Wednesday, March 10, 2010

petua petuih

dah lama aku nak mempeturunkan ilmu petua yang telah seminggu aku praktikkan. sejak terbaca petua ni dalam surat khabar lama kat opis kawan aku, dan dan malam tu jugak terus pegi pasar borong pegi beli bendalah tersebut.

setakat ni aku tengok progress amat memberangsangkan, takut semangat je hanget-hanget taik ayam. aku ni bukan boleh nak buat benda secara rutin, ikut rasa nak buat aku buat... agak-agak tahap kemalasan terlampau takde makna la jawapnya.

nak tau petua apakah?

ini adalah petua bagaimana nak mengputihkan ketiak anda yang agak berkerak tersebut. mungkin bagi sesetengah orang petua ni dah biasa sangat, tapi tak salah kalau nak mencuba betul tak? redha tu biarlah bertempat, jangan sesekali redha bila ketiak anda mula berkerak.

bahan-bahan yang diperlukan adalah :

timun
kunyit hidup (bukan yang serbuk)
limau (tak kisah la limau kasturi ke, limau nipis ke... janji jangan limau mandarin)

step 1 :


potong kecik-kecik untuk senang diblender. tak kisah la bentuk beruang sekali pon, kang kena blender hancus jugak.

step 2 :


kunyit hidup pon potong-potong sesuka hati jugak. kalau tanak tangan jadik kaler oren, sila pakai sarung tangan.

step 3 :


perah limau nipis dalam mangkuk or apa-apa je lah. ambil pati limau je. kulit dan bijik-bijik kasik buang. ikut suka lah nak berapa bijik pon. agak-agak sudahhh.

step 4 :


masukkan bahan-bahan yang telah dipotong-potong tadi dalam blender. apa jenis blender pon takpe. janji namanya blender. pati limau nipis jangan masukkan sekali pulak.

jangan masukkan air, kalau nak masukkan pon make sure sikitttttt je. time ni aku masuk terbanyak air so ramuan tersebut telah menjadik cair.

step 5 :


tuangkan bahan yang telah diblender ke dalam mangkuk berisi pati limau tadi. kacau sehingga serasi bersama.

step 6 :


lepas tu tepekkan ke ketiak anda yang hitam berkerak tersebut. biarkan selama 20 minit cenggitu. selalunya aku tepek sebelum mandi, gosok rata-rata dan biarkan. agak-agak dah tensen melepek dalam bilik air, teruslah mandi.

makluman penting :

1. selepas mentepek bahan tersebut, tangan anda akan jadik kaler kuning. kalau tak suka, aku sarankan sila pakai glove.

2. ketiak dan kawasan sekitarnya juga akan menjadi kaler kuning. baju anda khususnya dikawasan terbabit iaitu kawasan ketiak juga akan menjadi kuning. so malam-malam nak tido tu takyah la nak pakai baju cantik-cantik.

3. tuan punya belog tidak akan menanggung risiko yang bakal terjadi. sesapa yang alergik tu, sila jangan memudaratkan diri sendiri ok.

lakukan sehingga ketiak bertukar menjadi putih. kalau tak putih melepak pun, dapat putih sikit dari sebelumnya pun ok jugak kan. aku dah try, so anda bila lagi?

selamat mencuba!

2 comments:

erkies said...

chup!

saya ade satu soalan, adekah ketiak cik yat jadi kuning atau putih selepas menjalani rawatan tersebut?

✿nkara✿ said...

ketiak akan menjadi putih dan berseri jika penggunaan berterusan secara konsisten.

aku baru seminggu...
tapi dah makin nak putih.

=)