Friday, April 16, 2010

wacana alam sekitar

pagi tadi telah berlansung forum wacana alam sekitar kat ofis. tapi malangnya takda langsung siaran lansung oleh media cetak mahupun media elektronik. so takyah susah-susah nak tengok tv atau tercari-cari sokabar ok.

pagi tadi jugak aku mencatat rekod datang awal. pukul 7 pagi dah terpacak kat opis so haruslah bangun pagi pon awal kan? pukul 5.30 aku dah bangun so besok boleh tido sampai petang. seloonotnyeeee...

aku terpaksa membending kaki supaya ketinggian setara dengan Apen.
Apen = Abang Pendek. wakakakakaa.

penjaga pendaftaran sedang gigih melayan tetamu.
pukul 8 pagi dah ramai orang. mentang-mentang la panel forum nih orang terkenal. mereka pon gigih jugak nak datang. dekat 350 orang gak la yang datang tadi. paling ramai orang JAS, so adakah anda boleh teka sapakah panel 'hot' tersebut?

nih pulak edaran buku-buku terbitan JAKIM. free jeeee...

keluorga bahagia.
adik bongsu dan kakak. =)

ketibaan panel 'hot' yang tersesat dan mensebabkan program delayed selama 30minit.
it's Karam Singh Walia!
patut la ramai orang JAS datang...

para panel dan moderator forum dibawak masuk ke bilik vip sblom forum stat untuk quick briefing.

Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar, pegawai perhubungan awam JAWI selaku moderator forum wacana bertajuk "Alam Sekitar Seimbang Menjamin Pembangunan Lestari".

ahli panel forum.
Puan Halimah Hassan dari Jabatan Alam Sekitar, Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM dan Encik Karam Singh Walia, wartawan TV3.

"bila kucing tidak bergigi,
tikus berani berlari-lari..."


"terbakar rumah nampak asap,
terbakar hati siapa yang tahu..."

pantun glamer Karam. antara highlight issue adalah keadaan di cameron highlands. memang teruk pon skang. aku ingat lagi masa pestime datang cameron time tu aku darjah 3. punya lah sejukkk. nak cakap mandi pagi jangan harap la. kalo gosok gigi time tu mau kena kancing gigi la. skang kalo pegi siap boleh pakai lengan pendek, siap berspek itam okk. panas nak mamposss...

forum yang sepatutnya habis pukul 11 santak sampai ke pukul 12.30. tu pun sebab hari nih jumaat, masing-masing macam tanak balik ngadap si Karam nih.

oh terlupa. encik Karam suruh terbalikkan tajuk forum tadi.
macam nih... "pembangunan lestari menjamin alam sekitar seimbang".

so mari kita sahut seruan tersebut. jom selamatkan bumi kitaaaaaaa!

No comments: