Friday, April 30, 2010

to you of mine

mood nak update belog ada, tapi malas nak pikirkan apa ayat power nak ditulis.
aku bukan reti nak buat-buat ayat menjela-jela nih.
baca orang tulis aku suka. tapi tak semua la, certains only.
hanya yang mentarik hati saja yang aku suka baca.

contohnya, belog sendri. of kos la kan. takan aku tak suka baca belog sendri. sendri buat sendri baca, sendri syok sendri la kan? hehe.

belog comel, maksudnya comel lah. ayat comel. template comel. gambar comel. comel mata aku nak baca. elehhh... semua orang mesti suka benda-benda comel ni. jangan tipuuuuu.

pastu, ayat-ayat yang senang aku paham. ayat-ayat simple dan tidak meleret dan merepek sangat disukai oleh aku. ya, aku pon kadang-kadang suka gak buat entry merepek tapi ikut sapa yang suka baca la kan? aku suka tulis merepek so aku kena suka baca orang yang tulis tak merepek. faham tak?

lagi? ermmm...
kan aku dah bagitau tadi aku taktau nak tulis panjang-panjang.

aku dah laparrrr...
nak cari waffle perisa beri biru kat kafe.

pada sesapa yang singah tu... terima kasih banyak-banyak ye.
sila lah singah lagi ok. T___T



p/s : dalja's spring ost - to you of mine.

Wednesday, April 28, 2010

how is a paradigm formed?










Friday, April 23, 2010

sila bantu saya

lepas buat entry baru dengan sepantas kilat aku klik GB.
tapiiiii kenapa entry baru tidak di-ping-kan dalam... ------> sini?

whyyy? tell me whyyyy?

ke aku yang terlampau bengap?
tapiii memang kompom takde butang ping dalam GB aku.
demmm kompommm...

sila bantu saya okkk... tinkiu =)

Renungan Pagi Jumaat


ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS?

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.
“Mengapa?” balas saya.
“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”
Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
“Oh ramai encik…”
“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
“Kakak, boleh saya bertanya?”
“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”

Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”

Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.
“Maksud encik?”
“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”
“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”
“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”
“Maksud kakak?”

“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”
“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”

Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”

Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”
“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’
“Pasti ada! Insya-Allah.”
“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”

“Subhanallah!”
“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”
“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”
“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”
“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”

“Maksud encik?”
“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”
“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.
“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!” terang saya panjang lebar.

“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”
“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”
“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”
“Kenapa?”
“Kita akan sakit jiwa!”
“Kenapa?”
“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.
“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”
“Ah, kita terlalu ego…”

Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

Thursday, April 22, 2010

kalau dah bengap


mencatat rekod doh.
tak penah aku buat entry tiga-kali-sehari okekkk.
kalo tak menjadi gak ping kali nih aku nak mogok.

kaizen!
dah jadik ke belom ping akak ko nihhhhhh... (dan dan akak okkk...bluwek)

testing ping

dok jengah belog orang asik-asik nampak banner gengblogger. apakah itu?

so aku pon bergolek ke web gengblogger plak. golek punya golek... aku pon cuba register nak jadik geng. pastu nampak lak gengblogger main ping-ping. aku yakni insan baru nak blaja nih pelik la. nampak je butang ping, konpiden je aku klik.


apa itu ping? sila jangan tanya aku. aku pun baru nak blaja.


ini adalah entry khas untuk testing ping... muahahaha

pangggg...(kena lempang sedas)

Kempen Menanam 26 Juta Pokok


Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan mengadakan "Majlis Pelancaran Kempen Menanam 26 Juta Pokok" pada 22 April 2010 (Khamis), jam 8.30 pagi di Presint 5, Putrajaya.

Pemilihan tarikh tersebut adalah bersempena dengan
Sambutan Hari Bumi Sedunia untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat supaya mencintai serta menghargai kehijauan bumi.

Majlis pelancaran utama akan disempurnakan oleh
YB Dato' Sri Daouglas Uggah Embas, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar.



p/s : eh hari ini Hari Gaji. Hepi PayDay. hikhikhik


Wednesday, April 21, 2010

Gastric Banding

lepas jalan-jalan dalam belog juliamadugoncang baru ada ilham nak buat post baru. setakat nih masih mengamalkan sistem silent reader kepada belog julia. belog julia sangattt kiut ok. hari-hari datang senyap-senyap pun tak puas-puas. hehe.

salah satu entry yang aku suke adalah yang ini. menarik jugak kan? tapiiii mahal sangat lah. alahai mana nak cekau duit sebanyak itu? takpe... carik taktik lain lah. nanti lepas nih baru pikir ok.

tadi search youtube pasal lap-banding nih. cuba tengok bawah nih.






hari nih kepala pening sangat. adakah sebab pening banyak keje? adakah pening sebab nak exam? adakah pening sebab banyak ngadap pc?

serius skang nih kepala nyut-nyut je rasanya. nak balik, ada lagi benda belom setel. selalu macam nih la bila exam dah dekat. macam-macam dugaannnn... haih.

mintak-mintak la dugaan dari sudut personal takde. tanak pening-pening kepala sebab gaduh dengan orang kesayangan. tense okek.

next week exam dah stat. hari isnin 26th ada paper knowledge management dan last paper selasa 5th next month, paper strategic management plak. semester nih final exam ada 2 paper je, lagi 2 paper dah setel takde final exam.

nak buat dan kemas apa yang patut. then nak balik umah amik kain baju lari dari umah. eh tak la. nak pegi umah sarah. harap-harap tak terbongkang lepas makan sudahhh.

Sunday, April 18, 2010

Achik Spin Kembali Ke Rahmatullah


memang kompomlah Achik Spin dah meninggal!
pagi tadi aku ada ternampak video eksiden tu dalam facebook tapi malas plak nak amik port. time lunch tadi budak-budak opis sibuk bercerita pasal kemalangan nih baru aku perasan. nampak sangat aku taktau berita semasa kan? haih.

aku telah mencopy kisah kemalangan Achik Spin nih dalam facebook. mari kita baca.


Kejadian berlaku pukul 6.15 petang (semalam la kan?) apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki penyanyi itu bersama seorang rakan lelaki yang belum dikenali dikatakan terbabas dan melanggar papan tanda.

"Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan yang dipandunya itu melanggar papan tanda selepas melepasi kawasan Rawat dan Rehat (R&R) dekat susur keluar ke Pajam."

"Difahamkan kenderaan yang dipandunya itu dalam perjalanan balik ke Seremban bersama seorang rakan selepas menyertai sebuah rancangan di RTM, Kuala Lumpur,” katanya di sini.

Achik meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan.

Allahyarham dikatakan tercampak keluar dari kenderaan, yang kemudiannya terbakar dan meletup.

Mayat Achik dan rakannya yang cedera telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban.

Sementara itu Ketua Operasi Bomba dan Penyelamat dari Mantin, Hamizin Khaidir berkata, penyanyi berkenaan tercampak keluar dari MPV dan orang ramai cuba menyelamatkannya sebelum dia meninggal dunia.

Achik merupakan penyanyi utama kumpulan Spin yang popular sekitar tahun 2002. Popular dengan lagu "Bola-bola Api" duet bersama Nana.

Penyanyi yang popular dengan lagu Janji Kita itu telah mendirikan rumahtangga dengan bekas Pegawai Khidmat Pelanggan Astro, H.M. Rose Zaitul Suriani Wati Maarof pada Nov 2005.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Puteri Rania pada 2007 tetapi meninggal dunia ketika berusia dua bulan akibat demam panas dan masalah usus dalam perut.


Takziah diucapkan kepada keluarga Achik Spin.
Al-Fatihah
.


p/s : Berhati-hatilah di jalanraya. Malang tidak berbau, tapi kentot ada bau...

5s

5s merupakan satu konsep pengurusan dalam bahasa Jepun yang bermaksud;

  • Seiri (整理): kerapian, penyusunan. Merujuk kepada tabiat menyisih semua peralatan, bahan dan lain-lain di tempat kerja dan menyimpan benda yang perlu sahaja. Benda-benda lain disimpan atau dibuang. Ini mengurangkan bahaya dan semak yang mengganggu kerja yang produktif. (Sisih)
  • Seiton (整頓): keteraturan. Fokus kepada perlunya tempat kerja yang teratur. Peralatan dan bahan mestilah disusun secara sistematik untuk capaian mudah dan cekap. Perlu ada tempat untuk setiap benda, dan setiap benda mesti berada di tempatnya. (Susun)
  • Seiso (清掃): kebersihan. Menunjukkan kepada perlunya tempat yang kerja yang bersih selain kemas. Di akhir setiap syif, tempat kerja dibersihkan dan setiap benda diletakkan pada tempatnya. (Sapu)
  • Seiketsu (清潔): piawai. Membolehkan pengawalan dan ketekalan. Piawai pengemasan asas digunakan di setiap tempat. Setiap orang tahu tanggungjawab sendiri. Kerja pengemasan adalah sebahagian dari rutin kerja. (Seragam)
  • Shitsuke (躾): mengekalkan disiplin. Merujuk kepada menjaga taraf dan memastikan tempat dalam keadaan selamat dan tersusun setiap hari. (Sentiasa amal)


semalam, opis aku buat aktivit 5s sempena mendapat kedudukan 2nd last dalam 5s Audit baru-baru nih. kejutan yang maha dasat okk.

aktiviti 'sisih' dan 'sapu' semua barang-barang yang bersifat ke-tadika-an.
sbelom nih opis hanya mentekankan perhiasan untuk setiap zon bukan untuk 1psm. memang macam tadika kalo tengok dari perhiasan berlebih-lebih nih.

sesi mempolish cermin.
lepas nih takda dah kaler-kaler ikut zon. hanya kaler hijau dan oren (kaler korporat logo NRE) untuk 1psm. standardize gitu.

sesi membersihkan akuarium oleh lelaki-bujang dan lelaki-sudah-berbini.
makan pagi dan tengahari telah disapot oleh tuan sub. terima kasih ya tuan, lenkali sapot lagi. hehe.

ok... selamat ber-5s!

Friday, April 16, 2010

wacana alam sekitar

pagi tadi telah berlansung forum wacana alam sekitar kat ofis. tapi malangnya takda langsung siaran lansung oleh media cetak mahupun media elektronik. so takyah susah-susah nak tengok tv atau tercari-cari sokabar ok.

pagi tadi jugak aku mencatat rekod datang awal. pukul 7 pagi dah terpacak kat opis so haruslah bangun pagi pon awal kan? pukul 5.30 aku dah bangun so besok boleh tido sampai petang. seloonotnyeeee...

aku terpaksa membending kaki supaya ketinggian setara dengan Apen.
Apen = Abang Pendek. wakakakakaa.

penjaga pendaftaran sedang gigih melayan tetamu.
pukul 8 pagi dah ramai orang. mentang-mentang la panel forum nih orang terkenal. mereka pon gigih jugak nak datang. dekat 350 orang gak la yang datang tadi. paling ramai orang JAS, so adakah anda boleh teka sapakah panel 'hot' tersebut?

nih pulak edaran buku-buku terbitan JAKIM. free jeeee...

keluorga bahagia.
adik bongsu dan kakak. =)

ketibaan panel 'hot' yang tersesat dan mensebabkan program delayed selama 30minit.
it's Karam Singh Walia!
patut la ramai orang JAS datang...

para panel dan moderator forum dibawak masuk ke bilik vip sblom forum stat untuk quick briefing.

Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar, pegawai perhubungan awam JAWI selaku moderator forum wacana bertajuk "Alam Sekitar Seimbang Menjamin Pembangunan Lestari".

ahli panel forum.
Puan Halimah Hassan dari Jabatan Alam Sekitar, Prof. Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman, Pengarah Institut Islam Hadhari UKM dan Encik Karam Singh Walia, wartawan TV3.

"bila kucing tidak bergigi,
tikus berani berlari-lari..."


"terbakar rumah nampak asap,
terbakar hati siapa yang tahu..."

pantun glamer Karam. antara highlight issue adalah keadaan di cameron highlands. memang teruk pon skang. aku ingat lagi masa pestime datang cameron time tu aku darjah 3. punya lah sejukkk. nak cakap mandi pagi jangan harap la. kalo gosok gigi time tu mau kena kancing gigi la. skang kalo pegi siap boleh pakai lengan pendek, siap berspek itam okk. panas nak mamposss...

forum yang sepatutnya habis pukul 11 santak sampai ke pukul 12.30. tu pun sebab hari nih jumaat, masing-masing macam tanak balik ngadap si Karam nih.

oh terlupa. encik Karam suruh terbalikkan tajuk forum tadi.
macam nih... "pembangunan lestari menjamin alam sekitar seimbang".

so mari kita sahut seruan tersebut. jom selamatkan bumi kitaaaaaaa!

Thursday, April 15, 2010

a brand new me

sila bai bai bai (sinchan) pada belog lama.


sekarang sila tengok belog berciri baru ini.
ok terima kasih.

mulai hari ini url belog nkara-story.blogspot.com telah mentukar menjadi belognkara.blogspot.com. aku mengharap belog ini akan menjadi kesukaan ramai dan tidak bertukar nama lagi selepas ini.

xoxo

Wednesday, April 14, 2010

blur

begini la keadaan belog seorang belogger yang bodo bab-bab mengedit coding nih. nak plak baru pestime try buat template sendiri. gila susahhhh... encik nuff pon belom letak lagi (sebenarnya taktau nak letak kat mane). peningggg...

besok sambong menghadap coding lagi. mau makan nasik lemak presint 9.
bai bai bai (sinchan)

rest-in-peace

sila on mode sedih anda.

malam tadi jujue tepon nagis-nagis. kalo dah nagis tu mesti ada berita buruk kan? so aku tanya dia "kenapa? kucin mati ke?". sekali dia jawab "aah..." pastu nagis secara hebat sekali.
errrr...ingat nak membuat lawak sekali betol daaa...

rasanya baru je 2 minggu lepas uteh mentinggalkan kami. tak sangka giliran labu plak. actually aku bukan baek sangat pun dengan si labu nih. sebabnya kalo aku balik kampong nak plak time tu jujue pon balik jugak maka terpaksa la aku berkongsi katil dengan dia. pastu kalo tido kena bagi space besar untuk dia saja. perangai mengada-ngada jangan cakap la. kalo dia dah mula miaw je masing-masing dah mengelupur nak sediakan makanan dia. camni la jadinya kalo kucing manja terlebih.

tapi hanyalah tinggal kenangan (lagu kini - feminin tapi mode adira af8)
sedih okk. pasni balik takda suara labu miaw-miaw lagi dah. =(

gambar-gambar nih aku amik dari fb jujue husin.
untuk kenang-kenangan di hari kemudian.

ni uteh(kiri) & otot(kanan)..uteh baru je meninggalkan aku wat selamanya. sungguh sadis kematian uteh..die d temui mati lemas dalam perigi..mak lupe nk tutup cover tah cane die leh terjun dlm tu..so sad..semoge uteh pergi dengan tenang n bahagie d sana..i ♥ uteh..i wil mish u...

labu n oneng.
remot astro pon dia pegang.


♥ labu yg comot ♥ br 2mgu uteh 'pergi'..skg labu plak ikt jejak lgkah uteh.smpi ati ko labu xtgu mama mu nk blk mgu dpn..sedihnye..sapela yg langgar labu.kesian die..brengset btl..hm.labu ni kucing yg plg aku syg..umo die da 2taun stgah.kucin yg plg lm aku pnh bela..ari2 bg wiskas.tp ttp menten xmendebab mcm aku.pasni xda lg labu yg nk main ng aku,nk tdo sblh aku..sedihnye..slmt tggal labu..i wil mish u..mama ♥ labu so much..


semoga ditempatkan dalam golongan kucing-kucing yang beriman. :'-(

Tuesday, April 13, 2010

jujue besday

today's juju besday...
hepy besday my dear sis!

xoxo~


p/s : love this pic! jujue with adam hakeemi. dam dam dam... =)

Monday, April 12, 2010

geng meminang

dah naik berkepam entry nih terperuk dalam drafts aku. bila kemalasan melepasi tahap kronik camni la jadinya. pastu ngomel nak publish ke idak, nak publish ke idak. so sebabkan today hari senin, senin plak adalah hari yang bersesuaian sebab malas nak buat keje maka publishkan la jugak entry nih.

ini adalah tuan punya anak yang nak pegi meminang. kakak sulung aku iaitu Iyong with her sleeping partner, Abg Din. maksudnya laki dia la tu. jangan tak caya, dulu kakak aku nih kurus cekeding je orangnya time bujang. aku nih kira sangattt gemok la bagi kategori bujang nih. nahhhhh lepas beranak tiga (anak sulung dia pon dah umur 25tahun) maka begini la hasilnya. adakah aku? uhhh tuhannnn...

sblom geng-geng meminang berangkat, haruslah membuat tayangan barang-barang hantaran dulu. tema adalah kaler purple so baju para-para geng jugak wajiblah berkaler purpelish jugak. kenapa ye begitu?

Iyong aku nih dok kat Langkap je. bakal menantu dia dok kat Kg Tukang Sidin, ala area-area situ gak la. amat tidak berkembang ok anak buah aku nih. jalan nak ke rumah bakal amatlah mendebarkan. jalan kecik ya amat. kalo kete nak berselisih memang aku dah ngucap dulu sebabnye kiri kanan parit. tu yang depan skali tu kakak kedua aku, Kak Ina.

sesi meminang.
belah kanan pihak lelaki diwakili oleh abang kepada abang ipar aku.
belah kiri pihak pompuan.

Iyong mensarungkan cincin pada bakal menantu dia. nama penuh aku lupa, panggil Ida je. orangnya kecik je tapi kaki saiz 8 ok. budak nih umo dalam 18 or 19 gitu. time baya-baya nih aku tengah sibok nak sambung blaja. tu agaknya sampai skang belom kawen. tapi dulu bukan ada orang nak minang aku pon. eh sensitif tau.

sesi tayangan barang hantaran plak.
hantaran belah pompuan kaler biru. simple je kan?

kena paksa posing. dia kena terima seadaanya macik-macik dia nih gila posing. macam tak caya aku dah nak jadik nenek plak lepas nih.

ini dia anak buah aku, Nor Effendy yang kitorang panggil Epi. gila besor anak sedara aku nih. macam macik dia jugak. waaaaaa...
time nih sesi melantak kat bawah kuarters balai polis.

semua orang kemaruk suruh aku makan sireh supaya cepat kawen. bukan ke kena sorok-sorok masa nak makan tu? memang kompom tak jadikkkk...

haa..nk pomot sket.
sesapa ada nak tempah cupcakes comel sangat dialu-alukan. tapi bukan aku yang buat. aku tolong kawan buat marketing-free-of-charge je.
sangat sedappppp...
ini aku tempah untuk makan-makan dengan famili. cup bersaiz S, saiz D takde ok.

ini plak aku tempah untuk hantaran anak sedara aku nih.
cup saiz M. amat lazat sekali... =)
sapa nak tempah sila bagitau ok. harga bole kawtim.



p/s : tarikh meminang - 27 mac 2010

Thursday, April 8, 2010

status hari ini

Seronok kan baca status kawan-kawan kat facebook. Ada yang hari-hari update status, ada yang setiap jam tapi ada masalah jika update setiap 15 minit.

Bagaimana pula kalau binatang ada facebook, agaknya apa status dotang (dia binatang) ek?


Cicak : tuan rumah baru beli reket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ mlm nih….


Nyamuk : abis ronda rumah Ajoi….kenyang burp, Alhamdulillah.


Aedes: baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!


Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh!


Cicak : isteriku tersepit pintu


Kucing Betina: “Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa.”


Ayam : kawan2…kalu esok gw tak update…bererti gw uda di goreng….i luv u all….ToT


Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam. Gua positif HIV AIDS


Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap … baru beli videocam baru …


this week takda feel nak update belog. dalam drafts ada 2-3 entry belom publish. gambar dah taruk tapi ayat tak singah dalam kepala nih. dalam tray keje dah menimbun, next week plak dah nak exam. waaaaaaa... takut sehhhh.

petang karang la aku post entry baru (kalauuuu). nak setelkan keje jap. adios bebehhhh...