Saturday, February 27, 2010

pasar borong

fuhhh panassss... berpeluh menkemas umah bersama encik philips. sejak encik philips ada malam tadi makin sonok lak menkemas umah. hari-hari pon takpe... nanti ujung bulan baru tengok bil.

sapakah encik philips? (sambil angkat kening)
nanti aku citer okkkk.

khamis malam lepas iaitu merangkap malam jumaat, aku dengan yan pegi seri kembangan. sejak dah jadi warga putrajaya nih, pegi seri kembangan pon rasa dah jauh gila. dulu boleh je pegi balik 44 kali takde hal punye. kalo pegi seri kembangan hanya ada 2 tempat je slalu kitorang pegi. jusco taman equine dengan restoran riang-riang. paling peberet adalah tomyam dia memang amat sesuai dengan anak tekak aku. perghhhh...

lepas makan ingat nak membuat lawatan tapak ke jusco. nak beli barang basah kat jusco boleh tahan mahalnya ye tak? nak plak gaji kena tunggu hujung bulan 3. so tukar plan pegi pasar borong selangor je. seingat aku, aku penah pegi pasar borong nih 4 kali je rasanya. sebabnye nak masuk pon kena bayar parking singit tau. apedaaaa.

mula-mula pegi area ikan dulu. aku memang failed kalo bab-bab nama ikan ni. nak plak kalo ikan laut. so sila jangan tanya ikan apa aku beli. tengok gambar sudah. ada dua jenis ikan laut kitorang beli. dalam gambar tu dengan lagi satu ikan kembong (aku bedal je).

ini adalah ikan keli. jangan citer pape pasal ikan nih. aku tanak amik tau. yang aku nak tau, kalo digoreng pon sodapppp.

sotong dan udang. sekadar gambar hiasan. aku tak beli pon. hehe.

keadaan di pasar. ramai gak orang. time ni baru pukul 10 malam. lagi melewati malam, lagi ramai orang. sebab time tu la stok-stok baru nak masuk.

pastu pegi area sayuran. gambar sayur lupa nak snap. beli brokoli, kobis bunga dengan kobis purple. sayuran hendaklah berpontensi lambat nak layu. sebab ada kemungkinan sayur tersebut akan melepak lama dalam peti sejuk. kes malas nak masak. beli bawang pon yang dah siap dikupas. pasni tak payah nagis-nagis time kupas bawang dah. senang bukan?

ye betul... kitorang pegi pasar berbaju kurung.

buah-buahan skang wajib ada dalam peti sejuk. belilah betik untuk melancarkan usus besar anda supaya tidak sembelit dan sebijik honeydew comel sahaja. kena beli saiz comel je takut kecut dalam peti sejuk je kang.

lastly, beli ayam plak. seram ok kat area ayam nih. bising gila penjual ayam nih nak panggil customers. ayam tak bising, tuan ayam plak lelebih. aku sumbat dengan bontot ayam ni kangggg.

2 comments:

~ eMaSuSiLa ~ said...

sape encik philips?

✿nkara✿ said...

gambo kat hp kwn la.
tableh nak update.