehilangan pahala kerana memaki hamun anda.  
     
    Akhir kata dan pesanan untuk semua,
     
    Amalan memandu kereta dan menunggang motosikal tanpa lesen adalah menjadi satu kesalahan serius disisi undang-undang, iaitu mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah seksyen 26(1) tiada seorang pun boleh memandu sesuatu kenderaan di sesuatu jalan melainkan jika dia adalah pemegang sesuatu lesen memandu yang membenarkannya memandu sesuatu kenderaan motor dan seksyen 26(2) mana-mana orang yang melanggar subseksyen(1) adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya sekali. 

    Selamat pulang ke kampong halaman...
    Pandu cermat, jiwa selamat.



    p/s: Rabu ni aku balik kampong kat Perak. Korang balik mana?


    Monday, September 6, 2010

    TV3 Tarik Balik Iklan Raya

    Kenapa mereka tarik balik? 

    Sumber ini aku dapat dari e-mel pagi tadi. Mula-mula terkejut jugak bila kali pertama tengok iklan mereka dalam fb malam tadi. Memang terang sangat takda makna islamic langsung. Mungkin pengarah iklan ni bukan muslim sebab kalau muslim, mereka patut bertaubat sebab mencampur-adukkan islam dan semua pegangan lain termasuk kristian, hindu dan illuminati.
     
    Kat sini ada beberapa ulasan tentang iklan raya ni. Kalo nak percaya atau tak, itu terpulang okeh..


    Scene 1 

    Budak lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
     
    1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu
    2.Buku – Bible
    3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
    4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur
    5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis
    6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
    7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

    Scene 2

    Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
     
    1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)
    2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan
    3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus
    4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
    5.Pokok Krismas – Simbol Paganism

    Scene 3

    Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
     
    1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
    2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian
    3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

    Scene 4

    Budak lelaki Melayu dengan seorang budak perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu).

    1.Budak lelaki dan budak perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

    Scene 5

    Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

    1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
    2.Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
    3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

    Scene 6

    Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/ perempuan melayu dalam beca.

    1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan.

    Scene 7

    Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

    1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

    Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

    Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.

    Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh.

    Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda.
     
    Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

    Wallahualam.

    Sumber : E-mel.

    Saturday, September 4, 2010

    Harapan Ramadhan

    Lagu : Harapan Ramadhan - Raihan feat. Man Bai



    Sejak pagi tadi mulut aku asyik menghumming lagu ini. Tak ingat langsung lagu siapa. Dan tadi dengan jayanya telah mencari di Youtube. Oh rupanya lagu Raihan dan Man Bai. Patutlah macam pernah dengar. Gila ah...

    Sayu bukan bila dengar lagu ni? Entah entah ini Ramadhan terakhir... Mana kita tau bukan? Ajal maut di tangan Allah swt. Berdoa je lah ini bukan Ramadhan terakhir kita.

    Seriously jugak, Ramadhan kali ni buat aku sayu sangat. Sangat sangat sayu...

    Ramadhan hanya tinggal 5 hari saja lagi...
    Insya-Allah tahun depan kita jumpa lagi, Ramadhan!


    p/s : 3 hari lagi nak balik kampong. Yahuuuu...



    Jangan ada benci di hati kita

    Oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah

    Jangan Ada Benci Di Hati

    Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil. Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita. Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.

    Kaedah Mengikis Benci

    Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur? Pengalaman secara peribadi penulis menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.

    Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

    Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
          
    1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
    2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
    4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
    5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s. a. w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
    6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
    7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang -menyayangi antara satu dengan yang lain.
    8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
    9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang
    lainakan tertarik kepada kita.
    10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
    11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
    12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
    13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
    14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
    15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
    16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang daniringi perpisahan dengan doa.

    Terlebih Dahulu Baiki Diri

    Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh men-sabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana:
    "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu),
    sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka

    Thursday, September 2, 2010

    Kuku panjang, kuku pendek


    masa sekolah dulu, Ustaz selalu pesan... tak elok simpan kuku panjang. sebabnya mensimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi!!!! oppss...khinzir lembut sikit, jika kesemua jari kita simpan kuku panjang... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut... jadi cepat potong kuku sekarang!

    cara potong kuku mengikut sunnah Nabi.


    jangan ada niat simpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm atau pun hanya jari kelingking. bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi mengunakan tangan untuk beristinjak.

    orang yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka buat onar sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong dan lain lain. apa apa ilmu yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala otak.

    percayalahhhhhhh...

    untuk yang bujang beringat ok... kalau nak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah perempuan atau laki laki yang sentiasa berkuku pendek. takda selera tau tengok pakwe berkuku panjang. nampak sangat pengotorrrr... euwwww!!!

    kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli (bukan coli = bra). kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun cap Dettol sekalipun. takut tak???

    so rajin rajin lah mempotong kuku untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri dan juga orang tersayang. geli tau guna kuku panjang korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya. cotton buds berlambak lambak kat kedai okkk...

    selalunya kita akan potong kuku pada hari isnin, khamis dan jumaat. nak tau kenapa? baca ini...

    "Sesiapa yang memotong kukunya pada hari sabtu, keluar darinya penyakit dan masuk ke dalamnya penyembuhan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari ahad, keluar daripadanya kefakiran dan masuk ke dalamnya kekayaan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari isnin, keluar daripadanya penyakit dan masuk kepadanya kesihatan, sesiapa yang mengerat kuku pada hari selasa, keluar daripadanya al-Baros dan masuk ke dalamnya al-’Afiah, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari rabu, keluar daripadanya was-was dan ketakutan dan masuk ke dalamnya keamanan dan kesihatan, sesiapa yang mengerat kukunya pada hari khamis, keluar daripadanya al-Jadam dan masuk kepadanya al-’Afiah dan siapa yang mengerat kukunya pada hari jumaat, masuk kepadanya rahmat dan keluar daripadanya dosa-dosa."

    besok jumaat... jangan lupa potong kuku ye... (:

    Wednesday, September 1, 2010

    Kueh raya

    tadi kat opis sana sini orang dok usung plastik berisi kueh raya. errr..termasuk aku..hehe.

    anda pulak bagaimana? berpenat lelah buat kueh raya or tunjuk tunjuk je? tunjuk tunjuk tu beli lah..hehehehe

    macam tahun tahun lepas, aku tetap tak miss tempah kueh raya je. leceh lah nak buat buat ni... ceh alasan malas camtu la kan. malas dan tak pandai. ok aku ngaku...

    tahun ni aku tak tempah banyak. bajet bebbb... walaupun pagi tadi duit raya dah masuk, tapi kena pikir jugak kehidupan lepas raya. sakan sangat berbelanja untuk raya, lepas raya makan megi pulak. makan megi sedap jugak kan sekali sekala, tapi kalo dah tiap tiap hari mau bebal aku.

    untuk tahun ni, aku tempah 5 jenis kueh raya je.





    babyface, mocha crunchy & tapak kuda ku lari gagah berani...

    ni baru 3 jenis yang sampai. kueh babyface tu aku yang suka suka bagi nama. rasa dia macam susu+nestum. kunun kunun kalo makan macam baby la. so yang si pemakan tu akan bermuka bayi. boleh gitu? tapak kuda ku lari gagah berani tu pun aku suka suka tambah. hehe. nama dia tapak kuda je. aku tak rasa pun sample kueh kueh ni except babyface (lagi sebalang aku dah bedal), taktau camna nak komen rasa dia. nanti lepas raya aku bagitau, nak rasa sekarang sayang pulak. lagi 2 jenis tak sampai, choc chips more (more tu aku tambah) dengan kueh tiram (si penjual berlagak seperti along paksa orang beli). insyaallah, next week complete kueh raya aku. dalam bajet bajet tu banyak jugak sebenarnya kan? patut bajet tu 1-2 jenis je. ni la pompuannnn...

    bila agaknya nak buat kueh raya sendiri? 
    kena kawen kot...hahahahahaha