Saturday, August 7, 2010

Low Rope

kat luar dah gelap. mentandakan hari mau hujan. hari ni dok rumah saja, malas nak keluar. tengah layan Glee season one back to back.. pastu tido dan makan. eh tadi dah basuh baju dan kemas rumah, so excises dah buat ok.

(ayat ter'freeze' selama 6 jam 43 minit)

tak tido pon tadi. tengok tv, makan... tengok tv, makan...
itu kata nak kurus? sendiri pikir laaaaa...


eh lupa nak cerita pasal last aktiviti masa jaga induksi lepas. aktiviti ni diberikan nama low rope aka tali rendah sebabnya gantungan tali tali tak setinggi high rope yang lepas. tengok macam tak mencabar langsung. ada unsur belagak situ... hahahaha



mula mula kena la dengar sifo bagi tazkirah dulu. kang ada yang tergolek hanjeng nyusahkan aku pulak. dengar baek baek ye.. lepas ujan lecak skit. itu yang best... hehe



demo.
ini agak mencabar ok. kalo ngesot macam laki laki punye step. pompuan takleh buat camtu. bahye.. pompuan punye step nanti aku tunjukkan. seksa weh...

kena ada 2 orang supporters sebagai tukang jaga. mana tau ada yang terjatuh kang ada la tukang sambut.



urusetia pulak mensebok.
gaya apakah?



ha.. cenggini la step pompuan. dah macam orang nak beranak okkkk...
sakit gila kangkang aku wehhhh!!! punya la seksa nak ngabihkan mendalah ni.



takat papan goyang goyang cam gini tak mencabar ye anok anok..
sambil berlari lari pon mak boleh buat nok... hahahahaha



tang gini aku mengalah..
nur di muka dah nampak kegelabahan tersebut kan?
amat memalukan... demmmm!



tang gini pon kacangggggg...
sepatutnya pegang tali silang silang kat tepi tu... tapi aku pegang tali kat atas. memang la kacanggggg... hahahahaha



yang ini gayat sedikit ye...
gayat sampai kat atas je sebab nak pusing sebelah nak turun balik.
tukang amik gambar siap tunggu kat atas ok semata mata nak ngambik gambar ni. tu sebab muka ada senyummmm... hehehe



tak suka gambar ni... tak sukaaaa... tak sukaaaaa...
sebab?
baju itu membuatkan aku nampak gemokkkk...
nampak?
bukan memang gemok keee????

No comments: