Saturday, January 23, 2010

ronda-rondi taman botani

sabtu minggu kedua di tahun baru, joging kat taman botani putrajaya plak. masuk nih dah kali ketiga jejak kaki kat sini. seingat aku tahun 2002 kot. time study kat uitm dulu. tu pun pegi masa taman botani ni baru bukak kot pasal aku tengok lengang bebeno. agaknye time tu orang taktau sangat kot tempat ni.

macam-macam aktivit ada kat taman botani ni. kalo nak tau klik sini ok.

macam biase. joging ntah kemane, posing biar lebih. pantun dua kerat.

jauh gak kitorang berjalan kaki secara laju-laju kat sini. minggu ni pun tak larat jugak nak joging secara betol. penat naik turun tangga kat atas bukit tu. sebab nak carik scene cantik. tapi takuttt...sebab kat atas bukit tu takde orang. mula la rase seram sejuk. padahal baru pukul 8 pagi. pastu plak nyamuk amat banyak, sampaikan sambil berjalan laju tu sambil mengaruk. mane datangnye nyamuk banyak-banyak tu ntah.

kalo malam-malam bleh makan seefood kat sini. harga tak pasti, aku tak penah lagi try makan.

skang dah 2x sabtu aku dah tak berjoging. alasannya adalah aku malas. lebih enak terbongkang depan tv tengok hwangjini. sian nagis ok. nampak sangat dalam hati aku penuh taman bunga-bunga. lagipun sejak kelas dah start ni aku agak busy lately. mane idaknye, sabtu je kena datang opis buat keje skolah. ni pon aku tengah dok sorang-sorang sume dah balik.

tetibe rase seram. baik wa blah dulu. waaaaaaaaaaaa....


soksek : encik mj pegi mancing kat tasik banding. rindu.

No comments: