Saturday, August 7, 2010

Chinta

malam yang sepi pi pi..
pak mat jual topi pi pi..

mata terbuntang tak boleh tido. sebabnya tadi dah terbungkang kat sofa depan tv terbaekkk punya tertido. tertido kah? ceh.

tadi terbangun pun terus raba raba carik henpon. takut dahling mesej. kang jadik isu plak lambat reply. kita kena berbuat baek sepanjang ketiadaan beliau ke hatyai ni supaya balik nanti ada fridge magnet sebagai habuan. fridge magnet je pon nak kecoh. pigi la lu..

malam malam merepek...

alangkah bagusnya kalo time macam ni buat kerja sekolah yang berlambak tu kan?
aaaahhhhhhh... MALASNYAAAAAA...



kerja sekolah ada kat bawah pencil case tu...
besok ada kelas baru nak mengelabah buat kerja sekolah. itu lah aku...
tak pernah serik dan insafffff... (sila tekankan nahu insaf tersebut)

oh ya. novel Chinta tu syikin punya. novel melayu je.. nak baca novel omputih nampak gaya tahun depan belum tentu tamat lagi. dah lama pinjam buku ni tapi tak abis abis lagi baca. asal nak baca je tido. asal tido je baru nak baca. sampai ke sudah la aku pinjam tak pulang pulang kang. sori ek kin.. hehe. kang ko ingatkan aku bawak novel cinta sufi tu. asyik tak ingat je..

book review?
baru chapter kedua out of 142.
tapi aku dah boleh tangkap jalan cerita ni. macam biasa.. cerita cinta. cinta orang miskin dengan orang kaya. ding dong ding dong.. last kahwin. happy ending.
chinta tu nama watak utama perempuan dalam buku ni.

dan dan ah rasa mengantuk.
tak boleh la nak mengkarang banyak sket. tadi banyak sangat idea nak taip, sekarang dah hilang. besok lah sambung buat kerja. layan mata lagi best..

titon dulu eh.

4 comments:

cendoi manis said...

wooiittt...adoiii..ko ni mmg layan novel dr dulu lagi yek...aku x boleh ar novel2 ni..nnt emo..terbawa2 watak dlm diri aku..boleh psycho aku...huhu..btw, klu ko nak fridge magnet dr Bandung meh dtg umah aku...heee~..

✿nkara✿ said...

cendoi manis..haha

weh aku ada masa masa tertentu je minat membaca ni. boring takde menda nak buat so layan je la baca novel..hehe.

aku suka baca tapi tak suka beli. bole gitu?

meh ar bagi aku fridge magnet made in bandung tu.. aku nak penuhkan fridge ni ha...

cendoi manis said...

ko dtg la sini...ajak yan sekali...korang kan bujang...anytime je boleh gi mana2??...aku simpan tuk ko ni...aku tggguuuuuu....heee~..

✿nkara✿ said...

umah ko katne weh?
nanti la bulan2 posa leh la datang buka kat umah ko..
jimat sket..kitorang kan bujangggg...hehehehhe