Wednesday, December 30, 2009

rengit bundle

sabtu petang, agak-agak dalam kul 2 abg ipo aku ajak pegi rengit, johor. katanye nak jumpa sedara dia pasal bisnes. yang akak-akak aku lak punye la pulun memasak. ingatkan la nak makan dulu ke sblom pegi, alih-alih dia kata tu untuk makan malam. balik kang sah dah lewat dia kata so hadap je la nasik tu karang. ekheleh...

pejalanan mengunakan kereta mengambik masa dalam 3 jam kot. tu dah ikut highway tu. kalo ikut jalan dalam taktau plak aku. nak pegi rengit nih kitorang susur masuk ke sg ranggam. eh ke sg renggam? aku pon tak ingat.

nak pegi ke rengit pon sket punye jauh. aku nampak signboard pontian - benut - rengit - muar - melaka. dah macam lagi dekat kalo ikut jalan dalam je. berenti kat kompleks niaga rengit untuk makan-makan dulu. sampai skang aku konpius napa kitorang tak makan kat umah je tadi.

pastu, abg ipo aku ajak pegi tengok barang-barang 2ndhand kat rengit. lepas tanya orang-orang kat situ kitorang pon main redah je.

apa yang abg ipo aku bagitau, penjual barang-barang 2ndhand nih adalah orang asli. dorang beli barang tu kat singapore, then jual balik lepas dibaikpulih dengan harga yang berpatutan. tapi dari yang aku nampak tak la murah pun. maybe sebab hari minggu kot. gila ramai orang kat situ.

punya senak dorang punya kedai. taktau la samada tu kedai or merangkap umah dorang skali. tapi memang senak jugak mata aku memandang. barang-barang plak dorang tak susun elok-elok. memang susah la nak cari barang yang menjadi kesukaan.

aje suke bebeno budak-budak nih bila aku suruh berposing. kalo nak ikutkan hati, aku nak nyelit skali tapi macik kena jaga tata kelakuan okek.

dari perhiasan umah, tv mamak (tv beso gedabak yang slalu ada kat kedai mamak), washing machine sampai la ke peti sejuk. macam-macam ada. harga sume murah-murah. tapi tahap kehalalannya masih was-was. bukan maksudnya tak halal sebab barang curik, no no... tapi orang singapore kan banyak cina, so mana la tau dorang ada simpan stok babi kat dalam tu. so beware la. tak pon kalo nak beli jugak, sila la samak dulu ok.

gila punya kecik jalan. pastu parking merata-rata. pastu budak-budak sini naik moto cam orang hilang ingatan. main rempit je, tau la nih jalan kampong korang.

sebabkan tanak balik dengan tangan takda barang, akak aku sorang nih beli jugak sebijik radio. harga dalam rm130, pacik nih kata dia beli radio nih dengan harga rm110. taktau la btol ke idak cakap pacik nih. akak aku pon trus beli dengan harapan dia bleh lawan jiran sebelah umah dia berkaraoke.

lepas tu, gerak balik ke benut nak jumpa sedara abg ipo aku. diskas kat bus stop je ok. hangin aku. ingatkan dapat la makan biskut cicah kopi o ke.

pastu trus balik melaka. sampai dalam kul 12 trus melantak nasik tengahari.

tengahari pon tengahari la, janji ngappp...

No comments: