Sunday, August 22, 2010

lompat tikam

semalam lepas ambil Sarah kami terus ke pasar ramadhan. nak beli makanan ringan ringan je.. so beli la roti john panjang, kueh lompat tikam dengan air milo kosong. lompat tikam ni sebenarnya aku tak pernah makan pon. tetiba je nampak terus teringin nak try. sekali time bayar haaaaa... tiga hengetttt.. makaihhhh mahal gilo kauuu. bukan la nak berkira bulan bulan posa ni. tapi hagak hagak la kan.. dalam bekas kecik je pun.. aku agak dalam dua henget je pun paling mahal. ok takpe. anggap je kita bersedekah.

then terus ke picc sebab lepas berbuka nak tengok tengok jualan raya metrojaya warehouse sale. teruja sangat nak mentengok apakah yang murah murah di dalam sana.. hehehehe..

seperti yang di agak. tak bestttt.. barang banyak yang lama pastu mahal plak. apa yang murah ntah. aku cuma beli refill bedak za ngan lipsticks silky girl je. refill tu sebab nak letak dalam case majolica majorca yang comel tu. nak beli bedak majolica mahal la bagi aku yang tak berduit ni walaupun harganya cuma lima ploh lapan henget je.

pastu jalan jalan lagi dalam tu. kes tak pueh ati sebab baju baju tak cantik pun harga mahal cekik darah. tak cantik pun jual mahal ke? apedaaaa..

lastly, pershoppingan berakhirnya dengan membeli ini...


tadaaaaa....

boleh letak alatulis dan menabung ye adik adik.. sangat sesuai untuk kanak kanak. nak bagi kat anak buah aku mengantikan duit raya. so duit raya yang dorang dapat boleh masuk dalam tabung ni. hahahahaha.. aku beli empat bendalah ni. tiga untuk anak buah yang kecik kecik sajo dan satu untuk macik misali dia ni. hahahaha..

pastu balik umah, siap beli ketiau goreng mamak.. kot kot malam kang lapar. kan tadi makan roti john je. takut tak cukup.

kat umah sebelum tido melantak ketiau goreng. beli satu je share ngan Sarah. time nak makan lompat tikam yang harganya menikam dompetku... amik kauuu... masammmmm.. tatau lah memang macam tu ke rasa dia or dah basi. tapi aku rasa memang basiiiiiiii... terus tak lalu makan. spoiled betullll... dah la kecik... mahal... basi plak tu. ada pulak yang kena tikam ni kang. tolong lah kak, kalo niaga tu hagak hagak la. mahal kalo basi.. akhirnya ko gak kena maki. kan dah berdosa...

4 comments:

qistinasafiah said...

cutenya tabung tu...agak-agak anak sedara yang ini counted x? :-P

aunty makan terlalu sikit! diet, kah?

✿nkara✿ said...

qistina,

meh kasik address..aunty nak pos..nak? (:

qistinasafiah said...

pucuk dicita, ulam mendatang.. :)

✿nkara✿ said...

qistina,

nanti kasik address kat fb aunty ek.. (: