Friday, February 19, 2010

Wow! Putrajaya

Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Karnival ”Wow! Putrajaya” pada 20 – 21 Februari 2010 bertempat di Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya. Karnival ini bertujuan untuk mempromosikan Kalender Acara Putrajaya sepanjang tahun 2010. Di samping itu, Karnival ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai usaha dan perancangan PPj di dalam pembangunan pelbagai kemudahan sukan, rekreasi, komersial dan pelancongan bagi menceria dan memeriahkan lagi suasana di Putrajaya.

Selain bertujuan memperkukuh imej dan mempromosikan Putrajaya sebagai ’Bandar Raya Bersemangat dan Bertenaga’, Karnival ”Wow! Putrajaya” ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria dan bertenaga selepas waktu pejabat dan pada waktu malam.

Berkonsepkan sambutan yang meriah dan berwarna-warni, Karnival ini akan dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan dan pameran seperti Big Boyz Toys, Hot Air Balloon, Auto Shows, Laman Seni, Car Boot Sale dan lain-lain lagi. Untuk golongan belia, Karnival ini menyediakan pertunjukan car drift, remote control, pertandingan futsal, walk & hunt, cycle hunt, dan wall climbing. Terdapat juga pertunjukan magic show, inflatable games dan pertandingan jigsaw puzzle untuk kanak-kanak. Orang ramai juga akan berkesempatan untuk bertanding dengan para selebriti di dalam Pertandingan Sukan Rakyat. Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik di dalam Cabutan Bertuah dan kuiz yang dianjurkan sepanjang Karnival ini sambil dihiburkan dengan persembahan pocket show seperti keroncong, dikir barat, Rhythm & Blues dan Nature Drum.

Tarikan utama Karnival ini adalah persembahan khas Konsert “Wow! Putrajaya” yang akan menampilkan artis terkenal seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Misha Omar, Aizat, Ella, Qhaud AF dan Aisyah AF pada 20 Februari 2010 jam 8.30 malam di tapak Karnival.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan jiran tetangga!


2 comments:

green apple said...

Abang Jamal????

WOW!!!

✿nkara✿ said...

tak sempat nengok pon...
pukul 10 br nak stat.
=(