Tuesday, August 31, 2010

Lagu Tema Rasmi 1Malaysia




Lirik lagu - 1Malaysia

Berdiri teguh di bumi
Nyata pupuk semangat satu Malaysia
Sepakat rakyat didahulukan
Pencapaian diutamakan

Perpaduan mendapat rahmat
Toleransi kaum amalan bersama
Kejayaan kita bangunkan
Satu Malaysia

Dalam capai satu tujuan
Tanggungjawab kita semua
Jadi teras bangsa mulia
Kita bina Satu Malaysia

Korus:
Satu Malaysia jadi pegangan
Rukun negara teras panduan
Satu Malaysia benteng negara
Rakyat Malaysia taat setia

Ulang Korus (4x)

Satu Malaysia untuk semua


Pencipta lagu: Nik Nizam, Errie Naham
Lirik: Lokman Ghani
Penyanyi: Roy

Monday, August 30, 2010

Malam Merdeka

malam ini layan Sarjan Hassan kat TV2. best wooo...


Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53
1Malaysia Menjana Transformasi (jangan reformasi sudahhh..)


Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!!!



p/s: area kuarters berdentam dentum orang main mercun. takde orang pantau ke?

Saturday, August 28, 2010

Mandi wajib

Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul...

Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan. Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau “Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana mana bahagian anggota badan.

Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah satu anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke-2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke-3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu bulu yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu bulu dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu bulu di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?

Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok eloknya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.


Panduan Tambahan

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Rahsia 13

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…


Terima kasih Azarudin Bocheh. (:

Thursday, August 26, 2010

serius tengah takda mood

hati macam sayu sangat.
sensitipppp gila... seriusss...
rasa nak nages pun ada.
napa?????

selagi si dia tak datang memang mood aku cam siol...
cepat laaaaaaaaaaaaaaa..... ):


p/s: kalo dia datang kena la balik tiap tiap tengahari kan?hehe... tapi nak ganti posa balik yang naya... adehhh
p/s/s: korang pikir hape haaaa???

Sunday, August 22, 2010

lompat tikam

semalam lepas ambil Sarah kami terus ke pasar ramadhan. nak beli makanan ringan ringan je.. so beli la roti john panjang, kueh lompat tikam dengan air milo kosong. lompat tikam ni sebenarnya aku tak pernah makan pon. tetiba je nampak terus teringin nak try. sekali time bayar haaaaa... tiga hengetttt.. makaihhhh mahal gilo kauuu. bukan la nak berkira bulan bulan posa ni. tapi hagak hagak la kan.. dalam bekas kecik je pun.. aku agak dalam dua henget je pun paling mahal. ok takpe. anggap je kita bersedekah.

then terus ke picc sebab lepas berbuka nak tengok tengok jualan raya metrojaya warehouse sale. teruja sangat nak mentengok apakah yang murah murah di dalam sana.. hehehehe..

seperti yang di agak. tak bestttt.. barang banyak yang lama pastu mahal plak. apa yang murah ntah. aku cuma beli refill bedak za ngan lipsticks silky girl je. refill tu sebab nak letak dalam case majolica majorca yang comel tu. nak beli bedak majolica mahal la bagi aku yang tak berduit ni walaupun harganya cuma lima ploh lapan henget je.

pastu jalan jalan lagi dalam tu. kes tak pueh ati sebab baju baju tak cantik pun harga mahal cekik darah. tak cantik pun jual mahal ke? apedaaaa..

lastly, pershoppingan berakhirnya dengan membeli ini...


tadaaaaa....

boleh letak alatulis dan menabung ye adik adik.. sangat sesuai untuk kanak kanak. nak bagi kat anak buah aku mengantikan duit raya. so duit raya yang dorang dapat boleh masuk dalam tabung ni. hahahahaha.. aku beli empat bendalah ni. tiga untuk anak buah yang kecik kecik sajo dan satu untuk macik misali dia ni. hahahaha..

pastu balik umah, siap beli ketiau goreng mamak.. kot kot malam kang lapar. kan tadi makan roti john je. takut tak cukup.

kat umah sebelum tido melantak ketiau goreng. beli satu je share ngan Sarah. time nak makan lompat tikam yang harganya menikam dompetku... amik kauuu... masammmmm.. tatau lah memang macam tu ke rasa dia or dah basi. tapi aku rasa memang basiiiiiiii... terus tak lalu makan. spoiled betullll... dah la kecik... mahal... basi plak tu. ada pulak yang kena tikam ni kang. tolong lah kak, kalo niaga tu hagak hagak la. mahal kalo basi.. akhirnya ko gak kena maki. kan dah berdosa...

Friday, August 20, 2010

biru turquoise & beads

Assalamualaikum semua..

ni dah hari ke berapa puasa ha? oh hari kesepuluh rupanya. lagi 3 minggu nak raya. cuti dah apply tapi dapat 5 hari je. ok lah dari sebelum tu dapat 4 hari je. tak patut tauuuu..

sementara nak tunggu berbuka ni rasa rajin pulak nak bukak labtob kejap. lagipun besok cuti, nak terbongkang sampai ke petang pon takpe. eh not good ok. makruhhh posa aku. sejak puasa ni belog pon tak ber-update. kat opis nak update memang dah tak boleh, balik rumah berbuka dah mengantuk.. so memang malas nak on labtob dah. sahur bangun pukul 5 pun cuma nak minum air banyak banyak dengan kurma 3 bijik. pastu terbungkang sampai 6.30. pemalas sungguh bukan? bujang takpe, dah kawen nanti habit tersebut harus ditinggalkan kalau tidak kena debik ngan laki. tapi pelik lah... nape berat aku tak kurang kurang walau 0.5kg pon? (tetiba) mencikkkk laaaaa...

nak dekat raya ni semua orang sibuk dengan baju raya dan baju raya kan? duit raya malas nak pikir. bajet takde ok. kepada anak anak buah semua, macik korang takde bajet duit raya ok. sebarang muka kesian mahupun tangisan hiba tidak akan dilayan.

selepas 2 kali raya akhirnya kaler biru turquoise dipilih untuk tema raya tahun ini. last week balik kampong, sempat shopping sikit belikan mak baju raya. actually bukan aku yang belikan tapi si jujue. hehe. aku tak beli pon sebab takde yang berkenan.

semalam aku beli jugak baju kurung pahang biru turquoise ni kat warta bangi. plain dan simple sesangat. gila susah nak carik kaler biru turquoise yang berkenan di hati ok. malas nak pening pening.. rembat terusssss..



memang sempoi gila kan? takde corak, takde kaler kaler. hanya biru turquoise. mesti aku yang paling tak vouge raya nanti. oh tidakkkkk...



ingat nak jahit colorful beads kat baju tu nak bagi meriah sikit. siap print gambar contoh okkkk...



lepas sahur pagi tadi, bermula sesi menjahit. sanggup tak tido balik semata mata nak menjahit beads sendiri. dari pukul 5.30 - 6.30am, dekat 10kali jahit bukak... lepas jahit bukak... jahit lagi bukak lagi... (ulang sampai 10kali)

korang rasa berjaya ke aku mensiapkan kemeriahan baju raya aku ni? jeng jeng jengggg






semestinyaaaa.... TIDAK!!!!!!!



last last aku kontek kawan sekolah aku suruh buatkan sebab aku nampak dalam fb dia pandai jahit manik. cantik cantik pulak tu. senangggggg...

"kita ni kasar. tangan kita bukan untuk menjahit tapi untuk lempang orang." (Syikin quote)

memang betul lah kata dia. time sekolah dolu dolu, budak pompuan amik subjek Ekonomi Rumah Tangga.. aku amik Kemahiran Manipulatif Tambahan. orang dok menjahit, memasak.. aku dok bertukang. sekarang nak jahit jelujur pun senget benget. padan muka...

hari ahad ni aku nak bagi baju tu kat Afai kat shah alam. hopefully akan meriah lah baju raya aku tahun ni. nanti dah siap aku sidai kat sini. wait haaaa...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan



Selamat menyambut dan menyempurnakan Bulan Ramadhan diikuti Bulan Syawal.
Hiasilah Ramadhan dengan amalan, serikanlah Syawal dengan kegembiraan dan keikhlasan.



niat puasa dan doa berbuka puasa


Bacaan Niat Puasa.



Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya untuk sebulan:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat setiap malam (niat ringkas) :
نَوَيْتُ صَوْمَ رَمَضَانَ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa Ramadhan kerana Allah Taala.


Lafaz lengkap:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.




Bacaan Niat Hendak Berbuka Puasa.


اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَ بِكَ أَمَنْتُ وَ عَلى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ



Niatnya: "Ya Tuhanku, keranaMu jua aku berpuasa, dan denganMu aku beriman dan di atas rezekiMu aku berbuka dengan belas kasihMu Ya Allah Ya Amat Mengasihi".

Sunday, August 8, 2010

ACN YUO RAED TIHS?

sapa tengok "Jangan Lupa Lirik!" tadi?
si Along tu lah instructor program senamseni opis aku.
disebabkan dua perkataan (tajuk lagu tak ingat).. cintaku tuk yang sepatutnya cinta untuk leburrrrrrr rm20k okkkk. so dapat rm5k aje lah... over kofiden namanya tu.. tapi takpe lah long... bukan rezeki namanya tu. kalo aku lah kan.. mau tak nyanyi dah lepas tu. trauma ok.. traumaaaaaaaaaaa...

tadi ada kelas. pukul 7.30am dah gerak dari rumah sebab Sarah ada kelas pukul 8.30am. kelas aku pukul 10.45am. so lepak lepak kat cafe. makan roti john malam tadi punya dengan milo ais. terkujat aku sekejap tadi masa bayar milo ais tu. harga cuma sehenget sahaja. ulang suara rm1 only. gila murah ok. kalo kat luar tak dapek bai...

lepas makan mesti ngantuk kan? so pusing pusing cari port. gi lepak surau kejap. sambil baca buku (kononnnn..) pehtu lelap jap. pehtu terus masuk kelas.

makan tengahari telah ditaja oleh Mai. sempena apa tatau. tapi kitorang memang suka buat reunion. tiap minggu ada je reunion. padahal kelas sama sama. oh baru ingat... Mai kata tadi sempena nak sambut bulan ramadhan. lepas raya sapa lak nak taja sempena reunion kita yang ke lapanblas kali ni?

petang, sambong kelas sampai pukul 4pm. amik Sarah kat PTAR then terus gi meronggeng ke Jusco Bukit Raja. lama gila dowh tak pegi sini. tak beli apa apa pun. jamuan mata je. ongkosnya takda. tekanannnnn...

pehtu anta Sarah naik bas kat Seksyen 17. dia amik bas pukul 7pm tu yang kena gi meronggeng tadi tu. kalo gi meronggeng kejap je masa berlalu... hehe.

dahling dah kuar dari Haadyai. ondaway balik la ni... pukul berapa nak sampai i dunno... tengah malam jugak la kot tu nanti...

aku jumpa bunting ni kat fakulti tadi.



ok nak mandi. T_____T

Saturday, August 7, 2010

Low Rope

kat luar dah gelap. mentandakan hari mau hujan. hari ni dok rumah saja, malas nak keluar. tengah layan Glee season one back to back.. pastu tido dan makan. eh tadi dah basuh baju dan kemas rumah, so excises dah buat ok.

(ayat ter'freeze' selama 6 jam 43 minit)

tak tido pon tadi. tengok tv, makan... tengok tv, makan...
itu kata nak kurus? sendiri pikir laaaaa...


eh lupa nak cerita pasal last aktiviti masa jaga induksi lepas. aktiviti ni diberikan nama low rope aka tali rendah sebabnya gantungan tali tali tak setinggi high rope yang lepas. tengok macam tak mencabar langsung. ada unsur belagak situ... hahahaha



mula mula kena la dengar sifo bagi tazkirah dulu. kang ada yang tergolek hanjeng nyusahkan aku pulak. dengar baek baek ye.. lepas ujan lecak skit. itu yang best... hehe



demo.
ini agak mencabar ok. kalo ngesot macam laki laki punye step. pompuan takleh buat camtu. bahye.. pompuan punye step nanti aku tunjukkan. seksa weh...

kena ada 2 orang supporters sebagai tukang jaga. mana tau ada yang terjatuh kang ada la tukang sambut.



urusetia pulak mensebok.
gaya apakah?



ha.. cenggini la step pompuan. dah macam orang nak beranak okkkk...
sakit gila kangkang aku wehhhh!!! punya la seksa nak ngabihkan mendalah ni.



takat papan goyang goyang cam gini tak mencabar ye anok anok..
sambil berlari lari pon mak boleh buat nok... hahahahaha



tang gini aku mengalah..
nur di muka dah nampak kegelabahan tersebut kan?
amat memalukan... demmmm!



tang gini pon kacangggggg...
sepatutnya pegang tali silang silang kat tepi tu... tapi aku pegang tali kat atas. memang la kacanggggg... hahahahaha



yang ini gayat sedikit ye...
gayat sampai kat atas je sebab nak pusing sebelah nak turun balik.
tukang amik gambar siap tunggu kat atas ok semata mata nak ngambik gambar ni. tu sebab muka ada senyummmm... hehehe



tak suka gambar ni... tak sukaaaa... tak sukaaaaa...
sebab?
baju itu membuatkan aku nampak gemokkkk...
nampak?
bukan memang gemok keee????

Chinta

malam yang sepi pi pi..
pak mat jual topi pi pi..

mata terbuntang tak boleh tido. sebabnya tadi dah terbungkang kat sofa depan tv terbaekkk punya tertido. tertido kah? ceh.

tadi terbangun pun terus raba raba carik henpon. takut dahling mesej. kang jadik isu plak lambat reply. kita kena berbuat baek sepanjang ketiadaan beliau ke hatyai ni supaya balik nanti ada fridge magnet sebagai habuan. fridge magnet je pon nak kecoh. pigi la lu..

malam malam merepek...

alangkah bagusnya kalo time macam ni buat kerja sekolah yang berlambak tu kan?
aaaahhhhhhh... MALASNYAAAAAA...



kerja sekolah ada kat bawah pencil case tu...
besok ada kelas baru nak mengelabah buat kerja sekolah. itu lah aku...
tak pernah serik dan insafffff... (sila tekankan nahu insaf tersebut)

oh ya. novel Chinta tu syikin punya. novel melayu je.. nak baca novel omputih nampak gaya tahun depan belum tentu tamat lagi. dah lama pinjam buku ni tapi tak abis abis lagi baca. asal nak baca je tido. asal tido je baru nak baca. sampai ke sudah la aku pinjam tak pulang pulang kang. sori ek kin.. hehe. kang ko ingatkan aku bawak novel cinta sufi tu. asyik tak ingat je..

book review?
baru chapter kedua out of 142.
tapi aku dah boleh tangkap jalan cerita ni. macam biasa.. cerita cinta. cinta orang miskin dengan orang kaya. ding dong ding dong.. last kahwin. happy ending.
chinta tu nama watak utama perempuan dalam buku ni.

dan dan ah rasa mengantuk.
tak boleh la nak mengkarang banyak sket. tadi banyak sangat idea nak taip, sekarang dah hilang. besok lah sambung buat kerja. layan mata lagi best..

titon dulu eh.

Monday, August 2, 2010

green tea

mood baru datang nak update belog yang dah terabai beberapa hari ini. paling pentinggg... dahling dah selamat tiba jam 4.30 petang tadi. jam 5 petang aku dah mengelabah drive ke KLIA. tau je lah kan time balik kerja jalanraya akan menjadi sesak dan pemandu menjadi tidak sabar. semua orang bawak kereta macam pelesittttt..



tukar duit punya banyak okkkk...
tapi banyak ni je yang dia bawak. ok tipu.. hehe
ada lagi tapi ini saja yang aku dapat pilih sebab dia dah sound, "ingat sikit kat budak opis saya.." errr.. baikkkkk bos!



dannnn satu lagi...



Green Tea Scent Spray by Elizabeth Arden. arigatou gozaimasu dahling-chan!
not sure kat sini ada ke tak. aku ni bukan pencinta perfumes, so memang tak ambil port pasal kewujudan segala perfumes tok nenek. sejak kitorang madly in love, most of my perfumes dahling yang hadiahkan. jimat bukan? hahahaha..

actually dia belikan yang ni sebab tak suka bau DKNY Delicious Night Body Lotion yang pernah 2 kali aku pakai masa detim dengan dia hari tu. bau tengik dia kata. adakah sebab aku pakai di waktu siang maka ianya berbau tengik?



kalau dah tulis kat situ green tea scent spray makanya memang bau teh hijau lah. besok aku nak test pakai pegi opis. ada tak orang perasan? kalau takda, kena lah aku buat buat tanya. hehehe..

tadi aku dah spray sikit. bau boleh tahan. makin lama baru ada feel. tu time belum mandi. lepas mandi kompom lagi wangiiiii... wekkk



tengok jari je dah boleh tau berat aku berapa. sapa nak rasa jari berserta tapak tangan sila buat pasal ok.

ok habis.

aishiteruuuuu... (: