Friday, August 20, 2010

biru turquoise & beads

Assalamualaikum semua..

ni dah hari ke berapa puasa ha? oh hari kesepuluh rupanya. lagi 3 minggu nak raya. cuti dah apply tapi dapat 5 hari je. ok lah dari sebelum tu dapat 4 hari je. tak patut tauuuu..

sementara nak tunggu berbuka ni rasa rajin pulak nak bukak labtob kejap. lagipun besok cuti, nak terbongkang sampai ke petang pon takpe. eh not good ok. makruhhh posa aku. sejak puasa ni belog pon tak ber-update. kat opis nak update memang dah tak boleh, balik rumah berbuka dah mengantuk.. so memang malas nak on labtob dah. sahur bangun pukul 5 pun cuma nak minum air banyak banyak dengan kurma 3 bijik. pastu terbungkang sampai 6.30. pemalas sungguh bukan? bujang takpe, dah kawen nanti habit tersebut harus ditinggalkan kalau tidak kena debik ngan laki. tapi pelik lah... nape berat aku tak kurang kurang walau 0.5kg pon? (tetiba) mencikkkk laaaaa...

nak dekat raya ni semua orang sibuk dengan baju raya dan baju raya kan? duit raya malas nak pikir. bajet takde ok. kepada anak anak buah semua, macik korang takde bajet duit raya ok. sebarang muka kesian mahupun tangisan hiba tidak akan dilayan.

selepas 2 kali raya akhirnya kaler biru turquoise dipilih untuk tema raya tahun ini. last week balik kampong, sempat shopping sikit belikan mak baju raya. actually bukan aku yang belikan tapi si jujue. hehe. aku tak beli pon sebab takde yang berkenan.

semalam aku beli jugak baju kurung pahang biru turquoise ni kat warta bangi. plain dan simple sesangat. gila susah nak carik kaler biru turquoise yang berkenan di hati ok. malas nak pening pening.. rembat terusssss..



memang sempoi gila kan? takde corak, takde kaler kaler. hanya biru turquoise. mesti aku yang paling tak vouge raya nanti. oh tidakkkkk...



ingat nak jahit colorful beads kat baju tu nak bagi meriah sikit. siap print gambar contoh okkkk...



lepas sahur pagi tadi, bermula sesi menjahit. sanggup tak tido balik semata mata nak menjahit beads sendiri. dari pukul 5.30 - 6.30am, dekat 10kali jahit bukak... lepas jahit bukak... jahit lagi bukak lagi... (ulang sampai 10kali)

korang rasa berjaya ke aku mensiapkan kemeriahan baju raya aku ni? jeng jeng jengggg






semestinyaaaa.... TIDAK!!!!!!!



last last aku kontek kawan sekolah aku suruh buatkan sebab aku nampak dalam fb dia pandai jahit manik. cantik cantik pulak tu. senangggggg...

"kita ni kasar. tangan kita bukan untuk menjahit tapi untuk lempang orang." (Syikin quote)

memang betul lah kata dia. time sekolah dolu dolu, budak pompuan amik subjek Ekonomi Rumah Tangga.. aku amik Kemahiran Manipulatif Tambahan. orang dok menjahit, memasak.. aku dok bertukang. sekarang nak jahit jelujur pun senget benget. padan muka...

hari ahad ni aku nak bagi baju tu kat Afai kat shah alam. hopefully akan meriah lah baju raya aku tahun ni. nanti dah siap aku sidai kat sini. wait haaaa...

4 comments:

qistinasafiah said...

cantik! saya punya baju kurung pun plain, tp warna purple dan ber beads jugak! beli readymade je..hehehe

✿nkara✿ said...

qistina,

tiap tahun selalu tempah, tahun ni gatal nak beli readymade..
skang padan muka..susah gila nak carik yang sesuai..
tak muat kat bontot la..kain singkat la..tangan singkat la..adoiiii

qistinasafiah said...

ceritanya macam gemuk sgt aje! hehe

xpe, xpe..lepas posa, confirm aunty slim..vouge gitu! :*

✿nkara✿ said...

memang gemok laaaaa...arrgghhhhhhh (bertukar kaler ijau)

posa tak posa same je..tak nampak pon jarum penimbang tu berganjak.. ):