Monday, January 18, 2010

nasib si hello kitty

semalam ada kelas sampai tengahari je. time nak kuar dari fakulti gila punya jem. sebabnya, student skang parking ikut suka hati pankreas dorang... dan sebabnya jugak, skang uitm sedang mengamalkan parking berpalang, no student but staff only. nak tak nak kena parking bawah bukit then menapak. tapi takpe... boleh kuruskan badan. sabtu tak payah nak pegi joging lagi. yahuuu... eh boleh camtu?

lepas kelas jugak, pegi jumpa yangku sayang jap. lunch kat summit, pegi usj digital mall (still under maintenance). beli samsung external dvd writer. tenkiuuuuu...

pastu pegi balik umah putrajaya amik toby, nak reformat. then balik pulak ke shah alam amik kete aku. nak dating lama punye pasal kan. sanggup pegi balik.

on da way nak kuar dari seri muda, nampak seekor hello kitty (anak kucing) kena langgar... omg! taktau la kete depan aku ke or kete sblom tu yang langgar. tersentap kejap.

aku tengok hello kitty tu dah berdarah meleleh-leleh. maybe kepala dia kena langgar kot. nasib baik ada mamat viva hitam angkat hello kitty tu. sebab aku yakin, aku takan berenti punya. kesian memang kesian tapi aku tak sanggup nak pegi amik. so aku just berharap ada orang yang berhati mulia akan tolong amik hello kitty tu.

maybe jugak, mamat viva hitam tu kot yang langgar hello kitty tu. walaupon dia bersalah, tapi dia ok la gak kan. bagi signal ke tepi then dengan muka kesian pegi angkat hello kitty tu. kalo tak mesti dah kering hello kitty tu kena gilis kete. mamat tu buat muka tak bleh blah. dah ajal hello kitty tu di tayar dia kan. terima je la kenyataan.

sampai skang aku asik teringat kejadian tragis semalam. memang camni la kalo nampak hello kitty kena langgar. tetiba hati keperikucingan dan dan tu datang. haishhhh rasa sebak plak.

ape la citer kiki skang? hidup lagi kah dia? dah ada tuan baru kah? dah hilang teruna kah? kiki jantan virgin lagi tau.

pix kiki masa kecik. hopefully dia masih hidup.

rindu kiki...

No comments: