Friday, May 14, 2010

Lalu Lintas Sempena Hari Belia Negara 2010


Seramai 30,000 orang dijangka berkunjung ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14 hingga 16 Mei 2010.

Bagi kemuadahan pengunjung, sebanyak kira-kira 30,000 petak parkir awam telah disediakan di Presint 1, 7, 18 dan 20.

Pihak penganjur akan melaksanakan konsep Park 'n' Ride sepenuhnya sepanjang acara berlangsung kerana beberapa jalan utama ke Core Island Putrajaya akan ditutup kepada lalu lintas.

Orang ramai tidak perlu risau kerana tidak kurang daripada 30 buah bas ulang-alik (perkhidmatan shuttle bus) disediakan untuk membawa orang ramai dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara.

Sebanyak 16 buah tram disediakan di pusat transit secara PERCUMA untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar tapak acara.

Untuk kemudahan orang ramai, seramai 300 orang sukarelawan bermotosikal dijangka terlibat mengangkut orang ramai ke lokasi karnival di dalam Core Island.

Pengunjung berkenderaan yang melalui Presint 1 boleh meletakkan kenderaan di 3 lokasi parkir awam di Park 'n' Ride berhampiran pusat membeli-belah Alamanda yang boleh menampung 1,500 buah kereta dan 300 petak parkit di belakang Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Orang ramai dibenarkan meletak kenderaan di sepanjang tepi jalan Oval Route, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang boleh menampung 2,000 kenderaan.

Di Presint 7, pengunjung boleh meletakkan kenderaan di parkir awam ERL dan Park 'n' Ride Putrajaya Sentral yang menyediakan 2,500 petak dan 2,000 ruang parkir di tapak cadangan Pusat Kanser bersebelahan Hospital Putrajaya.

Manakala di Presint 18 pula pihak penganjur menyediakan 3 tapak parkir yang boleh menampung 1,600 buah kenderaan dan 2,000 ruang di sepanjang jalan yang dibenarkan di kawasan tersebut.

Orang ramai yang datang dari laluan Lebuhraya MEX, LDP dan PLUS (Exit Putrajaya), Cyberjaya dan Dengkil dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan khas di Presint 20 atau Presint 7.

Tapak parkir di Presint 20 boleh menampung 18,000 buah kenderaan dan ianya berhampiran dengan tapak acara Presint 5 dan Presint 6.

Pemandu dan pengunjung dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda penunjuk arah dan penunjuk arah parkir serta arahan pegawai lalu lintas bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

Orang ramai diminta merancang perjalanan lebih awal dan mengunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan terutamanya waktu puncak.

Hari Belia kali ini merupakan yang terbesar dan paling meriah pernah diadakan melibatkan 88 acara, karnival dan ekspo. Karnival dan ekspo dibuka untuk kunjungan mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Hari Belia Negara 2010 di talian 03-8871 3535 atau 8871 3613.

No comments: