Thursday, March 25, 2010

an evening in putrajaya

last sunday, lepas kelas terus gegas ke putrajaya untuk buat shooting dialog mandarin. hectic ya amat. selagi tak start exam, every weekends now asyik ada test je. final test untuk bel dengan mandarin next week dah start. lepas ni takda dah paper bel dan mandarin. ok bagus.

sementara nak menunggu cik mai (kes tak sedar diri ngaku bujang) dengan adiknya, zunika fairuz suzanna (gila panjang nama dia), kitorang melepak kat depan palace of justice.

today's sarah birthday. happy birthday beb! ko dah tua! (aku pon)
kitorang nih sebaya dan mengshare bulan yang sama. next week, 29th birthday aku plak.
siaran ulangan : ada sesapa nak buat surprise tak? boleh aku praktis terkejut dari sekarang.

dah lama aku berangan nak bergambar kat sini. dah 4 tahun ok. padahal opis aku sebelah je. tiap bulan lalu situ sebab nak cucuk dinding meibeng.

twin wink wink.
aku memang suka mentiruselvam kasut dengan si sarah ni.
murah gila ok. beli sepasang rm29.90, belian ke-2 hanya 8plohsen. macamana gila tak?
sok nak balik kampong nak carik kasut lagi. hanya ada di giant, telok intan saja.

lepas mentunggu adik-beradik tidak seiras hampir setengah jam, maka shooting pon bermula.
scene kat tempat fav. dulu masa mandarin 1, aku ngan sarah dah shooting kat situ. so nak jadik penyebab mahu lulus with flying colors maka scene disitu skali lagi dipilih.

tengah dok kat jambatan untuk scene teruja-dengan-pemandangan-di-putrajaya, tetiba ada mamat padang pasir datang. time tu la plak nak nyebok tangkap gambar. bikin hati panas.

adegan sebelom scene seterusnya.
camni agaknya perahsaan pelakon-pelakon ek. penat gila. ni baru shooting dialog mandarin je. dialog pon ada la seploh ayat sorang. tu pon dah berkali-kali cut. memang takde potensi menjadi pelakon betol.

ini bukan scene shooting ok. ini betol-betol punya dahaga.
patut la cina banyak minum air, memang haus gila tekak la lepas cakap mandarin. pukul 6 gak kitorang habis shooting. thanks to encik mj sebab belanja air. segan aku bila dia ada. hehe.

habis shooting, photoshoot lak. hehe.
gambar bersama-sama pelakon. lepas ni takda dah kelas sama si zu. dia budak mass comm.
kira nih kelas terakhir kami bersama. sedih skit. uhuk uhuk. (tersedak)

shoot paling aku suke. bajet cam artis la kunun. tapi bab saiz failed!
time nih tengah bertahan kena attack dengan semut. walaupon gatal, nak jadik artis kena sanggup menhadapi semua tu. ye la sangatttt.

settle semua, hujan pon mau turun.
ape lagi? balik laaaaaaa...


p/s : thanks to our cameraman, along (bf sarah)

No comments: