Tuesday, June 29, 2010

Induksi







seronoknya bekerja di luar pejabat. heavennnn... huhahhahaha...

Monday, June 28, 2010

if we ever meet again

me lef Katty Perry! she's aummmm... (:




what's somebody like you, doing in a place like this?
say, did you come alone, or did you bring all your friends?
say, what's your name, what you drinking
i thin i know what you're thinking
baby what's your sign, tell me yours i'll tell you mine
say, what's somebody like you doing in a place like this?

i'll never be the same - if we ever meet again
won't let you get away - said if we ever meet again
this free fall's, got me so
kiss me all night don't ever let me go
i'll never be the same
if we ever meet again

say if we ever meet again

do you come here much? i swear i've been seen your face before (before, yeah)
hope you don't see me blush, but i can't help but want you more, more
baby tell me what's your story
i ain't shy, don't you worry
i'm flirting with my eyes, wanna leave with you tonight
so do you come here much, i gotta see your face some more, some more

coz baby

i'll never be the same - if we ever meet again
won't let you get away - said if we ever meet again
this free fall's, got me so
kiss me all night don't ever let me go
i'll never be the same
if we ever meet again

i'll never be the same
if we ever meet again




Saturday, June 26, 2010

mulut longkang

bermula hari ini sehingga 5 hari akan datang, aku akan berada di JPS Ampang. dah lama tak jadi handle kursus tetiba nama naik pulak. aku on je. dekat jauh asal dapat claim ot, sure tak tolak. lagipun kena cari duit banyak-banyak nak bayar yuran semester baru ni. semua pakai duit sendiri. pandai-pandai lah nak hidup...

sebelum aku datang sini, memang aku dah dengar macam-macam cerita tak sihat pasal hostel kat jps ni. cerita tak sihat tu macam cerita hantu lah jugak. rata-rata cerita sama je. tiap-tiap malam akan ada bunyi orang mandi dalam bilik air. dalam pukul 4 pagi dah dengar orang mandi. agaknya benda alah tu rajin bangun pagi kot. so paham-paham je lah, jangan ko tido sampai subuh gajah baru nak bangun. respek sketttt...

aku sampai tadi pukul 9, terus masuk dewan. ada seko mamat ni. aku panggil seko bersebab. sila baca sampai habis. start aku sampai sampai ke pukul 11 pagi tadi asyik lah nak menakutkan aku. asyik bebeno la bercerita pasal si antu ni lah... si antu tu lah... si antu tu mandi lah... si antu tu kacau lah... ok aku buat dekk je. bukan lah aku belagak berani. tidakkkk sama sekali okkk... tapi aku malas nak amik port sebabnya aku jugak lah yang kena menghadapi 5 malam kat sini sorang-sorang. aku dah lah takde sharing partner. memang cih lah bai lah ko nak takut-takutkan aku kan?

selama 2 jam tu aku layan je cerita seram si mamat ni. dia pun makin aku menumpukan perhatian, makin lah galak pulakkkk... memang siol. lagi satu si mamat ni dulu panggil aku kakak ok. sebab aku lagi tua dari dia. so aku lagi suka, at least dia ada sense of respect kat orang tua macam aku ni. tapi bila dah lama sikit, agaknya dah naik otai kan... so takde kakak-kakak dah. panggil nama sahaja. ok aku layan jugak. sebab malas lah kan. si mamat ni lelaki, mungkin dia rasa tak rock kot panggil kakak pada aku yang cun ni... (aku cakap mungkin. tak sure lagi) (:

sambil dia bercerita kisah seram tu, dia dok sebelah aku. sambil tu tangan picit-piciy henpon. pastu saja letak depan aku. saja di sini sebabnya memang obvious sangat macam dia nak aku tegur gambar kat skrin henpon dia. 2-3 kali jugak lah. picit-picit..letak depan aku. ok aku pun tegur.

aku : eh ni gedik (bukan nama sebenar) kan?
mamat : aah...
aku : ko kapel ngan dia ke?
mamat : aah..well... (buat muka belagak)
aku : gila pantas ko...
mamat : ye lah, kena la pantas. bukan macam ko umo dah tua. bf takde. bile nak kawen ntah..bla bla bla bla
aku : ......

babik okkk!!!
aku sound dia balik.

aku : eh pehal plak ko ni? lantak aku lah nak kawen ke tanak ke... mulut rupa cih bai lah kooo...&%$#@*
mamat : ......

aku dah rasa macam terketar-ketar tahan marah ni. nasib baik kursus tengah jalan. kalau tak mau aku jadik hantu kejap tu jugak. mamat ni pun wrong time lah nak bergurau senda dengan orang yang tengah naik bendera jepun ni. memang kena renjatan pms lah kan. terus aku tak bercakap langsung dengan dia sampai dia balik pukul 11.30 pagi tadi.

bukan lah aku tak tahan bergurau, tapi agak-agak lah dikkk... akak gurau-gurau jugak. tapi gurauan tu biar lah tepat dan kena dengan masanya. ko tu baru nak hidup. keje pun tak confirm lagi. ko ingat muka ko hensem sangat ke nak sound-sound aku?

tapi dik... aku marah kejap je. aku maafkan, tapi nak lupakan... eh sori ye. wa ingat sampai mati.

Sunday, June 20, 2010

ayah saya

saya ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada ayah saya yang terchenta, Pak Husin di kampong. tadi call mak, mak cakap ayah demam semalam. sekarang dah ok sikit tapi still batuk lagi. cuaca sekarang pun tak menentu, itu pasal penyakit seperti demam dan batuk berleluasa. perlu banyak jaga kesihatan terutama orang tua macam ayah saya ni. saya tak dapat nak mentepek gambar ayah saya sebab saya tengah mengunakan henpon untuk membuat entry ini. (:

Saturday, June 19, 2010

waka waka world cup 2010



better late than never...(:

aku bukan peminat bola sepak. aku juga bersyukur sebab dahling pun bukan peminat bola sepak. maka kami boleh berdating tanpa gangguan. haha.

tapi aku suka lagu ni. rasa macam nak gelek dan bergolek macam shakira. she's very talented dancer. comel kan?

sepanjang 18 hari siaran world cup ni aku tak penah sekali pun tengok. nak sokong pasukan mana pun aku taktau. tapi rasanya aku nak sokong pasukan yang ada christiano ronaldo tu... sebab? sebabnya aku kenal dia sorang je. hehe.

so sebelum aku kena banned dengan peminat fanatik world cup. baik aku lari laju-laju. babai.

Friday, June 11, 2010

cecatness is her

hujan turun lebat gila. guruh berdentum dentam. gelap gelita kat luar tu. kalau kat rumah mesti aku tengah landing atas tilam sambil membuta. oh heavennyeeee...

Mamok nak pindah dah. hari ni dia last (berapa kali aku nak tribute pasal dia ntah). sekarang dia tengah pening buat emel salam terakhir untuk budak-budak opis. aku suruh dia tiru emel Linda je. hehe.

aku harap penganti Mamok nanti macam dia jugak. cecatness. sebab aku nih garang (dorang cakap) tapi sebenarnya berhati baik. ececeh. walaupon aku nampak garang (puji lagi) tapi kalau dah kenal lama sikit baru tau aku macamana. macam aku kenal dia dulu lah. mula-mula aku buat dekk je. dah lama baru ko suka kat aku. kan? kan? (:

last week dia belanja kitorang nasik lemak ayam goreng. sedap! sehari sebelum tu dia belanja aku cendol. cendol tersebut lah punca utama kerosakan suara aku. time nak mula batuk baru baik hati nak belanja aku. yang aku pulak apasal tanak tolak? hish. so bersuara rock lah aku sepanjang minggu nih.

kad comel untuk Mamok. sorry ma, tak sempat nak beli hadiah lain. aku nak bagi teddybear kecik merah ngan kuning tu ko tanak. kena dera la. kena celup kopi la. so jangan banyak bunyik. amik kad nih dan paling mahal aku adiahkan ko doa. semoga ko seronok bergosip dengan bini-bini polis yang gemok-gemok tu. lepas ni mesti ko makin gemok. hahahaha.

we will be friends,
as long as stars twinkle in the sky,
as long as angels are there up high,
'til ocean run dry,
and 'til the day i die...eceh

remember, SPLians rawkkkkk!!!

sobs... ):

Thursday, June 10, 2010

bittersweet symphony

tekak tak baik lagi. ahhh... ):

malam tadi tengok Lagenda Budak Setan dengan opismates. aku bagi 3.5/5 bintang. rasanya baca novel lagi best, lagi banyak jalan cerita. tengok movie 2 jam dah habis. tu pun dah skip banyak dari cerita asal. apa yang skip jangan tanya. dah berbelas tahun aku tinggal novel tu. tak ingat... (:

jam 2030 dah tunggu dorang kat air pancut depan kedai jam. then terus pegi makan McD. uh habis diet akuuuu... tapi takpa lah, ni last pun nak makan-makan dengan dorang. sobs.

jangan lupa saksikan pelakon gerak khas edisi terhad tidak lama lagi.

hari nih hari terakhir Linda kat opis. besok Ema pulak. lepas nih dorang jadik geng-geng bini polis plak. cakap pun hang hang... dok IPK Perlis lah katakan. huhu.

Linda : gila ko saman aku 380..
Yat
: nasib baik saman aku 30 henget je..

sempat lagi check saman via sms lepas Ary Khan bagitau dia kena saman 450henget. termasuk saman dari tahun 2006! gilosh.

terima kasih pada Farhan, pekerja McD yang tolong tangkapkan gambar. (:

ngeri plak aku tengok Ary dengan Erkies. apakah?
macam biasa, aku akan nampak lebih besar dari mereka. adakah faktor usia mempengaruhi? oh! &%*$#@!!!



it is hard to believe how much time has passed, for it seems like only yesterday that we met. through the years our friendship has grown, and it always reminds me that the best things in life are free.

forever friends! (sobs)

Wednesday, June 9, 2010

rockers to be

hello, hello... test, test... tulen bangggg

huaaaa... tekak pedih. batuk-batuk. nak cakap pun malu. rockers u... sobs

tekak dari semalam dah sakit. tapi rileks je. ingatkan sebab kurang minum air. time lunch semalam ema belanja cendol. pagi tadi nasi lemak pulak. wahhh... sejak nak pergi ni makin pemurah. kenyang tapiiii... diet hancussssss!

semalam balik awal. dahling ajak dating. jarang eh susah gila nak dating lepas waktu kerja. rasa tak pecoyo. dahling teringin nak makan western. tapi nak makan area dekat je. oh! bahaya la... so survey SR Presint 15 dulu. penuh. ramai orang sebab tempat kecik sangat. terpaksa pegi Alamanda jugak. adeh... mesti jumpa orang opis. abaikan... dating punya hal. takpe!

so pergi SR makan western foods. haram tak ingat apa menu kami makan. tapi more into fish lah. aku makan dowry, dahling makan... ntah. lupa. tapi ikan jugak ada cheese. muak gila. dahling minum twinnings tea and frosty orange juice for me. dahling cakap menu kurang sedap. aku? (atas pinggan licin). hehe.

pastu buat pusingan setiap kedai.

yat : yang, mata orang tak nampak la... pedih.
dahling : nape? gi la check jap.
yat : kalo check kena beli contact lens skali...
dahling : ha... beli je lah.

ok taktik berjaya. cepat-cepat pegi Menara Optometry (depan MPH) nak check mata. Optometrists amat peramah. before check kena rest dulu 15min sebab aku pakai contact lens. then time check sempat jugak tanya kenapa bijik aku makin merah. so her advise. aku kena rest seminggu tanpa pakai contact lens. contact lens pakai jangan lebih 8hours. takut ada infections. omg. takut... tapi tak suka pakai spek. tak cun. hahaha.

result, power mata aku naik o.5. dari 4.25 naik ke 4.75. tahap nak buta dah ni. so ada advise lain macamana nak kurangkan power tak? power rabun lah bukan power tot tot... (:

pastu balik rumah. dahling dah penat.

yat : yanggg... mana polish yang kata nak bagi tu?
dahling : ada kat bonet.
yat : (buat muka kesian)
dahling : meh saya tengok.

yey! so dahling tengok my kereta yang ada tompok-tompok atas bumbung. hasil dari titisan air cat kat parking rumah. time cuci kereta hari tu dah suruh macha tu polish, tapi banyak songeh. malas lah tu. ishhh. dahling pun try polish. aku tukang tengok je. hehe. polish punya polish tak mau jugak hilang. try kikis pakai duit syiling. eh berjaya pulak. so aku kikis pakai syiling limaplohsen, dahling pakai kunci kereta dia. finally, semua tompok cat putih tersebut hilang. thanks dahling!

uhuk uhuk huk huk huk... (batuk)

malam ni nak tengok movie Lagenda Budak Setan dengan opismates. sempena hari terakhir nak berjimba dengan ema dan linda. lepas ni dorang pindah pdrm kangar. we'll miss u... sedih. ):

nak sambung batuk. tatah.

Monday, June 7, 2010

best theraphy

terapi paling ngam ho time cuti adalah SHOPPING!

sabtu, dok umah tengok tv dan layan internet sampai lebam. nasib baik tengah bersunggoh nak diet, kalo tak layan makan sampai boncet la aku.

ahad plak, plan kena kuar jugak dari umah. layan jasko equine sorang-sorang pon boleh. ape ade hal? sorang-sorang pon gua layan je... lagi senang nak carik barang. dalam sorang-sorang tu 3 jam lebih gak aku round. pastu baru gelabah nak cuci keta sebab jam dah pukul 7.15pm. baru sedar dah maghrib dan time to balik umah.

pegi jasko beli adiah kawen budak opis, atie dan chubby. murah-murah je... sape suruh dorang kawen time bajet kureng. janji ikhlas kan kan... bagi adiah doa lagi afdal kot. hehe.

source : mr. google

time dok seri kembangan dulu, hari-hari pegi pon takpe. skang dah dok jauh susah sket nak pegi. aku pindah dari kawasan nih pon sebab tak larat nak redah jem tiap kali pegi dan balik keje. 3 tahun gak aku dok sini. sejak zaman busuk (nih kawasan pembuangan sampah. bau memang busok tahap dinosor la). time cuti skolah baru ok sket. jalan kecik sangat... pastu takde jalan lain kecuali jalan ke pekan cina ngan jalan nak ke highway untuk kuar dari sini.

skang pon tengok kawasan nih makin membangun. kawasan perumahan jangan cakap lah. berlambak-lambak... pastu tapak nak buat giant dan tesco dah rata dah. harapnye jalan pon jangan lupa buat banyak-banyak. kalo tak, makin sesak wooo...

Saturday, June 5, 2010

Taman Cabaran

Taman Cabaran Putrajaya dibina di kawasan seluas 30 hektar dengan kos RM38 juta. mula dibuka kepada orang ramai pada 2 Oktober 2009 menyediakan empat kemudahan utama sukan lasak seperti pusat sukan mendaki tembok tiruan; gelanggang basikal BMX, gelanggang sukan luncur dan trek basikal lasak.

nak pegi tapi taktau jalan?
dont worry, aku tolon copypastekan peta plak.

baik tak aku? hehe.

actually citer nih dah lame teperap tunggu nak edit asik terlupes je. padahal memang aku malas sangattttt. sejak nak berbelog pon opis dah banned, lagi kukuh alasan malas tersebut. pointnye sila salahkan opis aku.

ntah bile aku pegi sini pon aku dah lupe. tapi seingat aku hari sabtu or ahad, sebabnye time nih je aku bole pegi dating bersama dahling. weekdays memang kitorang tak kacau. dedikasi terhadap kejeeee...peh! aku pegi nih pon sebab budak opis aku cakap tempat nih best. so nak tau betol ke idak best, kena la pegi jengok. dekat je pon. tak sampai 5min dari umah.

area tempat nih memang sunyi sket. rasenya tak ramai yang tau melainkan orang tu memang suka sukan extreme. ini gelanggang untuk sukan luncur. ramai budak-budak tengah tunjuk skills main skateboard, rollerblades dan basikal bmx.

nih plak trek untuk basikal lasak. mamat yang duduk tu baru jatuh dari basikal dia. lompat tak lepas or sesaje buat jatuh aku taktau la. teringat time kecik-kecik bawak beskal, kalo silap kayuh je... hambek ko. terhentak petpet kat palang beskal. senakkkkk jangan cakap la sampai besok tak abis. aku pandai bawak beskal umo 5 tahun kot. test bawak beskal kat umah arwah wak huri. time tu dah bangga gila dah bawak beskal kecik. siap lutut cecah handle pon takpe, janji bawak beskal tak jatuh.

pastu pegi tempat rock climbing plak. belakang aku nih mamat ensem okkk. hehe.
tengok cam best je dorang panjat tembok tu. kalo aku taktau la larat ke idak nak ngangkat bontot. yang penting otot tangan kena kuat. then kederat nak ngangkat badan tu kena kuat gak. kalo idak jadik cam aku je la. tengok dan posing. sukan jugak tu. muahahahaa.

zon purple.

zon blue.

taktau ape beza zon kaler-kaler nih. maybe surface dia lain-lain kot.

sesapa suka sukan extreme mesti suka tempat nih. aku? nope. tengok boleh tapi nak join belom lagi. kot-kot ada yang nak pegi tengok sila lah. sambil berdating boleh gak amik angin petang, sihatkan badan.

Friday, June 4, 2010

tribute jugak

pagi macam biasa. kena keje. hari-hari memang kena pegi keje. kecuali sabtu dan ahad. hari tersebut adalah hari bercuti dan berjimba-jimba (berjimba-jimba nih ape ek? aku slalu dengo orang sebut). jangan berjimak-jimak sudaaaaa... ok kes berat.

macam biasa jugak, kekotak parking b2 akan penuh. so aku akan menselit "dilarang parking di sini". tapi ramai jugak yang parking. so bukan aku sorang je langgar peraturan kan? ngeee...

sampai opis nampak kat meja ema ada 2 bungkos adiah. mentang-mentang pengantin baru asik dia je dapat adiah. dari kawen sampai ke opis asik dapat adiah tak abis-abis. jeles kah? uh tidakkkk... nanti aku kawen camnih jugak le gamaknye kan? tu pon kalo ade orang nak bagi laaaa... kalo takdeeee aku akan buat paksaaaannnnnnn...

dapat banyakkkk adiah ek? meh aku tolong bukak meh...
nih adiah dari kinkin choong. tak sempat bawak balik okkkk...

nih plak adiah dari ustazah M.
sila jangan tiru perangai kurang manis pengantin baru ini.



ma mok (ema gemok), nih kira aku buat entry tribute untuk ko. hehe.

Thursday, June 3, 2010

senamseni paling best sebab instructornye ensem

okkk okkkk...
aku tau tajuk adalah amat direct skali.
tapi itu kenyataannnnnn. hehe.

(gambar takde. lupe nak snap. aisehhh...)

macam bese senamseni kat opis tadi bermula lambat. orang-orang opis nih memang tak suke bersenam agaknye. dah pukul 4.20 yang ade cume 13 orang je rasenye. nak tanak senaman must go on la. instructor dah datang, opis kena bayar lah kan...

tadi instructor yang datang berupa seorang lelaki. sblom nih instructor pompuan. kecik-kecik comel je orangnye tapi lincah ya amat. steps aku beterabor jangan cakap lah ye. tapiiii hari nih steps aku agak bagus. terabor pon sket-sket je. hehe.

actually tak berape nampak sangat muke instructor tu sebab power konteklens aku dah patut kena tuko dah nih. tapi sen takde so takleh banyak bunyik. pakai apo yang ado sajo lah.

bebalik pade kisah tadi.
senamseni nih senaman dia macam tarian jugak. tapi takde lah lemah gemalai sangat. kira menari tarian tradisional dengan gerakan mantap gitu. tu yang aku nampak lah dalam senamseni nih. steps pon takde lah susah sangat sampai aku takleh nak ikut. agak-agak tak reti aku sengih sorang-sorang je la. hehe.

yang bestnye senamseni hari nih, instructor ensem tersebut ada ajar senaman untuk buang lemak-lemak degil di perot. malam nih jugak aku nak try buat kat umah. eh betollll.. kompommmm... >_<

nak citer kat sini camne senaman tu susah sket ar. aku mane tau kisah sebenar senaman nih. name saintifik dia lagi lah kan. so kalo nak tau sila datang senamseni yang dianjurkan oleh opis aku aka nre ok. next week maybe instructor nih ade lagi. hari ape aku tak pasti sebab kaklong (person-incharge-senamseni tengah berkursus). any info i'll let u know ok. tunggu sajo...

errrrr... mood nak buat entry dah out lah. aku memang slalu camnih. potong stim kan? camne nak jadik blogger tegar ntah. tskkkk...


p/s : dahling, mintak ampon... =)

Wednesday, June 2, 2010

duh

tinggg tonggg...

p/s : testing post =)



eh buleh lak publish.
pelik... pelik...

nak balik. sok baru godek. tata..