Thursday, July 22, 2010

high rope

aktiviti lasak pertama yang kami lakukan pada petang isnin. agak mencabar kewibawaan aku yang tak pernah buat aksi lasak camni. gayat tu jangan cakap lah kan tapi demi meningkat keyakinan diri akan ku coba untuk mengatasinya...ceh ayat skema. ini pun instructor kata rendah je. rendah??? tak ingat berapa ketinggian tali ni. aku macam pernah terdengar orang cakap dalam 20 kaki. 20 kaki tu panjang mana ha?

teleng gak lah kepala aku mendongak nengok bendalah ni. anda nampak di atas sana? ini platform kedua. platform pertama jalan atas tali laju-laju je. kacangggg...


mengigil kepala lutut aku masa nak mulakan bergayut atas tali ni. walaupun ada safety gears tapi kecuakan amat lah terserlah.


stop pit tali terakhir. mengigil ok nak balancekan badan. time ni rasa menyesal tak kuruskan badan dari awal. time ni je lah. dah turun kang tak teringat pun...hehe

orang-orang kat bawah pulak terpekik terlolong. kunun nak bagi semangat lah kannnnn... korang belum try lagi memang lah. pegang situ.. pegang sini.. slow-slowwwwwwwww... cewah cewah. jap lagi korang rasa la pulakkkkk.. aku perempuan pertama naik tau!


sebelum lompat kena mencanggung dulu. kalau time tu aku terkucil minta maap la ye kawan-kawan kat bawah tu. hehe.


u jump, i jump...
time ni pun jenuh aku nak diamkan supporters yang bersemangat kat bawah suruh aku lompat cepat. lepas ni korang siap la!


selamat mendarat dengan jayanya.
jangan risau...
time lompat ni ada instructor yang jadi penahan tali. err...taktau nak letak ayat sepatutnya.
seberat mana pun anda, anda akan selamat sampai ke tanah juga. tak cukup 3 orang tahan, semua orang pun boleh tahankan tali itu untuk anda. hehe.


itu saja untuk hari ini.
nak basuh baju busuk yang berlambak, tapi ampaian penuh so kena postpone niat tersebut.
malasnya nak keje besokkkkkk...

4 comments:

erkies said...

hep... jgn malas

✿nkara✿ said...

monday blues.. ):

~ eMaSuSiLa ~ said...

lps cik yatt bergayut kat tali tu, terus dorg tukar tali baru sbb tali tu nak putus dah.. overload..

✿nkara✿ said...

belom...
time chubby naik dorang tuko..
tali retassss...hehe