Saturday, June 5, 2010

Taman Cabaran

Taman Cabaran Putrajaya dibina di kawasan seluas 30 hektar dengan kos RM38 juta. mula dibuka kepada orang ramai pada 2 Oktober 2009 menyediakan empat kemudahan utama sukan lasak seperti pusat sukan mendaki tembok tiruan; gelanggang basikal BMX, gelanggang sukan luncur dan trek basikal lasak.

nak pegi tapi taktau jalan?
dont worry, aku tolon copypastekan peta plak.

baik tak aku? hehe.

actually citer nih dah lame teperap tunggu nak edit asik terlupes je. padahal memang aku malas sangattttt. sejak nak berbelog pon opis dah banned, lagi kukuh alasan malas tersebut. pointnye sila salahkan opis aku.

ntah bile aku pegi sini pon aku dah lupe. tapi seingat aku hari sabtu or ahad, sebabnye time nih je aku bole pegi dating bersama dahling. weekdays memang kitorang tak kacau. dedikasi terhadap kejeeee...peh! aku pegi nih pon sebab budak opis aku cakap tempat nih best. so nak tau betol ke idak best, kena la pegi jengok. dekat je pon. tak sampai 5min dari umah.

area tempat nih memang sunyi sket. rasenya tak ramai yang tau melainkan orang tu memang suka sukan extreme. ini gelanggang untuk sukan luncur. ramai budak-budak tengah tunjuk skills main skateboard, rollerblades dan basikal bmx.

nih plak trek untuk basikal lasak. mamat yang duduk tu baru jatuh dari basikal dia. lompat tak lepas or sesaje buat jatuh aku taktau la. teringat time kecik-kecik bawak beskal, kalo silap kayuh je... hambek ko. terhentak petpet kat palang beskal. senakkkkk jangan cakap la sampai besok tak abis. aku pandai bawak beskal umo 5 tahun kot. test bawak beskal kat umah arwah wak huri. time tu dah bangga gila dah bawak beskal kecik. siap lutut cecah handle pon takpe, janji bawak beskal tak jatuh.

pastu pegi tempat rock climbing plak. belakang aku nih mamat ensem okkk. hehe.
tengok cam best je dorang panjat tembok tu. kalo aku taktau la larat ke idak nak ngangkat bontot. yang penting otot tangan kena kuat. then kederat nak ngangkat badan tu kena kuat gak. kalo idak jadik cam aku je la. tengok dan posing. sukan jugak tu. muahahahaa.

zon purple.

zon blue.

taktau ape beza zon kaler-kaler nih. maybe surface dia lain-lain kot.

sesapa suka sukan extreme mesti suka tempat nih. aku? nope. tengok boleh tapi nak join belom lagi. kot-kot ada yang nak pegi tengok sila lah. sambil berdating boleh gak amik angin petang, sihatkan badan.

2 comments:

Anonymous said...

nk msuk yg wall climbing tue kena byr ke?

nkara said...

dear anon,
yup...kena bayar. utk dptkan peralatan tu kot..
bole dtg sana kalo nak futher info. (: