Sunday, April 18, 2010

5s

5s merupakan satu konsep pengurusan dalam bahasa Jepun yang bermaksud;

  • Seiri (整理): kerapian, penyusunan. Merujuk kepada tabiat menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan benda yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang. Ini mengurangkan bahaya dan semak yang mengganggu kerja yang produktif. (Sisih)
  • Seiton (整頓): keteraturan. Fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistematik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mesti berada di tempatnya. (Susun)
  • Seiso (清掃): kebersihan. Menunjukkan kepada perlunya tempat yang kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya. (Sapu)
  • Seiketsu (清潔): piawai. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asas digunakan di setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja. (Seragam)
  • Shitsuke (躾): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari. (Sentiasa amal)


semalam, opis aku buat aktivit 5s sempena mendapat kedudukan 2nd last dalam 5s Audit baru-baru nih. kejutan yang maha dasat okk.

aktiviti 'sisih' dan 'sapu' semua barang-barang yang bersifat ke-tadika-an.
sbelom nih opis hanya mentekankan perhiasan untuk setiap zon bukan untuk 1psm. memang macam tadika kalo tengok dari perhiasan berlebih-lebih nih.

sesi mempolish cermin.
lepas nih takda dah kaler-kaler ikut zon. hanya kaler hijau dan oren (kaler korporat logo NRE) untuk 1psm. standardize gitu.

sesi membersihkan akuarium oleh lelaki-bujang dan lelaki-sudah-berbini.
makan pagi dan tengahari telah disapot oleh tuan sub. terima kasih ya tuan, lenkali sapot lagi. hehe.

ok... selamat ber-5s!

No comments: