Monday, April 12, 2010

geng meminang

dah naik berkepam entry nih terperuk dalam drafts aku. bila kemalasan melepasi tahap kronik camni la jadinya. pastu ngomel nak publish ke idak, nak publish ke idak. so sebabkan today hari senin, senin plak adalah hari yang bersesuaian sebab malas nak buat keje maka publishkan la jugak entry nih.

ini adalah tuan punya anak yang nak pegi meminang. kakak sulung aku iaitu Iyong with her sleeping partner, Abg Din. maksudnya laki dia la tu. jangan tak caya, dulu kakak aku nih kurus cekeding je orangnya time bujang. aku nih kira sangattt gemok la bagi kategori bujang nih. nahhhhh lepas beranak tiga (anak sulung dia pon dah umur 25tahun) maka begini la hasilnya. adakah aku? uhhh tuhannnn...

sblom geng-geng meminang berangkat, haruslah membuat tayangan barang-barang hantaran dulu. tema adalah kaler purple so baju para-para geng jugak wajiblah berkaler purpelish jugak. kenapa ye begitu?

Iyong aku nih dok kat Langkap je. bakal menantu dia dok kat Kg Tukang Sidin, ala area-area situ gak la. amat tidak berkembang ok anak buah aku nih. jalan nak ke rumah bakal amatlah mendebarkan. jalan kecik ya amat. kalo kete nak berselisih memang aku dah ngucap dulu sebabnye kiri kanan parit. tu yang depan skali tu kakak kedua aku, Kak Ina.

sesi meminang.
belah kanan pihak lelaki diwakili oleh abang kepada abang ipar aku.
belah kiri pihak pompuan.

Iyong mensarungkan cincin pada bakal menantu dia. nama penuh aku lupa, panggil Ida je. orangnya kecik je tapi kaki saiz 8 ok. budak nih umo dalam 18 or 19 gitu. time baya-baya nih aku tengah sibok nak sambung blaja. tu agaknya sampai skang belom kawen. tapi dulu bukan ada orang nak minang aku pon. eh sensitif tau.

sesi tayangan barang hantaran plak.
hantaran belah pompuan kaler biru. simple je kan?

kena paksa posing. dia kena terima seadaanya macik-macik dia nih gila posing. macam tak caya aku dah nak jadik nenek plak lepas nih.

ini dia anak buah aku, Nor Effendy yang kitorang panggil Epi. gila besor anak sedara aku nih. macam macik dia jugak. waaaaaa...
time nih sesi melantak kat bawah kuarters balai polis.

semua orang kemaruk suruh aku makan sireh supaya cepat kawen. bukan ke kena sorok-sorok masa nak makan tu? memang kompom tak jadikkkk...

haa..nk pomot sket.
sesapa ada nak tempah cupcakes comel sangat dialu-alukan. tapi bukan aku yang buat. aku tolong kawan buat marketing-free-of-charge je.
sangat sedappppp...
ini aku tempah untuk makan-makan dengan famili. cup bersaiz S, saiz D takde ok.

ini plak aku tempah untuk hantaran anak sedara aku nih.
cup saiz M. amat lazat sekali... =)
sapa nak tempah sila bagitau ok. harga bole kawtim.



p/s : tarikh meminang - 27 mac 2010

No comments: