Saturday, January 30, 2010

thaipusam day is today

Thousands of devotees & visitors throng Batu Caves during
Thaipusam day


C
elebrated on the 10th month of the Hindu calendar, Thaipusam, which falls in January or February each year, is a day of penance and thanksgiving for Hindus. The festival is celebrated in honour of Lord Muruga (also known as Lord Subramaniam) and Hindus believe that sins can be cleansed during Thaipusam.

pic & info credits to www.expat.com


plan nak ber-shopping kat sogo dan pasar malam jalan tar terpaksa dibatalkan. jalan dah tentu jem gilos. encik mj dah sound siap-siap so pepaham je la...

Friday, January 29, 2010

nobody - wondernyah




the real : nobody - wondergirls

Thursday, January 28, 2010

lunch date

date yang tertunda nak dekat setahun.

tunggu kisah seterusnya...


re-published at 7pm :

errr...terus je la kan update kat sini.

lunch date bersame lalink tershayanggg telah berjalan dengan jayonye... setelah membuat muka sedih sekupang dua, lalink yang sepatutnya ada discussion time lunch telah mentipu bos beliau dengan menkatakan beliau ada perkara urgent di luar. beliau telah berjaya. syabas!

bos beliau (kata ganti beliau digunapakai untuk penghargaan kerna telah mengenyangkan perot aku tadi) pon pehal la kan time-time lunch nak buat discussion? tu nak makan free la tuuuu... ini la senario keje gomen. asal meeting je makan. asal makan je tentu la meeting. ish ish ish... termasuk la aku. amat gumbira sebab ada meeting. bleh makan free. jimat bukan?

tadi lalink telah mencelebrate "job" anniversary ke-3. patutnye celebrate tahun lepas. tapi lalink punye pasal... takpeeee...(ye la sangatttt...) kitorang memang tiap tahun celebrate anniversary secara berganti-ganti ni. maklum la... time masuk dulu 2 orang je. takpe la kan... kalo 20 orang jangan harappppp....

tadi celebrate kat pizza alamanda. sama seperti tahun lepas jugak. so ingat tahun ni nak celebrate kat "restoran ceruk" je. gila muak makan cheezy piza ngan seefood lasagna. aku rasa makanan berciri makanan cepat or fastfood nih dah tak sesuai untuk remaja matang macam aku ni lagi. mungkin la...

gambo tak dan nak snap. ramai sangat orang. dah biasa makan piza kan? so sendri imagine la.

"to mylalink,
thank you so much for the lovely lunch. hope our friendship will never end!"

Tuesday, January 26, 2010

takda tajuk

cerita ke-1

encik mj pulang ke rumah tepat 1.44 am tadi dengan jayanya tanpa membawak sekor ikan pon. nasib baik dia tak bawak balik awek. kalo tak dia yang jadik pekasam kang.

gila risau aku semalam bila dia tak call or msg. suppose bila dia pegi jumaat malam tu balik hari ahad la kan sebab isnin keje. tapi sampai semalam satu hapah msg pun tak dapek. aku tak penah mintak benda-benda tak elok jadik kat dia tapi beringat jugak la kan. banyak kali aku hantar msg penuh syahdu. dengan harapan kalo dia baca trus propose. tapiiii...takdekkkk. dalam pukul 9 kot dia call dan membagitau memang sepatutnya dia balik semalam. eh yeke?

cerita ke-2

excise paling berkesan untuk kuruskan peha adalah dengan turun naik tangga.

kalo tanpa sebab musibat memang aku takan suka-suki nak naik turun tangga unless umah tu takde lif or lif rosak! kalo time cuti tu gagah jugak la kan nak panjat tangga tu dengan harapan nak kecikkan bontot ngan peha. tapiiii... ni time pagi-pagi nak pegi keja. pehal lak nak kepamkan ketiak kan? harap je ada 2 buah lif tapi mangkuk! 1 tu out of service and 1 lagi evaluatian. ape yang ko nak evaluate pagi-pagi ni ha?

patut la malam tadi aku dengar yan masuk umah termengah-mengah. dalam tido-tido ayam tu sempat gak la aku terpikir, "maybe kena kejar antu kot. tu la sape suh balik tengah malam. kuar tanak ajak aku lak tu". rupe-rupe kawan tu baru habis menapak tangga sampai tingkat 9 daaaa... tapi tak bukak mata pun tengok member. bangun pagi tadi baru tanya.

kalo dulu rumah lama panjat tingkat 5 selamber je. skang masuk umah baru ada lif so tangga sudah lama dilupakan. kira sedara tanggang la ni.

cerita ke-3

tadi petang ada meeting jkdl. lega...

cerita ke-4

mau pegi pasar. nak makan... laparrrrrrrr!
eh aku tak makan nasik 2 hari dengan jayonya tapi hari ni tak kompom lagi.

Saturday, January 23, 2010

ronda-rondi taman botani

sabtu minggu kedua di tahun baru, joging kat taman botani putrajaya plak. masuk nih dah kali ketiga jejak kaki kat sini. seingat aku tahun 2002 kot. time study kat uitm dulu. tu pun pegi masa taman botani ni baru bukak kot pasal aku tengok lengang bebeno. agaknye time tu orang taktau sangat kot tempat ni.

macam-macam aktivit ada kat taman botani ni. kalo nak tau klik sini ok.

macam biase. joging ntah kemane, posing biar lebih. pantun dua kerat.

jauh gak kitorang berjalan kaki secara laju-laju kat sini. minggu ni pun tak larat jugak nak joging secara betol. penat naik turun tangga kat atas bukit tu. sebab nak carik scene cantik. tapi takuttt...sebab kat atas bukit tu takde orang. mula la rase seram sejuk. padahal baru pukul 8 pagi. pastu plak nyamuk amat banyak, sampaikan sambil berjalan laju tu sambil mengaruk. mane datangnye nyamuk banyak-banyak tu ntah.

kalo malam-malam bleh makan seefood kat sini. harga tak pasti, aku tak penah lagi try makan.

skang dah 2x sabtu aku dah tak berjoging. alasannya adalah aku malas. lebih enak terbongkang depan tv tengok hwangjini. sian nagis ok. nampak sangat dalam hati aku penuh taman bunga-bunga. lagipun sejak kelas dah start ni aku agak busy lately. mane idaknye, sabtu je kena datang opis buat keje skolah. ni pon aku tengah dok sorang-sorang sume dah balik.

tetibe rase seram. baik wa blah dulu. waaaaaaaaaaaa....


soksek : encik mj pegi mancing kat tasik banding. rindu.

Friday, January 22, 2010

still in twilight fever

Tuesday, January 19, 2010

kata orang...

malam tadi tengah tergolek depan tv tengok supernatural layan baca majalah wanita. ye majalah wanita. bukan majalah remaja. haruslah aku sedar diri ok. best gak layan wanita ni, banyak citer-citer orang dah kawen. hehe.

layan punya layan ternampak satu artikel kecik.

gamba nih aku sendri taruk. sila baca bawah ni.

cantik di hati:

wanita pada umur 20-an mengancam, 30-an bermacam-macam, 40-an terancam, 50-an diancam, 60-an tak boleh nak cam. tapi tak kisahlah, walau berapa umur anda, pastikan setiap masa yang dilalui dimanfaatkan dengan sebaik mungkin, jangan lepaskan peluang untuk menjadi yang terbaik. walaupun di dalam kepala kaum wanita ada kekurangan, tetapi dalam hati mereka ada kelebihan.

apakah maksud ayat tersebut? sila huraikan.

adakah aku tergolong dalam golongan mengancam atau bermacam-macam? tahun ni still mengancam (feewit), tahun depan bermacam-macam (duh).

Monday, January 18, 2010

nasib si hello kitty

semalam ada kelas sampai tengahari je. time nak kuar dari fakulti gila punya jem. sebabnya, student skang parking ikut suka hati pankreas dorang... dan sebabnya jugak, skang uitm sedang mengamalkan parking berpalang, no student but staff only. nak tak nak kena parking bawah bukit then menapak. tapi takpe... boleh kuruskan badan. sabtu tak payah nak pegi joging lagi. yahuuu... eh boleh camtu?

lepas kelas jugak, pegi jumpa yangku sayang jap. lunch kat summit, pegi usj digital mall (still under maintenance). beli samsung external dvd writer. tenkiuuuuu...

pastu pegi balik umah putrajaya amik toby, nak reformat. then balik pulak ke shah alam amik kete aku. nak dating lama punye pasal kan. sanggup pegi balik.

on da way nak kuar dari seri muda, nampak seekor hello kitty (anak kucing) kena langgar... omg! taktau la kete depan aku ke or kete sblom tu yang langgar. tersentap kejap.

aku tengok hello kitty tu dah berdarah meleleh-leleh. maybe kepala dia kena langgar kot. nasib baik ada mamat viva hitam angkat hello kitty tu. sebab aku yakin, aku takan berenti punya. kesian memang kesian tapi aku tak sanggup nak pegi amik. so aku just berharap ada orang yang berhati mulia akan tolong amik hello kitty tu.

maybe jugak, mamat viva hitam tu kot yang langgar hello kitty tu. walaupon dia bersalah, tapi dia ok la gak kan. bagi signal ke tepi then dengan muka kesian pegi angkat hello kitty tu. kalo tak mesti dah kering hello kitty tu kena gilis kete. mamat tu buat muka tak bleh blah. dah ajal hello kitty tu di tayar dia kan. terima je la kenyataan.

sampai skang aku asik teringat kejadian tragis semalam. memang camni la kalo nampak hello kitty kena langgar. tetiba hati keperikucingan dan dan tu datang. haishhhh rasa sebak plak.

ape la citer kiki skang? hidup lagi kah dia? dah ada tuan baru kah? dah hilang teruna kah? kiki jantan virgin lagi tau.

pix kiki masa kecik. hopefully dia masih hidup.

rindu kiki...

Friday, January 15, 2010

gee...diksss

Wednesday, January 13, 2010

semangat yang datang di pagi tahun baru

entry berciri lambat masih lagi diamalkan di belog ini ye puan puan...

salah satu reso aku sempena tahun 2010 nih adalah ingin mengamalkan gaya hidup sihat. kalo ikutkan ini 1st rank dalam reso aku 3 tahun berturut-turut. harap-harap tahun nih tercapai la hendaknya. tapi aku tengok sepanjang 13 hari nih... macam harapan tu tipis tapiiiii aku yakinnnn... jangan risauuuu... ada 11 bulan 18 hari lagi ok... semangatttttttttt~

subuh-subuh pagi tahun baru kitorang dah terpacak kat taman putra perdana nih. sambil menhirup udara segar dan menjamu mata. tapi... jangan harapppp... pagi tu cuma aku dengan yan je ada bersama-sama mak-mak orang. mana ada mamat-mamat ensem nak berjoging pagi-pagi tahun baru, sah-sah dorang tengah terbongkang sambut new year malam tadi. aku dengan yan pegi sambut new year dengan sherlock holmes kat alamanda je. memang tak rugi.

sambil-sambil sesi pemanasan.

mana bleh trus direct joging, kang tergeliat urat kang. (alasan)

pada sape yang tatau mane taman putra perdana nih, taman nih berada di tengah-tengah atas bukit area parcel-parcel di putrajaya. kalo kat parcel nih, kira taman nih kat atas bukit yang jadik roundabout kat area nih. tepi taman nih ada hotel shangri-la putrajaya.

kat taman nih ada laman megalit. memang cun.

yang ada muka budak tak senonoh di atas tu, aku tatau ape function megalit tu. maap sangattttt... sejarah or geografi memang aku tak suka. walaupon pmr aku dapat A, tapi time spm failed.

cantik btol kan? hari tu aku dah hafal dah dia punye informations, tapi lama sangat simpan aku dah lupo...

sedang kepenatan berjoging.

lepas je joging, reso hancussssss....
melantak nasik lemak ayam dara kat taman warisan.

aku dah agak dah.

Sunday, January 10, 2010

pakpong pakpong

10.01.10

cantek je kalo kawen time nih kan? eceh...

kelas bermula secara smoothly today. semester nih amik 4 paper only and timetable pun cantek je tersusun rapi. 2-4pm for session 1 and 8.30-12.30 for session 2. session 1 ada strategic management by madam memy dan mandarin 3 by liau laoshi. memang happening punye class! next session tatau lagi. hopefully dapat lecturer yang best la jugak...

yang penting.... semangattttt...!!!

ok.bye.

note : sape menang AJL? aku nak zZzz...

Saturday, January 9, 2010

gua sibuk...

gua amat sibuk berkebun skang.

HAPPY NEW YEAR !!!
2010
(errr...after 9 days)