Tuesday, December 22, 2009

Elephant Santuary & Deerland

minggu lepas... err 2 minggu lepas kot...aku pon dah tak ingat. aku kena jadik urusetia seminggu kursus induksi. tahun nih last kursus so kitorang combinekan 2 kursus induksi khusus ngan umum kumpulan III skaligus.

kali nih kursus buat kat IBD Lanchang, Pahang. peserta dekat 120 orang sumenya. memang pax gila la... time tu orang PERHILITAN pun ada kursus PTK. memang lagi sesak...
nih gara-gara nak sep bajet la katekan... akhir tahun duit pon dah kering. tempat pon takda nak hotel-hotel dah... kalo bleh yang murah dan tak berbayar lagi kami nak.
ada sesapa nak offer tempat kursus yang murah, pri dan makanan lagi mabeles dari IBD tak?

seminggu tu jugak aku telah berjayo menaikkan berat sebanyak 2 kilo... gila berat okek skang. dah naik 65kilo tuuuuu... tu baru dok seminggu. bayangkan kalo aku trus dok sana...
bayangkan... bayangkannnnnn

so skang nih misi untuk menturunkan berat badan. jangan sesapa ajak aku makan. warning nih...

gajah dah sama beso ngan aku ke aku yang dah sama beso ngan gajah?

lawatan sambil bergumbira bersama-sama peserta kursus. ni la pun aktiviti paling best kalo kursus kat sini. memang wajib sangat kena pegi ke santuari gajah kuala gandah nih. time nih la nak kenal dan mensayangi gajah-gajah yang tersesat, terbiar, terbuang, tersakit dan macam-macam ter lagi...

yang terbaru ada anak gajah bernama Tapis yang kehilangan ibu dan bapaknya. gajah pon pandai hilang anak ok... nih kira kes hilang anak semasa membeli pastu blah... gambar takleh snap sebenonya tapi aku dah ter-snap tapi aku malas nak upload boleh? hehe.

kat sini korang boleh bagi gajah-gajah nih makan. tapi no outside foods ok. kang kalo tercirit gajah tu dah satu keje lak dorang nak basuh. dah la gedebokkkk beso gajah taiknye...
aku hanya berani bagi makan gajah-gajah kecik je. yang beso-beso kirim salam. tengok kaki je aku dah gelabah.

ni plak boleh menonggeng eh menunggang gajah. riding the elephant la cakap omputihnya. bila naik atas gajah tu boleh rasa gerakan badan dia di bontot anda. muahahaha.
aku bukan sengaja nak mempelok brader gajah tu ye... tapi terpaksa dan wajib mempelok dia kalo korang tanak jatuh. kalo nak merasa jatuh pastu kena pijak gajah try la tak pelok brader tu. serius nih.

sesi yang blom aku try lagi. mandi dengan gajah. nampak best kan? time la nak cuci mata minah-minah omputih separa seksi. hehe. jangan risau. anda selamat semasa mandi nih. brader-brader gajah nih sume dah pro.

then, pegi deerland plak. tempat nih bukan milik kerajaan ok tapi milik persendirian. sorang pacik bernama Pak Dollah yang begitu berhati kebinatangan or animal lover. syabas pacik!

dalam banyak-banyak binatang kat Deerland nih paling mencabar minda dan fizikal aku bila letak ular sawa nih. seram okek... nak plak abg Karim saja belit-belit ular tu kat tengok aku. kejung gila posing nampak bebeno takut. time nih ular nih je yang ada. yang paling beso tengah mentukar kulit so dorang simpan.

memang best la kat sini. korang bleh pegang boy the berok, jessy the ular sawa (yang tengah belit aku ni la dengan harapan cepat kawen), muda the beruang dan banyak lagi la.
dah nama pon Deerland kan? haruslah berpeluang membagi rusa-rusa yang banyak tu makan. syok sebab kita bleh bagi rusa tu makan dengan tangan sendiri. time dorang lapo memang kena kepong la.

so apa lagi? skali skala bawak la anak-anak, adik-adik, pakwe-pakwi melawat dan menikmati tempat-tempat riadah macam nih. pegi jangan tak pegi pastu kompom nak datang lagi...

No comments: