Wednesday, July 28, 2010

tumpang rakit orang

masa kat felda residence hari tu, aku sempat join peserta berakit. ingatkan berkayak, punya la excited sebab seumur hidup tak penah berkayah. tapi dapat berakit pun ok jugak. see my face... happy kan? hehe.



sempat lagi bergolek-golek sebelum berakit.
actually aku tolong tengok jeeee.. peserta yang kena buat rakit tu.



ok. misi menarik rakit ke kolam.
ini bukan lakonan, ini betul-betul...



briefing dulu.
tak dengar pun sebab dah tak sabar nak main air.
rakit telah ditukar-tukar. maknanya group yang buat rakit takan naik rakit yang dorang buat. kena naik rakit group lain. group mana yang tak ikat rakit kuat-kuat time ni la nak pekenakan group lain. memang nasib aku tak baik la...



nak start dah.
gila geli pijak selut dalam kolam ni. dah la tak pakai kasut. yakkkkk...
mintak-mintak aku jadi bukan faktor kekaraman rakit ini. hehe.



ayomak geset goooo...



dah sampai seberang kena gostan balik.
jenuh wei nak kayuhhhhh...



time ni tengah dengar arahan dari instructors.
masing-masing muka blur plus kepenatan.
lenjun baju aku...



kena tarik balik rakit ke darat.
then kena buka balik dan simpan di tempat asal.



moral of the story :
kerjasama dan kepercayaan antara satu sama lain amat penting.

Tuesday, July 27, 2010

miss him...




ini antara gambar yang dahling send semalam. berlepas dari klia jam 11.30pm hari ahad. selamat sampai kat aiport-mana-ntah around 730am esoknya. aku dapat emel dari dia jam 9.00pm semalam. menginap kat kawasaki mets hotel. jangan tanya pasal ini gambar kat mana... kat mana... gua tak jejak lagi. gua cuma nak feeling rindu-rindu... teehee

bila ntah nak merasa pegi jepun jugak...

gila ah!
miss him... ;)


p/s : mamat rambut putih itu bukan dia. harap maklum.

Thursday, July 22, 2010

high rope

aktiviti lasak pertama yang kami lakukan pada petang isnin. agak mencabar kewibawaan aku yang tak pernah buat aksi lasak camni. gayat tu jangan cakap lah kan tapi demi meningkat keyakinan diri akan ku coba untuk mengatasinya...ceh ayat skema. ini pun instructor kata rendah je. rendah??? tak ingat berapa ketinggian tali ni. aku macam pernah terdengar orang cakap dalam 20 kaki. 20 kaki tu panjang mana ha?

teleng gak lah kepala aku mendongak nengok bendalah ni. anda nampak di atas sana? ini platform kedua. platform pertama jalan atas tali laju-laju je. kacangggg...


mengigil kepala lutut aku masa nak mulakan bergayut atas tali ni. walaupun ada safety gears tapi kecuakan amat lah terserlah.


stop pit tali terakhir. mengigil ok nak balancekan badan. time ni rasa menyesal tak kuruskan badan dari awal. time ni je lah. dah turun kang tak teringat pun...hehe

orang-orang kat bawah pulak terpekik terlolong. kunun nak bagi semangat lah kannnnn... korang belum try lagi memang lah. pegang situ.. pegang sini.. slow-slowwwwwwwww... cewah cewah. jap lagi korang rasa la pulakkkkk.. aku perempuan pertama naik tau!


sebelum lompat kena mencanggung dulu. kalau time tu aku terkucil minta maap la ye kawan-kawan kat bawah tu. hehe.


u jump, i jump...
time ni pun jenuh aku nak diamkan supporters yang bersemangat kat bawah suruh aku lompat cepat. lepas ni korang siap la!


selamat mendarat dengan jayanya.
jangan risau...
time lompat ni ada instructor yang jadi penahan tali. err...taktau nak letak ayat sepatutnya.
seberat mana pun anda, anda akan selamat sampai ke tanah juga. tak cukup 3 orang tahan, semua orang pun boleh tahankan tali itu untuk anda. hehe.


itu saja untuk hari ini.
nak basuh baju busuk yang berlambak, tapi ampaian penuh so kena postpone niat tersebut.
malasnya nak keje besokkkkkk...

Monday, July 19, 2010

FELDA Residence

sekarang aku berada di FELDA Residence Trolak, Perak.
akan berada di sini selama 6 hari. oh lama.. (ada laki kah?)
aktiviti sekarang adalah mempergunakan wifi free access sampai lebam.
sampai hari tu hari jumaat. perjalanan alhamdullah selamat sampai ke destinasi. wo wohh.. (tang wo wohh tu ikut macam lagu ctnurhaliza, tajuk aku taktau, sori)


ini Dewan Alamanda 1. jangan ingat Alamanda Putrajaya je ada. sini ada 8 Alamanda.


tempat melantak bernama Anjung Restaurant. boleh tahan la jugak nak menapak dari dewan ke tempat makan. takpe. boleh kurussssss...


menu untuk hari pertama. cuba bayangkan menu untuk hari seterusnya?
berjayakah aku menahan napsu???
fikir-fikir kan... (sila fikirkan untuk aku ye)


port baek untuk tido. katil saiz single sahaja. tak boleh golek-golek. golek kat lantai boleh.


view dari tingkap bilik aku. saujana mata memandang. eceh.

jumaat malam tu ada nite walk. seram jugak walaupun jalan dalam gelap bertiga. sepatutnya sorang-sorang. hilang macho aku. gambar takda sebab gelap. kang tetiba ada makhluk lain posing naya aku.

ok itu saja. nak minum petang. kat sini makan 6 kali sehari. diet memang hancurrrr...

Wednesday, July 14, 2010

Eclipse The Series

Nantikan kemunculan Eclipse The Series di kaca tv anda tidak lama lagi. *wink*

Saksikan Ekswed, Beyatt dan Arycob kembali menentang kejahatan di Folksjaya.
It all begins... with a choice.

Tunggu ya.. (:

Tuesday, July 13, 2010

datin to be

datin to be?
berangan lah kauuuu... :P

pagi tadi pergi frim ada lawatan dari puspanita kebangsaan. hanya gambar ini saja yang berjaya terpilih untuk ditepek di belog ini. gambar-gambar lain boleh blah sebab agak memalukan bila ditonton oleh diri sendiri. senang cerita aku tak suka itu gambar. sangat menunjukkan gemokkan diri ini. ah tak sukeeee...

baju yang aku pakai itu adalah uniform puspanita ok. now i layan puan sri and datin-datin only. buwekkk..

ok cau.

Monday, July 12, 2010

big thanks

fuh fuh.. gila la tak memekak dalam belog sendiri. akhirnya today lega sebab erkies-baik-hati membagi pinjam berukben beliau kepada saya. kalau prestasi berukben ini maintain laju macam ni harapan meminjam dengan lebih lama adalah cerah. secerah matahari waktu tengahari. waka waka..

eh world cup 2010 dah tamat eh? spain menang eh? tahniah to supporters yang bertungkus lumus mensokong pasukan masing-masing hingga ke final dan akhirnya menjadi juara. so lepas ni takda alasan untuk korang bermalasan dan tersenguk-senguk akibat menahan diri untuk tido. syabas bete...

last week tengok eclipse! omaigod! omai.. omai.. neves gila ok. aku dah rasa macam nak masuk je dalam screen time berpelukan dan berkissan dengan edward dan jacob tu. waaaa~ dushummm.. kena dush ngan dahling. sori bos...eheks.

dah lama tak bual dalam belog rasa macam lain plak. so better stop setakat ini saja besok-besok boleh bebel lagi. kena tido awal sebab besok awal pagi ada program kat frim.

ha lupa nak bagitau. kelas dah start ahad lepas. seronok dan gementar. hopefully dapat jadik yang terbaik. (:

Friday, July 2, 2010

mood

aku takda mood nak buat kerja sebab internet biol...
boleh???