Saturday, February 27, 2010

bulan cinta giveaway

sticky mode entry.
sila scroll ke bawah untuk latest entry ok.
**************************************************************


1. Sila menjadi follower kepada suzikhai & aisyahscarf.
- done. (1st time jadik follower belog orang) =)

2. Copy & Paste banner di atas.
- done jugak. (1st jugak mencopy & menpaste banner. ye tau. mmg aku truk.)

3. Sila sticky mode untuk 2 hari di blog anda.
- nih dah blaja. harap2 tak lupe meh.

cara untuk buat sticky mode:

Setelah selesai draft post anda sila 'PUBLISH POST' dan kemudian 'EDIT POST'. Kemudian sila pergi ke post options untuk update tarikh untuk 2 hari. Akhir sekali 'PUBLISH POST' anda sekali lagi.

4. Siapakah referral anda. Contohnya kalau anda tahu dari Ana... Sila beritahu referral : Ana
- tengah blogwalking dari belog juliahoneyshakes tadi. tetibe teringin nak cube masuk contest. kot2 la bley menang ke kan. adiah lumayan tuuu... (bukan bodek ye...hehe) aku pon tatau samada btol ke camni nak masuk contest?

5. Sila hantarkan permalink anda di ruangan komen.
- wokey. after this bebeh...

Hadiahnya ialah : (jeng jeng jeng...)

1. Tempat pertama : Produk dermalogica conditioning body wash, stress relief treatment oil, body hydrating cream & the ultimate buffing glove worth RM150 (wow! aku tak penah pakai dermalogica okek)

2. Tempat kedua : Shawl dari Aisyahscarf worth RM13 (aku dah tgk belog nih. cantik2 woo...)

3. Tempat ketiga : Felt yang akan dijahitkan nama anda worth RM10. (macam tau je sape jahit felt nih. hehe...)

Giveaway ini akan berakhir pada 28 February 2010. (cepattttt...)

Pemenang akan dikira berdasarkan undi. (sila undi saya. terima kasih ;p...)

p/s : T_____________T

pasar borong

fuhhh panassss... berpeluh menkemas umah bersama encik philips. sejak encik philips ada malam tadi makin sonok lak menkemas umah. hari-hari pon takpe... nanti ujung bulan baru tengok bil.

sapakah encik philips? (sambil angkat kening)
nanti aku citer okkkk.

khamis malam lepas iaitu merangkap malam jumaat, aku dengan yan pegi seri kembangan. sejak dah jadi warga putrajaya nih, pegi seri kembangan pon rasa dah jauh gila. dulu boleh je pegi balik 44 kali takde hal punye. kalo pegi seri kembangan hanya ada 2 tempat je slalu kitorang pegi. jusco taman equine dengan restoran riang-riang. paling peberet adalah tomyam dia memang amat sesuai dengan anak tekak aku. perghhhh...

lepas makan ingat nak membuat lawatan tapak ke jusco. nak beli barang basah kat jusco boleh tahan mahalnya ye tak? nak plak gaji kena tunggu hujung bulan 3. so tukar plan pegi pasar borong selangor je. seingat aku, aku penah pegi pasar borong nih 4 kali je rasanya. sebabnye nak masuk pon kena bayar parking singit tau. apedaaaa.

mula-mula pegi area ikan dulu. aku memang failed kalo bab-bab nama ikan ni. nak plak kalo ikan laut. so sila jangan tanya ikan apa aku beli. tengok gambar sudah. ada dua jenis ikan laut kitorang beli. dalam gambar tu dengan lagi satu ikan kembong (aku bedal je).

ini adalah ikan keli. jangan citer pape pasal ikan nih. aku tanak amik tau. yang aku nak tau, kalo digoreng pon sodapppp.

sotong dan udang. sekadar gambar hiasan. aku tak beli pon. hehe.

keadaan di pasar. ramai gak orang. time ni baru pukul 10 malam. lagi melewati malam, lagi ramai orang. sebab time tu la stok-stok baru nak masuk.

pastu pegi area sayuran. gambar sayur lupa nak snap. beli brokoli, kobis bunga dengan kobis purple. sayuran hendaklah berpontensi lambat nak layu. sebab ada kemungkinan sayur tersebut akan melepak lama dalam peti sejuk. kes malas nak masak. beli bawang pon yang dah siap dikupas. pasni tak payah nagis-nagis time kupas bawang dah. senang bukan?

ye betul... kitorang pegi pasar berbaju kurung.

buah-buahan skang wajib ada dalam peti sejuk. belilah betik untuk melancarkan usus besar anda supaya tidak sembelit dan sebijik honeydew comel sahaja. kena beli saiz comel je takut kecut dalam peti sejuk je kang.

lastly, beli ayam plak. seram ok kat area ayam nih. bising gila penjual ayam nih nak panggil customers. ayam tak bising, tuan ayam plak lelebih. aku sumbat dengan bontot ayam ni kangggg.

Friday, February 26, 2010

Maulidur Rasul


Selamat Menyambut Maulidur Rasul 1431H/2010M

Thursday, February 25, 2010

penyakit katarak di kalangan warga emas

Penyakit katarak ataupun selaput mata merupakan masalah penglihatan yang paling kerap dihadapi oleh warga emas di seluruh dunia secara amnya. Penyakit katarak yang berlaku di kalangan warga emas dikenal pasti berpunca daripada proses peningkatan usia.

Kanta mata asal yang jernih telah bertukar secara perlahan-lahan menjadi keruh dan menyebabkan pandangan menjadi kabur.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit katarak yang disebabkan oleh faktor peningkatan usia menyumbang kepada 48 peratus kes-kes buta di seluruh dunia dan jumlah ini melibatkan seramai 18 juta penduduk dunia.

Senario yang sama juga turut berlaku di negara ini. Ramai kalangan warga emas yang mendapatkan rawatan di klinik-klinik pakar mata di hospital kerajaan atau swasta mengalami masalah katarak.

Penyakit katarak yang disebabkan faktor peningkatan usia biasanya berlaku pada individu yang berusia melebihi umur 60 tahun. Penyakit ini berlaku secara perlahan-lahan dan biasanya melibatkan kedua-dua belah mata. Penyakit ini juga berlaku tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan.

Pesakit kencing manis, pendedahan kepada sinaran cahaya ultraviolet, merokok dan pengambilan alkohol meningkatkan risiko penyakit ini.

Tanda-tanda :

Penyakit katarak akibat peningkatan faktor usia berlaku secara perlahan-lahan.

Antara tanda-tanda awal ialah penglihatan jauh menjadi kabur dan kerap menukar cermin mata.

Penyakit ini tidak menyebabkan rasa sakit pada bola mata ataupun menyebabkan bola mata menjadi merah.

Pesakit yang mengalami penyakit katarak pada peringkat yang hampir matang akan mengalami gangguan penglihatan yang ketara terutamanya pada jarak yang dekat.

Pesakit akan mengalami kesukaran untuk melihat ketika membaca, menulis dan memandu. Pesakit yang mengalami penyakit katarak matang pada kedua-dua belah mata pula akan mengalami kesukaran untuk menjalani aktiviti harian lain seperti makan, minum dan menjaga kebersihan diri.

Warga emas dengan masalah ini sebenarnya akan mengalami waktu yang sangat sukar kerana mereka memerlukan bantuan orang lain sepanjang masa untuk menguruskan diri sendiri.

Komplikasi Katarak Matang :

Katarak yang matang boleh menyebabkan berlakunya keadaan yang dikenali sebagai glaukoma sekunder. Pesakit yang mengalami keadaan ini biasanya mengalami sakit yang kuat pada bola mata secara tiba-tiba.

Bola mata juga menjadi merah dan pesakit mungkin mengalami gejala seperti loya, muntah dan sakit kepala.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh gangguan kepada aliran cecair akuas di dalam mata yang disebabkan oleh katarak yang matang.

Tekanan di dalam bola mata menjadi tinggi dan pesakit perlu menjalani pembedahan kecemasan katarak sekiranya keadaan ini berlaku.

Pesakit dinasihatkan supaya menjalani pembedahan katarak mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor pakar mata dan tidak bersikap ‘tunggu dulu’ sehingga keadaan glaukoma sekunder ini berlaku.

Potensi pesakit untuk melihat semula selepas pembedahan adalah jauh lebih baik sekiranya pembedahan katarak dilakukan secara elektif dan terancang berbanding pesakit yang hanya menjalani pembedahan setelah mengalami keadaan glaukoma sekunder.

Kaedah Rawatan :

Warga emas yang mengalami tanda-tanda seperti yang dinyatakan dinasihatkan berjumpa doktor pakar mata, sama ada di hospital kerajaan atau swasta. Pakar mata akan menjalankan pemeriksaan mata yang menyeluruh bagi memastikan diagnosis yang tepat ke atas pesakit.

Bagi pesakit yang mengalami penyakit katarak pada peringkat awal, biasanya akan disarankan menggunakan cermin mata bagi membantu penglihatan pesakit.

Pesakit mungkin memerlukan pemeriksaan mata secara berkala. Perkara ini bergantung kepada keadaan mata dan tahap penyakit katarak seseorang pesakit.

Warga emas yang didapati mengalami keupayaan penglihatan yang terjejas teruk akibat penyakit katarak, biasanya disarankan oleh doktor pakar mata supaya menjalani pembedahan katarak.

Para pesakit dinasihatkan supaya tidak menunggu sehingga penyakit katarak mencapai tahap matang, barulah mereka bersedia untuk menjalani pembedahan.

Pembedahan Katarak Secara Moden :

Pembedahan katarak secara moden adalah selamat dan kemudahan ini disediakan di hospital-hospital kerajaan dan hospital swasta yang menawarkan kepakaran oftalmologi di seluruh Malaysia.

Kemudahan dan kepakaran yang ditawarkan di negara kita juga adalah setanding dengan negara-negara luar. Pembedahan katarak boleh dilakukan secara bius setempat atau bius am, bergantung kepada keperluan pesakit.

Pembedahan :

Pesakit yang turut mengalami masalah perubatan yang lain seperti kencing manis, darah tinggi, asma, kegagalan buah pinggang dan masalah jantung perlu menjalani pemeriksaan fizikal secara menyeluruh bagi memastikan tahap kesihatan mereka memuaskan sebelum menjalani pembedahan katarak.

Semasa pembedahan katarak, kanta mata yang keruh akan dikeluarkan dan ia perlu diganti dengan kanta mata tiruan. Kanta mata tiruan akan dimasukkan ke dalam bola mata pesakit bagi menggantikan fungsi kanta mata yang asal dan membantu memulihkan keupayaan penglihatan setiap pesakit.

Pembedahan katarak secara ‘phacoemulsification’ boleh dilakukan ke atas pesakit yang belum mencapai tahap katarak matang.

Luka pada bola mata pesakit yang menjalani pembedahan secara teknik ini sangat kecil dan mungkin tidak memerlukan sebarang jahitan.

Keadaan ini membolehkan luka tersebut sembuh dengan kadar yang cepat dan kemungkinan berlakunya astigmatism (lekuk kornea) selepas pembedahan adalah sangat rendah.

Pesakit boleh menjalani aktiviti harian asalkan di dalam tempoh enam minggu hingga dua bulan selepas pembedahan.

Pesakit yang mengalami katarak pada peringkat matang biasanya perlu menjalani teknik pembedahan yang sedikit berbeza.

Teknik pembedahan ini dikenali sebagai pembedahan katarak secara ‘extracapsular’. Pembedahan secara ini melibatkan luka yang lebih besar berbanding luka yang dilakukan semasa pembedahan secara ‘phacoemulsification’.

Luka ini perlu dijahit dan mengambil masa yang lebih lama untuk sembuh.

Pesakit biasanya dibenarkan menjalani aktiviti harian yang asal selepas tempoh dua atau tiga bulan.

Terdapat juga beberapa salah tanggapan mengenai rawatan katarak di kalangan warga emas dan anggota masyarakat kita seperti;

* Pembedahan katarak menyebabkan pesakit menjadi buta

* Pembedahan katarak tidak memerlukan penggunaan kanta tiruan

* Pembedahan katarak hanya boleh dilakukan setelah katarak mencapai tahap matang sahaja.

Pesanan Penting :

Berjumpalah doktor pakar mata untuk mendapatkan nasihat sekiranya ibu bapa, kaum keluarga atau warga emas yang anda kenali mengalami tanda-tanda katarak seperti yang dinyatakan.

Penyakit ini tidak seharusnya menyebabkan seseorang individu menjalani kehidupan yang kabur dan sukar.

Pastikan juga ibu bapa anda menghabiskan usia-usia emas mereka dengan kehidupan yang berkualiti dan bermakna.

Langkah-langkah Pencegahan :

Setakat ini tiada langkah pencegahan yang khusus untuk penyakit ini memandangkan puncanya dikenal pasti berlaku akibat peningkatan faktor usia.

Bagaimanapun, para penyelidik dan doktor menyarankan pesakit supaya berhenti merokok, mengelakkan pengambilan alkohol dan mengurangkan pendedahan kepada sinar ultraviolet bagi memperlahankan kadar proses katarak berlaku.

Pesakit kencing manis dan darah tinggi juga dinasihatkan supaya memastikan tahap kesihatan mereka terkawal dan memuaskan.

Oleh:DR. SHATRIAH ISMAIL (Pensyarah Kanan dan Pakar Oftalmologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan, Kelantan)

pagi tadi mak selamat mengoperate mata belah kiri plak. tapi aku tak balik pon. k.ni, k.ina ngan juju je yang pegi. kali nih takyah tido kat hospital. boleh terus balik umah sebab minor operation. harap-harap mak cepat sembuh. ailebiyu mak!

sapa yang nak tau citer sila klik ---> sini

Friday, February 19, 2010

Wow! Putrajaya

Perbadanan Putrajaya (PPj) akan menganjurkan Karnival ”Wow! Putrajaya” pada 20 – 21 Februari 2010 bertempat di Tapak Pasar Tani, Presint 2, Putrajaya. Karnival ini bertujuan untuk mempromosikan Kalender Acara Putrajaya sepanjang tahun 2010. Di samping itu, Karnival ini juga bertujuan untuk memaklumkan kepada orang ramai mengenai usaha dan perancangan PPj di dalam pembangunan pelbagai kemudahan sukan, rekreasi, komersial dan pelancongan bagi menceria dan memeriahkan lagi suasana di Putrajaya.

Selain bertujuan memperkukuh imej dan mempromosikan Putrajaya sebagai ’Bandar Raya Bersemangat dan Bertenaga’, Karnival ”Wow! Putrajaya” ini juga selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri untuk menjadikan Putrajaya lebih ceria dan bertenaga selepas waktu pejabat dan pada waktu malam.

Berkonsepkan sambutan yang meriah dan berwarna-warni, Karnival ini akan dipenuhi dengan pelbagai gerai jualan dan pameran seperti Big Boyz Toys, Hot Air Balloon, Auto Shows, Laman Seni, Car Boot Sale dan lain-lain lagi. Untuk golongan belia, Karnival ini menyediakan pertunjukan car drift, remote control, pertandingan futsal, walk & hunt, cycle hunt, dan wall climbing. Terdapat juga pertunjukan magic show, inflatable games dan pertandingan jigsaw puzzle untuk kanak-kanak. Orang ramai juga akan berkesempatan untuk bertanding dengan para selebriti di dalam Pertandingan Sukan Rakyat. Di samping itu, para pengunjung juga berpeluang untuk memenangi hadiah menarik di dalam Cabutan Bertuah dan kuiz yang dianjurkan sepanjang Karnival ini sambil dihiburkan dengan persembahan pocket show seperti keroncong, dikir barat, Rhythm & Blues dan Nature Drum.

Tarikan utama Karnival ini adalah persembahan khas Konsert “Wow! Putrajaya” yang akan menampilkan artis terkenal seperti M. Nasir, Jamal Abdillah, Misha Omar, Aizat, Ella, Qhaud AF dan Aisyah AF pada 20 Februari 2010 jam 8.30 malam di tapak Karnival.

Datanglah beramai-ramai bersama keluarga dan jiran tetangga!


Thursday, February 18, 2010

hui xiang

wo yao hui xiang.
wo de laojia zai Kampong Gajah.
wo hen xiangjia, wo yijing liang tian meiyou hui xiang le.
shangge xingqi wo song penyou qu chezhan mai piao.
nali ren shan ren hai.
hen duo ren paidui mai piao.
wo dasuan kaiche hui jia.
gonglu changchang fasheng chehuo, women kaiche yao xiaoxin.
wo dasuan baifang baba, mama, shunbian canjia penyou de hunli.
wo dai xiabing, rousong hui jia.
xiexie.

Sunday, February 14, 2010

xinnian kuaile!

Xin Nian (新年) is New Year. Xin is new and Nian is year.
Kuai le (快樂) is happiness, joy, delight or rejoicings.


Saturday, February 13, 2010

spread the love


spread and celebrate.
february, month of love!

Tuesday, February 9, 2010

courteous

be courteous - pesanan Y. Bhg. Dato' **** ****


no komen. lu pikir la sendiriiiiii...

Monday, February 8, 2010

good work

"The best preparation for good work tomorrow is do good work today" - Elbert Hubbard

aku skip perhimpunan bulanan bersama menteri today. malas dowh. lagipon dah cukup krem dalam dewan tu. dah cukup ramai. kalo ilang sorang takda menteri perasan pon.

pakai baju and handbag baru today. hehe. malu. saja nak amik aura hari isnin. baju plak transferen plak tu. memang aku tak kuar bilik la nampaknya. dah tau malu tapi nak jugak pakai. apa la minah nih.

lately rasa tak sabar nak balik kampung. hari nih baru nak apply cuti. nak amik 2 hari ke sehari je ek? bulan lepas aku dah amik 3 hari. suppose sebulan cuma 2 hari je boleh cuti. bos dah approve, gua cuti je la kan.

ishhhhh laparnya. nak bukak bekal jap. ye bekal ok. kesian kat nasik dalam periuk tu. memanggil-manggil namaku untuk dibawak ke opis. (alasan baek punye)

nom... nom... nom...
eh jemput makan ye.

Sunday, February 7, 2010

shopping hopping

sogo is heavan place for the shopping lovers! walaupun sesat oleh kerna semangat keshoppingan yang sangat terserlah. takde hal okeeee...

nak info jugak, semalam fes-time aku bawak kete sendiri... ulang sekali lagi... sendiri... selalu asal masuk kl mesti bukan aku yang bawak. pastu nak masuk area sogo dan jalan tar. amat not me la... but disebabkan kemalasan nak naik tren... of kos akakkkk jugak yang kena bawak kan? nak harapkan sorang lagi budak tu... jangan diharapppp... asik depan lagi... depan lagi... sesat. amik ko. dah la tak makan lagi. memang makan maki la kan.

sampai sogo dalam pukul 11 lebih kot. park kat parking tepi area sogo tu. 7henget per enterance. kalo bawah sogo jangan harap nak dapat 7henget kot. then trus renew kad sogo. aku kad shopping je banyak. kad kredit takde. pastu pegi melantak kat foodcourt sogo.

perut. check! mental.check! fizikal.check! duit.check! ape lagi? shoppinggggg...

bawak duit pon ngam-ngam hoo. so shopping pon under bajet je. beli baju selai, handbag, bla bla. si tukang pembagi points sogocard aku beli banyak barang. tatau berapa dia habis. tak boleh debitcard, kreditcard pon dia bedal. errr... malam tadi aku cakap kat encik mj takde beli barang pon. sori ek... hehe

berkenan betul aku ngan bedsheets set nih. murah jeeeee... harga lepas diskaun dalam 4** jeeee... ingat kalo nak kawen nanti nak beli set nih la. ke ada sesape nak sponsor? amat dialu-alukan. terima kasih.

lepas habis level kena terjah, hantar barang kat keta dulu. pastu sambung balik. pegi jalan tar plak. sblom jalan tar kena terjah. terjah dulu bihun sup. kira minum petang la. habis je titisan sup terakhir. sambung shopping...

aku ada berkenan (berkenan lagi) kain ela kat sini. korean cotton.. eh digital cotton ke... dah lupa. harga dalam 3*henget je. murah. tapi tengok time balik. duit dah habis beli tudung. next time pegi nak beli. tapi pastikan datang dengan encik mj. mana tau dapat freeeeeee...

kat sini aku perasan, banyak kedai kt pasar malam nih jual kasut crocs. jual amat murah lak tu. beli 1 - 20 henget, 2 - 30henget. ok ke ha? berkenan jugak (lagi berkenan) tengok. yang ori agak mahal jugak. kalo ditengok macam kasut getah je crocs nih. zaman mak aku dah ada fesyen nih. tapi masa tu dorang design untuk motong getah. eh tak sama ek?

Friday, February 5, 2010

sunny road

Wrote you this
I hope you got it safe
It's been so long
I don't know what to say
I've travelled 'round
Through deserts on my horse
But jokes aside
I wanna come back home
You know that night
I said i had to go
You said you'd meet me
On the sunny road

It's time, meet me on the sunny road
it's time, meet me on the sunny road

I never married
Never had those kids
I loved too many
Now heaven's closed its gates.
I know I'm bad
To jump on you like this
Some things don't change
My middle name's still 'Risk'
I know that night
So long long time ago
Will you still meet me
On the sunny road

It's time, meet me on the sunny road
It's time, meet me on the sunny road

Well, this is it
I'm running out of space
Here is my address
And number just in case.
This time as one
We'll find which way to go
Now come and meet me
On the sunny road



nota kaki :

sejak dah pandai copy&paste youtube nih, asik ini je la modal aku nak buat entry. thanks ema!

selamat hari kanser sedunia semalam 5 Februari 2010!

Tuesday, February 2, 2010

onaka ga itai

word from the web;
onaka ga itai = sakit perut
malam tadi dah niat nak posa. posa ganti. padahal sebab dah melantak nasik sebanyak 3 pinggan malam tadi. so nak cover balik la kot. masalahnya blom pon jam 11 prot gilak babik (bukan typing eror) punye pedih. dah macam pesakit gastrik tegar. time nak posa nih ada saje la penyakitnya. lepas melantak muka ada gumbira. aje memangggg...

so bagi men-elak-kan kemelaratan penyakit tersebut. terpaksa la aku membukak posa jugak. agak-agak posa setengah hari aci tak? (sambil buat muka kesian)

prot dah makin memboncit nih. kalo dah kawen ada gak alasan. pegnen ke. anak 10 ke. tapiiii...i'm single ok. apa agaknye alasan yang releven dan tak terkena balik kat muka sendri? nih la susah jadik wanita single yang berperot boncit. rupa paras badan wajib kena jaga. takleh nak menternak spare-part. kang kata tak pandai jaga badan plak. yang paling sadis. patut la lambat kawen. sebab dia gemok. takda sapa nak. alahai susahnya...

macam mana plak dengan isu over-the-age?

dah..dah... jom balik. nak carik roti canai.

Monday, February 1, 2010

selamat hari wilayah


Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan!

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ke-36 tahun,
Wilayah Persekutuan Labuan yang ke-30 tahun &
Wilayah Persekutuan Putrajaya yang ke-9 tahun.

pokpek : nak sambung tido...zZzzzz