Tuesday, May 11, 2010

cara menghapuskan anai-anai


kalo anai-anai telah mula masuk ke dalam kayu-kayan di rumah anda, apa anda perlu buat? ok tak payah nak pening kapla... panggil je exterminator profesional. buat sendiri orang kate payah. betol ke?

So sblom anai-anai sibok mengambush rumah kita, apa kata kita mengkenali anai-anai ini terlebih dulu. stuju? jom kita berkenalan dengan anai-anai ini.


siapakah anai-anai?


1. beliau suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati.

2. beliau ada berpuluh spesis. yang putih, yang kuning, yang perang... queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. askar anai-anai menjaga anak-anak. anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.

3. kalo nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai. wahhh...bahye.

4. anai-anai tak tahan matahari. cepat mati. sebab tu mereka membuat lorong tanah atas kayu/ simen/ konkrit atau menggali terowong dalam tanah.

5. anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.

6. dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.


Dah kenal? time to mengkurangkan minat anai-anai dari rumah kita plak.

1. pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. rumput dan lalang dicantas.

2. pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumah.

3. pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.

4. pastikan bawah rumah tiada takungan air.

5. tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur.

6. pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.

7. kalo terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. sila panggil pakar.

8. pastikan perabot buruk, buku-buku, kertas, pakaian, surat akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.


maknanye... kita kena rajin dan pastikan laman rumah bersih dan cantik. rajin-rajinkan lah diri menjaga kebersihan dalam rumah. bukan takat anai-anai... serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak pun dapat dikurangkan.

lepas rumah dah cantik dan bersih, buat kubu pertahanan. ala-ala askar nak berperang lah. kena ada kubu. kita kan nak berperang dengan anai-anai. kalo nak kubu yang cantik dan kiut, sila lah suruh kontraktor yang buat. keje pun senang. hehe.

> buat kubu pasir sekeliling rumah atau sekeliling bahagian rumah yang jejak pada tanah, terutama sekali berhampiran foundation rumah. jarak dalam beberapa inci lah dari bahagian tu.

> gali lobang 6 inci ke dalam tanah dan 6 inci lebar.

> masukkan pasir yang saiznya standard iaitu berdiameter 1mm. kalo pakai ayak besi atau aluminium saiznya mesh 16. mesti saiz tu. (tu yang ditulis, ikut je la..) sebab kalau pasir terkecil, anai-anai boleh pikul dan kalau terbesar, anai-anai boleh lalu kat celah. anai-anai kuat okkk.

> tutup bahagian atas dengan simen atau bahan composite yang tak disukai anai-anai.

> sapukan bahagian-bahagian kayu yang berhampiran tanah dengan air yang telah dicampurkan serbuk BORAX. ( sila amik perhatian : BORAX ni dulu banyak digunakan oleh pembuat mee kuning, kuey teow, chee cheong fun, nasi putih masakan Siam, Indon dan Cina. dah berkoyan-koyan orang Melayu dok makan racun ni, sebelum diharamkan kerajaan. Borax ini adalah salah satu punca Barah Hati).

> BORAX tak bunuh terus anai-anai. apabila anai-anai suap-menyuap serat kayu pada rakan-rakan sekerjanya, ia akan tersuap sekali BORAX ni. bila BORAX masuk perut, ia akan bunuh kuman pengkhadaman anai-anai. lalu anai-anai mati kerana kekurangan zat. yey...


cara pembasmian anai-anai yang telah pun berhimpun di dalam rumah.

panggil je pakar. ni kerja susah.


Jika inginkan kepastian di dalam info ini, tanya lah pakar pembasmian anai-anai dan gali maklumat (errr... cari maklumat) dalam internet. or senang cakap... sila lah mengoogle. pacik google sedia membantu. =)


4 comments:

ainhamzah said...

I've something for u...

visit here k!

Nice Blogger Award

ApekxHensem™ said...

ini hali balu apek tau pasal anai2 kuikuikui

❤ ~ * cik aidacomei * ~ ❤ said...

salam..hai..jom join giveaway ..hehe...terjah-terjah blog sye eh..hehehe..jom join...!

✿nkara✿ said...

ainhamzah,

thanks dik. =)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

apekxhensem, kah?

lu kena cek umah lu pek... cegah sebelom padah. hehe

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

cik aidacomei,

wsalam, ingat nak join. tengah pikir... tingtongtingtong