Wednesday, May 5, 2010

info sengal bersama mak-belum-jadi

hari ni datang keje dengan keadaan dua muka. satu muka malas nak pegi keje dan satu lagi muka hepi exam dah habis. arghhh... amat lega bila exam dah setel. tinggal nak berdoa secara banyak supaya tidak berada di paras bahaya. ya Allah! mintak-mintak results nanti bagus dan tak mensakitkan mata... aminnnn.

pagi tadi kena jaga kaunter aras 9. eh aku paling tak suka jaga kaunter ok. bole tak nama aku di-nyahkan dari lists "Penjaga-Kaunter-Aras-Sembilan"! tak suka tau. haih.

tarik nafas. turun nafas.
ok dah relaks. today mak-belum-jadi nak share info hal rumahtangga. sesuaiiii tak? *wink-wink*



info pertama.
kalau bayi anda basah. apa anda perlu buat?

tak kira lah basah sebab apa pun. sebab mandi ke. sebab buang air ke. yang penting bagaimana anda nak mengkeringkan bayi tersebut. bagaimana caranya?
begina ya... sedia ok mak-belum-jadi nak membagi tips. hehe.
lap bayi anda secara perlahan dan berhati-hati dengan tuala atau kain yang bersih dan lembut bukan mengkeringkannya dalam mesin basuh berputaran 15minit.
semua orang tau kan?


pelik lah. masa umur aku 12 tahun aku terer gila doh jaga baby. takat mandi, pakaikan lampin ekselen gila. tapiii skang jangankan nak mandikan, nak pegang pun aku cuak. adakah sebab skills tersebut disimpan untuk masa hadapan. jeng jeng jeng...


info kedua.
bayi dan binatang peliharaan, mana satu pilihanku?

tu pun taktau nak pilih ke? dah tentu lah anak anda kannnn. binatang boleh cari, bayi pun boleh cari tapi kena ada teknik dan taktik yang tak perlu dinyatakan di sini. bagi yang berhati kebinatangan tu tak payah lah susah-susah nak mempeturunkan sikap anda itu. budak kecik lagi de. budak-budak nih ada pantang larangnya. nak pulak jenis yang ada penyakit pasal bulu-buluan ni. kesian de.


cukup lah sekadar nak mengacah-acah je. tak payah nak berhabitat sama. gilo apo?


info ketiga.
siapa yang boleh menetetskan bayi?

wah. suka ek? nak bagi tutorial pasal nih mak-belum-jadi memang takda experience langsung.
jadi tak banyak info yang boleh mak nak sharekan disini. mahaplah ye.


hanya mak-mak yang telah melahirkan bayi yang ada kandungan susu badan dan boleh menetetskan atau breastfeeding bayi. kalangan bapak-bapak sila lah jangan membuat tebiat nak menetetskan anak ok.


info keempat.
ingin memenangi program raja lawak?

parents, please please dont do this at home.


please lah jangan buat anak anda begini. kot ye pun nak buat anak anda senyum toksah lah sampai macam ni. cukup lah joker je yang ada senyuman sampai ke telinga.


boleh pakai tak info yang mak-belum-jadi bagi ni?
boleh lah kannnn.

2 comments:

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

hehe..perkataan pelik yang xbape nak pelik

1. mensakitkan
2.mengkeringkannya
3.berhabitat
4.mak-belum-jadi ( eh..bile la agaknye nak mak yang menjadi..?)
5.menetetskan

huhu.

✿nkara✿ said...

cik aida nan comei,

tak bape pelik kan?
hehe.