Monday, May 31, 2010

snorkeling

taktau pesal lah sampai sekarang nak publish entry pon tableh.
internet opis nih tak abis mereng lagi agaknya.
arghhh... tensen tau.

aku kat umah linda. mentumpang kasih streamyx kat umah dia.
nak pasang kat umah sendiri taktau bila.
kena cepat nih. linda nak pindah dah.

nak citer pasal redang island pon dah terencat.
tensennyaaaaaa...

soton yang telah disumpah menjadi orang.
ada gaya kah?
oh.


Monday, May 17, 2010

semuaaaaaaaaaa....


untuk makluman, opis saya sedang membuat serangan balas kepada staff yang menggunakan harta kerajaan yakni internet secara berleluasa.
maka dengan itu semua...yaaa semuaaaa...yang berbentuk hiburan ketika berkerja telah disita. uhuk uhuk...~
maka dengan itu lagi saya tidak dapat bermain game di fb dan juga baru-baru ini nak post entry dalam belog pon tarak buleh. oh sungguh kijammmmmm.
tapi saya akurrrrrrr... dengan ketentuan iniiiii...
maka dengan ini aktiviti berbentuk hiburan sebegini terpaksa diberhentikan sementara. sementara sahaja okkk... sehingga saya mempasang internet berkelajuan tinggi yakni BUKAN berukben. nantikan kemunculan saya.

eh sila jangan lupakan saya ye. saya masih wujud lagi.
tata.

Sunday, May 16, 2010

teacher's day

hepi teacher's day kepada cikgu-cikgu tadika kemas changkat rambai, cikgu-cikgu sekolah rendah balun bidai, cikgu-cikgu sekolah menengah dato' seri maharaja lela, cikgu-cikgu sekolah teknik seri manjung dan cikgu-cikgu uitm (lecturer pun kire cikgu gak la kan).

tak lupe jugak pada kengkawan yang telah menjadi cikgu. selamat mengajar dan berkhidmat untuk bangsa dan negara. (amik ko ayat skema)


pesanan pada bakal-bakal cikgu (see who talkinggg...),
berkhidmat dengan penuh ikhlas. jangan sebab nak senang dapat keje kita tends to apply nak jadik cikgu. ingat senang ke nak ngajor orang? budak-budak dulu (contoh tunjuk diri sendiri) walaupon nakal still lagi hormat kat cikgu. walaupon kena marah ke, kena lempang ke.. stand still je. takde la nak buat serangan balas macam calarkan kete ke. see u in court ke. takde okkk. but nowwww... salah sket je dah kena saman. mak bapak pon sbok skali. dulu ade bapak ko datang skolah serang cikgu? takde de... oh ada gak la setengah orang sebab bapak dia termakan hasutan anak ngok dorang. banyak cabaran nak jadik cikgu zaman skang ni. tu pasal aku kureng berminat nak jadik cikgu. alasan tak dapek macam ni la. huhu. but mane tau lepas nih terbukak ati nak jadik pengajar plak. we see later ok.

hepi teacher's day to all teacher in the world!





Saturday, May 15, 2010

redang

ihsan pakcik google

redangggg, wait for me haaaa.... on 26th. can't wait! weeeeeee~


Friday, May 14, 2010

Lalu Lintas Sempena Hari Belia Negara 2010


Seramai 30,000 orang dijangka berkunjung ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Putrajaya sempena Hari Belia Negara 2010 pada 14 hingga 16 Mei 2010.

Bagi kemuadahan pengunjung, sebanyak kira-kira 30,000 petak parkir awam telah disediakan di Presint 1, 7, 18 dan 20.

Pihak penganjur akan melaksanakan konsep Park 'n' Ride sepenuhnya sepanjang acara berlangsung kerana beberapa jalan utama ke Core Island Putrajaya akan ditutup kepada lalu lintas.

Orang ramai tidak perlu risau kerana tidak kurang daripada 30 buah bas ulang-alik (perkhidmatan shuttle bus) disediakan untuk membawa orang ramai dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara.

Sebanyak 16 buah tram disediakan di pusat transit secara PERCUMA untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar tapak acara.

Untuk kemudahan orang ramai, seramai 300 orang sukarelawan bermotosikal dijangka terlibat mengangkut orang ramai ke lokasi karnival di dalam Core Island.

Pengunjung berkenderaan yang melalui Presint 1 boleh meletakkan kenderaan di 3 lokasi parkir awam di Park 'n' Ride berhampiran pusat membeli-belah Alamanda yang boleh menampung 1,500 buah kereta dan 300 petak parkit di belakang Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri.

Orang ramai dibenarkan meletak kenderaan di sepanjang tepi jalan Oval Route, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang boleh menampung 2,000 kenderaan.

Di Presint 7, pengunjung boleh meletakkan kenderaan di parkir awam ERL dan Park 'n' Ride Putrajaya Sentral yang menyediakan 2,500 petak dan 2,000 ruang parkir di tapak cadangan Pusat Kanser bersebelahan Hospital Putrajaya.

Manakala di Presint 18 pula pihak penganjur menyediakan 3 tapak parkir yang boleh menampung 1,600 buah kenderaan dan 2,000 ruang di sepanjang jalan yang dibenarkan di kawasan tersebut.

Orang ramai yang datang dari laluan Lebuhraya MEX, LDP dan PLUS (Exit Putrajaya), Cyberjaya dan Dengkil dinasihatkan meletakkan kenderaan di kawasan meletak kenderaan khas di Presint 20 atau Presint 7.

Tapak parkir di Presint 20 boleh menampung 18,000 buah kenderaan dan ianya berhampiran dengan tapak acara Presint 5 dan Presint 6.

Pemandu dan pengunjung dinasihatkan supaya mematuhi arahan papan tanda penunjuk arah dan penunjuk arah parkir serta arahan pegawai lalu lintas bagi mengelak sebarang kesulitan berlaku.

Orang ramai diminta merancang perjalanan lebih awal dan mengunakan laluan alternatif bagi mengurangkan kesesakan terutamanya waktu puncak.

Hari Belia kali ini merupakan yang terbesar dan paling meriah pernah diadakan melibatkan 88 acara, karnival dan ekspo. Karnival dan ekspo dibuka untuk kunjungan mulai pukul 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sekretariat Hari Belia Negara 2010 di talian 03-8871 3535 atau 8871 3613.

Wednesday, May 12, 2010

layan award kejap

hari ini aku taktau nak merepek apa kat dalam ini belog. kebetulan plak ada blogger comel singgah belog nih pastu kasik award. wah award okkk... bajet cam artis je kan. maka ini lah target repekan aku. muhahahaaa

anyway, thanks to ainhamzah for this "nice bloggers award". macam lah nice bebeno belog aku kannn. tapi akak tetap terharu okekkkk... (sambil kesat airmata, nampak nau tak penah dapat award kan?)

ehhh... tag tu kena jawap ke? ahhhh tak kisah lah. tak payah pon aku bedal gak la. time lunch nih taktau nak buat ape. dah la cafe gedikss aku kena blocked. &^%$!!!


apa yang bermain dalam pikiran korang?

nasik.. nasik.. nasik...
yes! memang aku lapar. dalam pikiran aku cuma ada nasik je skang nih. pagi tadi bekpes makan spegediks (spegeti) malam tadi punye masak. pastu lunch ingat nak makan nasik. but takde yang menselerakan tekak aku. last-last beli bihun sup je. telan je la kan... tapi yang ada dalam pale otak aku adalah nasik jugak. demmmm... camno nak kurus?


3 orang yang awak sayang?

jawapan klise = "semua orang saya sayang. saya tak suka benci orang. tuhan marah."

ah boleh blahhh... tapi memang tuhan marah pon benci-memenci nih kan. tapi aku insan biasa. *wink* (motip?)
ok lah. saya sayang semua kecuali orang kapir, jahat dan lahanat. sila tendang saya.


panggilan untuk si dia?

si dia tu sape? kekasih hati ulam jantung aku ke? aku panggil saya, awak, saya, awak je. macam dalam citer adamaya tu...hehe.


hadiah yang diimpikan dari orang teristimewa?

banyak yang aku nak. tapi paling penting nak bahagia... =) (jawapan klise yang lari dari tajuk)


blog mana yang korang suka visit?

sume yang ada dalam bloglists aku tu sume aku suke visit. takde yang tidak melainkan sume. dan ada jugak blog yang aku menjadi silent reader je. so aku takde letak link. sebab segan nak tunjuk muka. akak pemalu deknon...

sekian.

Tuesday, May 11, 2010

cara menghapuskan anai-anai


kalo anai-anai telah mula masuk ke dalam kayu-kayan di rumah anda, apa anda perlu buat? ok tak payah nak pening kapla... panggil je exterminator profesional. buat sendiri orang kate payah. betol ke?

So sblom anai-anai sibok mengambush rumah kita, apa kata kita mengkenali anai-anai ini terlebih dulu. stuju? jom kita berkenalan dengan anai-anai ini.


siapakah anai-anai?


1. beliau suka kelembapan tinggi dan makanan utama ialah serat kayu hidup dan mati.

2. beliau ada berpuluh spesis. yang putih, yang kuning, yang perang... queen anai-anai ada banyak dalam satu koloni. askar anai-anai menjaga anak-anak. anai-anai yang berkepak mencari-cari tempat baru membina koloni macam kelakatu berterbangan.

3. kalo nampak banyak kelakatu berterbangan, pasti berhampiran ada koloni anai-anai. wahhh...bahye.

4. anai-anai tak tahan matahari. cepat mati. sebab tu mereka membuat lorong tanah atas kayu/ simen/ konkrit atau menggali terowong dalam tanah.

5. anai-anai suap-menyuap makanan kepada rakan masing-masing.

6. dalam perut anai-anai ada ribuan protozoa ( hidupan macam kuman ) yang mengkhadamkan serat kayu yang ditelannya.


Dah kenal? time to mengkurangkan minat anai-anai dari rumah kita plak.

1. pastikan laman rumah bersih dan pokok-pokok kecil di-trim. rumput dan lalang dicantas.

2. pastikan tiada sampah, timbunan kayu, perabut reput, pokok mati dan tunggul pokok berhampiran rumah.

3. pastikan air parit mengalirkan air terus ke saliran parit besar. pastikan parit rumah tak pecah dan berumput.

4. pastikan bawah rumah tiada takungan air.

5. tutup rekahan-rekahan yang dijumpai pada bahagian dinding dengan simen atau kapur.

6. pastikan paip-paip bocor berhampiran tanah dibaiki segera. tanah-tanah yang lembap menarik anai-anai buat sarang.

7. kalo terjumpa koloni anai-anai di halaman, jangan cuba buang sendiri sebab nanti yang saki-baki akan mencari tempat baru terutama sekali rumah. sila panggil pakar.

8. pastikan perabot buruk, buku-buku, kertas, pakaian, surat akhbar lama, kayu dan apa saja barang dah tak mahu pakai lagi, dikeluarkan dari rumah dan dibuang terus.


maknanye... kita kena rajin dan pastikan laman rumah bersih dan cantik. rajin-rajinkan lah diri menjaga kebersihan dalam rumah. bukan takat anai-anai... serangan nyamuk, ulat gonggok, ular, tikus, kutu anjing, lipas dan cicak pun dapat dikurangkan.

lepas rumah dah cantik dan bersih, buat kubu pertahanan. ala-ala askar nak berperang lah. kena ada kubu. kita kan nak berperang dengan anai-anai. kalo nak kubu yang cantik dan kiut, sila lah suruh kontraktor yang buat. keje pun senang. hehe.

> buat kubu pasir sekeliling rumah atau sekeliling bahagian rumah yang jejak pada tanah, terutama sekali berhampiran foundation rumah. jarak dalam beberapa inci lah dari bahagian tu.

> gali lobang 6 inci ke dalam tanah dan 6 inci lebar.

> masukkan pasir yang saiznya standard iaitu berdiameter 1mm. kalo pakai ayak besi atau aluminium saiznya mesh 16. mesti saiz tu. (tu yang ditulis, ikut je la..) sebab kalau pasir terkecil, anai-anai boleh pikul dan kalau terbesar, anai-anai boleh lalu kat celah. anai-anai kuat okkk.

> tutup bahagian atas dengan simen atau bahan composite yang tak disukai anai-anai.

> sapukan bahagian-bahagian kayu yang berhampiran tanah dengan air yang telah dicampurkan serbuk BORAX. ( sila amik perhatian : BORAX ni dulu banyak digunakan oleh pembuat mee kuning, kuey teow, chee cheong fun, nasi putih masakan Siam, Indon dan Cina. dah berkoyan-koyan orang Melayu dok makan racun ni, sebelum diharamkan kerajaan. Borax ini adalah salah satu punca Barah Hati).

> BORAX tak bunuh terus anai-anai. apabila anai-anai suap-menyuap serat kayu pada rakan-rakan sekerjanya, ia akan tersuap sekali BORAX ni. bila BORAX masuk perut, ia akan bunuh kuman pengkhadaman anai-anai. lalu anai-anai mati kerana kekurangan zat. yey...


cara pembasmian anai-anai yang telah pun berhimpun di dalam rumah.

panggil je pakar. ni kerja susah.


Jika inginkan kepastian di dalam info ini, tanya lah pakar pembasmian anai-anai dan gali maklumat (errr... cari maklumat) dalam internet. or senang cakap... sila lah mengoogle. pacik google sedia membantu. =)


Motivasi : Interesting Aspects of Warren Buffet

"I always knew I was going to be rich. I don't think I ever doubted it for a minute." - Warren Buffet











Monday, May 10, 2010

saya sayang mak saya


1st of all, selamat hari ibu kepada ibuk-ibuk bapak-bapak sedunia.

semalam aku ngan jujue je jadik tukang pengcelebrate hari ibu kat kampong. orang lain tak balik pun. kes sibok koje semedang. tapi aku tak kisah pun. boleh aku angkut kek tu balik kl karang. muahahaha. gelak ganas sket.

actually, kek tu macam biasa akan di sponser oleh jujue. aku? aku tukang bagi kasih sayang kepada mak only. pastu tukang perabih kek. ok ape... mane nak carik anak macam aku? apa mak aku masak sume aku bedal. dengan alasan... ini lah bukti kasih sayang saya pada mak saya. hehe.

jenuh nak nunggu mak bersiap. berbaju kurung nih pun sebab nak pegi miting kat sungai galah jap lagi. ailebiyue mak! mak masak keladi masak asam semalam sedapppppppp... jangan tak tau, siap packingkan keladi suruh aku masak sendiri. sebabkan tanak kecikkan ati, aku bawak gak la. kering dalam peti sejuk la jawabnye...

kek yang di sponser oleh jujue. suku je mak makan. yang lain aku dah kebas bawak balik. huhu.

ayah pun kena interframe. kena paksaan dalam ini gambar. dah tua-tua camni malu-malu kucen mak ayah aku nih. ailebiyue jugak la sama ayah!

lagu khas untuk mak, walaupon aku tau mak tak bape nak paham.


She used to be my only enemy and never let me be free
Catching me in places that I knew I should'nt be
Every other day I crossed the line I didn't mean to be so bad
I never thought you would become the friend I never had
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All that you did was love
Mama I love you.Mama I care
Mama I love you . Mama my friend. You're my friend
I didn't want to hear it then but I'm not ashamed to say it now
Every little thing you said and did was right for me
I had a lot of to think about,about the way I usedto be
Never had a sense of my responsibility
Back then I didn't know why
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes, all that you did was love
Mama, I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama ,my friend. You're my friend
But now I'm sure I know why,
Why you were misunderstood
So now I see through your eyes
All I can give you is love is love
Mama I love you. Mama, I care
Mama, I love you. Mama, my friend,You're my friend
Mama, I love you, Mama ,I care
Mama, I love you, Mama, my friend, You're my friend

simplycontest dari D.A

(klik) ^

referrel aku adalah D.A (boleh tak?hehe)

jadikan nkara sebagai referrel anda okeh. =)

ape lagi? jom lah join beramai-ramai!!~


p/s : contest punye details pelis klik banner ye... =P

Saturday, May 8, 2010

FAKTA : Jenayah Syariah

KESALAHAN JENAYAH-JENAYAH SYARIAH (WILAYAH-WILAYAH PERSEKUTUAN) 1997 (AKTA 559)


SEKSYEN 7 : MENGHINA ATAU MENYEBABKAN DIPANDANG HINA DI DALAM AGAMA ISLAM

Denda tidak melebihi RM3000 atau Penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.


SEKSYEN 9 : MENGHINA ATAU MENGINGKARI PIHAK BERKUASA AGAMA

Denda tidak melebihi RM3000 atau Penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.


SEKSYEN 10 : MENGINGKARI PERINTAH MAHKAMAH

Denda tidak melebihi RM3000 atau Penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.


SEKSYEN 11 : MENGAJAR AGAMA TANPA TAULIAH

Denda tidak melebihi RM5000 atau Penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya.


SEKSYEN 14 : TIDAK MENUNAIKAN SOLAT JUMAAT

Denda tidak melebihi RM1000 atau Penjara tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya.


SEKSYEN 32 : MEMUSNAH ATAU MENCEMARKAN MASJID, SURAU DAN SEBAGAINYA

Denda tidak melebihi RM3000 atau Penjara tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Bual Bicara Bulanan Bersama...

Dato' Hj Che Mat bin Hj Che Ali, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), merangkap Setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Tarikh : 9 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 9.30 - 11.30 pagi
Tempat : Bilik Serbaguna, Pusat Kejiranan Presint 9, Putrajaya

Tel JAWI Putrajaya : 03-8884 2600
(Bahagian Penguatkuasa : 03-8890 3055)


Siapa yang patut hadir?

Warga Putrajaya
Warga Luar Putrajaya
Warga Luar Negara
Pengunjung Putrajaya
Ibu, Bapa, Anak dan Menantu


DATANGLAH BERAMAI-RAMAI!!!
Masuk adalah PERCUMA!

Friday, May 7, 2010

hitam dan putih

tergelak. tersengih. macam orang biol.
baru tau betapa syoknye berfbooking nih.
dapat kawan baru. dapat kawan lama yang dah bertahun-tahun ilang kabar berita. paling best dapat tengok gambar time skolah. gila malu dol...


cuba carik mane aku?

dapat tak?
tak nampak?

sahhh... mata anda belom rabun lagi.
aku takde pon dalam ini gambar.
ntah kemana aku time nih. ke aku tukang tangkap gambar?
yang ada dalam gambar dalam nih dari kiri : reha (dulu aku panggil nor), yan (skang seopis ngan aku), aemy (teacher), pojie (tatau mana menghilang, dengar citer dok penang), jijah (abang dia ensem woo..), nojie (dah beranak dua). depan plak : kiah (cikgu gak dengar citer) ngan simah (cikgu addmaths). ramai kawan-kawan aku jadik cikgu rupenye. dulu sket punye biut nak pegi skolah. bagus. bagus. hehe.

time nih kitorang form 1 kat smdsml kampong gajah. form 1 je dah kena masuk hostel. sebabnye kampong aku jauh dari skolah. kalo nak berulang takde bas pun. pastu geng sekampong pun masuk hostel. nak tanak kena masuk hostel gak.

macam-macam kenangan ada time dok hostel ni. salah satunya macam dalam gambar ni lah. penghuni asrama hanya boleh pakai tudung kaler hitam dan putih je. kaler lain tak boleh. aku pon tatau kenapa ada peraturan camni? agaknye tanak kitorang lagi menserlah dari cikgu kot especially penyelia asrama cikgu rozie. huhu.

waaa... rindunya kehidupan zaman remaja (skang pon remaja jugak ok).
balik kampong besok nak kelebet album lame.
nak carik gambar zaman kanak-kanak plak.
tak sabarnyeee...

Thursday, May 6, 2010

rehatkan otak sekejap

otak pun tau letih jugak. bukan badan je.
jom gelak-gelak longgarkan kepala tu skit.



Wednesday, May 5, 2010

info sengal bersama mak-belum-jadi

hari ni datang keje dengan keadaan dua muka. satu muka malas nak pegi keje dan satu lagi muka hepi exam dah habis. arghhh... amat lega bila exam dah setel. tinggal nak berdoa secara banyak supaya tidak berada di paras bahaya. ya Allah! mintak-mintak results nanti bagus dan tak mensakitkan mata... aminnnn.

pagi tadi kena jaga kaunter aras 9. eh aku paling tak suka jaga kaunter ok. bole tak nama aku di-nyahkan dari lists "Penjaga-Kaunter-Aras-Sembilan"! tak suka tau. haih.

tarik nafas. turun nafas.
ok dah relaks. today mak-belum-jadi nak share info hal rumahtangga. sesuaiiii tak? *wink-wink*



info pertama.
kalau bayi anda basah. apa anda perlu buat?

tak kira lah basah sebab apa pun. sebab mandi ke. sebab buang air ke. yang penting bagaimana anda nak mengkeringkan bayi tersebut. bagaimana caranya?
begina ya... sedia ok mak-belum-jadi nak membagi tips. hehe.
lap bayi anda secara perlahan dan berhati-hati dengan tuala atau kain yang bersih dan lembut bukan mengkeringkannya dalam mesin basuh berputaran 15minit.
semua orang tau kan?


pelik lah. masa umur aku 12 tahun aku terer gila doh jaga baby. takat mandi, pakaikan lampin ekselen gila. tapiii skang jangankan nak mandikan, nak pegang pun aku cuak. adakah sebab skills tersebut disimpan untuk masa hadapan. jeng jeng jeng...


info kedua.
bayi dan binatang peliharaan, mana satu pilihanku?

tu pun taktau nak pilih ke? dah tentu lah anak anda kannnn. binatang boleh cari, bayi pun boleh cari tapi kena ada teknik dan taktik yang tak perlu dinyatakan di sini. bagi yang berhati kebinatangan tu tak payah lah susah-susah nak mempeturunkan sikap anda itu. budak kecik lagi de. budak-budak nih ada pantang larangnya. nak pulak jenis yang ada penyakit pasal bulu-buluan ni. kesian de.


cukup lah sekadar nak mengacah-acah je. tak payah nak berhabitat sama. gilo apo?


info ketiga.
siapa yang boleh menetetskan bayi?

wah. suka ek? nak bagi tutorial pasal nih mak-belum-jadi memang takda experience langsung.
jadi tak banyak info yang boleh mak nak sharekan disini. mahaplah ye.


hanya mak-mak yang telah melahirkan bayi yang ada kandungan susu badan dan boleh menetetskan atau breastfeeding bayi. kalangan bapak-bapak sila lah jangan membuat tebiat nak menetetskan anak ok.


info keempat.
ingin memenangi program raja lawak?

parents, please please dont do this at home.


please lah jangan buat anak anda begini. kot ye pun nak buat anak anda senyum toksah lah sampai macam ni. cukup lah joker je yang ada senyuman sampai ke telinga.


boleh pakai tak info yang mak-belum-jadi bagi ni?
boleh lah kannnn.

Saturday, May 1, 2010

selamat mensambut hari pekeja






p/s : sabtu is cuti, ahad is also cuti, isnin is amik cuti rehat, selasa is cuti amik exam... selamat bercuti-cuti... T___T