Wednesday, December 30, 2009

rengit bundle

sabtu petang, agak-agak dalam kul 2 abg ipo aku ajak pegi rengit, johor. katanye nak jumpa sedara dia pasal bisnes. yang akak-akak aku lak punye la pulun memasak. ingatkan la nak makan dulu ke sblom pegi, alih-alih dia kata tu untuk makan malam. balik kang sah dah lewat dia kata so hadap je la nasik tu karang. ekheleh...

pejalanan mengunakan kereta mengambik masa dalam 3 jam kot. tu dah ikut highway tu. kalo ikut jalan dalam taktau plak aku. nak pegi rengit nih kitorang susur masuk ke sg ranggam. eh ke sg renggam? aku pon tak ingat.

nak pegi ke rengit pon sket punye jauh. aku nampak signboard pontian - benut - rengit - muar - melaka. dah macam lagi dekat kalo ikut jalan dalam je. berenti kat kompleks niaga rengit untuk makan-makan dulu. sampai skang aku konpius napa kitorang tak makan kat umah je tadi.

pastu, abg ipo aku ajak pegi tengok barang-barang 2ndhand kat rengit. lepas tanya orang-orang kat situ kitorang pon main redah je.

apa yang abg ipo aku bagitau, penjual barang-barang 2ndhand nih adalah orang asli. dorang beli barang tu kat singapore, then jual balik lepas dibaikpulih dengan harga yang berpatutan. tapi dari yang aku nampak tak la murah pun. maybe sebab hari minggu kot. gila ramai orang kat situ.

punya senak dorang punya kedai. taktau la samada tu kedai or merangkap umah dorang skali. tapi memang senak jugak mata aku memandang. barang-barang plak dorang tak susun elok-elok. memang susah la nak cari barang yang menjadi kesukaan.

aje suke bebeno budak-budak nih bila aku suruh berposing. kalo nak ikutkan hati, aku nak nyelit skali tapi macik kena jaga tata kelakuan okek.

dari perhiasan umah, tv mamak (tv beso gedabak yang slalu ada kat kedai mamak), washing machine sampai la ke peti sejuk. macam-macam ada. harga sume murah-murah. tapi tahap kehalalannya masih was-was. bukan maksudnya tak halal sebab barang curik, no no... tapi orang singapore kan banyak cina, so mana la tau dorang ada simpan stok babi kat dalam tu. so beware la. tak pon kalo nak beli jugak, sila la samak dulu ok.

gila punya kecik jalan. pastu parking merata-rata. pastu budak-budak sini naik moto cam orang hilang ingatan. main rempit je, tau la nih jalan kampong korang.

sebabkan tanak balik dengan tangan takda barang, akak aku sorang nih beli jugak sebijik radio. harga dalam rm130, pacik nih kata dia beli radio nih dengan harga rm110. taktau la btol ke idak cakap pacik nih. akak aku pon trus beli dengan harapan dia bleh lawan jiran sebelah umah dia berkaraoke.

lepas tu, gerak balik ke benut nak jumpa sedara abg ipo aku. diskas kat bus stop je ok. hangin aku. ingatkan dapat la makan biskut cicah kopi o ke.

pastu trus balik melaka. sampai dalam kul 12 trus melantak nasik tengahari.

tengahari pon tengahari la, janji ngappp...

Monday, December 28, 2009

teman jer bukan nyer bebeno

TEMAN TAPI MESRA
Lagu dari Kumpulan RATU

TEMAN JER BUKAN NYER BEBENO....
versi PERAK

Keme ader kawan
Kawan keme gemo bebeno
maner keme pegi dia pasti nyendoi.
Kawan keme nie cukup hensom
pandai bebeno pulak tu,
ater gemo betui dia bertandang
nolong keme

sekarang keme udah penin
bila dia kabo dia syok kat keme
dia labun nak buat
keme nie gilprend dia.

cukup ler setakat
berseloghor dengan keme
jangan ler berlabun yang bukan2
tak terhingin keme kat mike tu..
kita berteman udahler
berteman tapi bukan bebeno.
keme suka bebeno kawan jer dengan mike
sebab keme dah ada boyprend lain
kita berteman jer udah lerr...
kita berteman ok!
berteman jer bukan nyer bebeno...


aku copy paste lagu nih dari kampung gajah discussion board kat fb. memang gila kelakar... moh moh kita nyanyi..hehe

Friday, December 25, 2009

ho ho ho merry x'mas!

malam tadi gerak ke melaka dari putrajaya dalam pukul 10 lebih. tu pun lepas adegan mencari kak ina yang sesat kat putrajaya masa nak carik umah aku kt presint 17. gila hangin aku carik dorang nih. aku suruh stay kat mana-mana tempat, nanti aku amik... degil okkk. kunun-kunun terer carik umah aku dengan memfollow signboard... last-last sesat...

highway ok je malam tadi... kat r&r seremban ramai gak yang lepak berehat. time-time cuti camni memang jalan menhala ke selatan agak sibuk. nak plak aku yang kena bawak sebab abang ipar aku dah ngantuk. padahal time tu aku baru ingat nak lelap lepas makan ketiaw goreng kat r&r tu tadi. sampai kat umah kak eya pukul 1.30 pagi then tido...

pagi nih takda plan kemana-mana lagi. kak eya pon keje skang nih. so maybe besok kot baru nak pusing-pusing melaka. nak masak jap... besok update lagi. ciao...

merry x'mas!

Thursday, December 24, 2009

love is in the air

Love is in the air
Everywhere I look around
Love is in the air
Every sight and every sound

And I don't know if I'm being foolish
Don't know if I'm being wise
But it's something that I must believe in
And it's there when I look in your eyes

Love is in the air
In the whisper of the trees
Love is in the air
In the thunder of the sea

And I don't know if I'm just dreaming
Don't know if I feel sane
But it's something that I must believe in
And it's there when you call out my name

Love is in the air
Love is in the air

Love is in the air
In the rising of the sun
Love is in the air
When the day is nearly done

And I don't know if you're an illusion
Don't know if I see it true
But you're something that I must believe in
And you're there when I reach out for you

Love is in the air
Every sight and every sound
And I don't know if I'm being foolish
Don't know if I'm being wise

But it's something that I must believe in
And it's there when I look in your eyes



Happy 3rd Love Anniversary!

T_____T

Tuesday, December 22, 2009

Elephant Santuary & Deerland

minggu lepas... err 2 minggu lepas kot...aku pon dah tak ingat. aku kena jadik urusetia seminggu kursus induksi. tahun nih last kursus so kitorang combinekan 2 kursus induksi khusus ngan umum kumpulan III skaligus.

kali nih kursus buat kat IBD Lanchang, Pahang. peserta dekat 120 orang sumenya. memang pax gila la... time tu orang PERHILITAN pun ada kursus PTK. memang lagi sesak...
nih gara-gara nak sep bajet la katekan... akhir tahun duit pon dah kering. tempat pon takda nak hotel-hotel dah... kalo bleh yang murah dan tak berbayar lagi kami nak.
ada sesapa nak offer tempat kursus yang murah, pri dan makanan lagi mabeles dari IBD tak?

seminggu tu jugak aku telah berjayo menaikkan berat sebanyak 2 kilo... gila berat okek skang. dah naik 65kilo tuuuuu... tu baru dok seminggu. bayangkan kalo aku trus dok sana...
bayangkan... bayangkannnnnn

so skang nih misi untuk menturunkan berat badan. jangan sesapa ajak aku makan. warning nih...

gajah dah sama beso ngan aku ke aku yang dah sama beso ngan gajah?

lawatan sambil bergumbira bersama-sama peserta kursus. ni la pun aktiviti paling best kalo kursus kat sini. memang wajib sangat kena pegi ke santuari gajah kuala gandah nih. time nih la nak kenal dan mensayangi gajah-gajah yang tersesat, terbiar, terbuang, tersakit dan macam-macam ter lagi...

yang terbaru ada anak gajah bernama Tapis yang kehilangan ibu dan bapaknya. gajah pon pandai hilang anak ok... nih kira kes hilang anak semasa membeli pastu blah... gambar takleh snap sebenonya tapi aku dah ter-snap tapi aku malas nak upload boleh? hehe.

kat sini korang boleh bagi gajah-gajah nih makan. tapi no outside foods ok. kang kalo tercirit gajah tu dah satu keje lak dorang nak basuh. dah la gedebokkkk beso gajah taiknye...
aku hanya berani bagi makan gajah-gajah kecik je. yang beso-beso kirim salam. tengok kaki je aku dah gelabah.

ni plak boleh menonggeng eh menunggang gajah. riding the elephant la cakap omputihnya. bila naik atas gajah tu boleh rasa gerakan badan dia di bontot anda. muahahaha.
aku bukan sengaja nak mempelok brader gajah tu ye... tapi terpaksa dan wajib mempelok dia kalo korang tanak jatuh. kalo nak merasa jatuh pastu kena pijak gajah try la tak pelok brader tu. serius nih.

sesi yang blom aku try lagi. mandi dengan gajah. nampak best kan? time la nak cuci mata minah-minah omputih separa seksi. hehe. jangan risau. anda selamat semasa mandi nih. brader-brader gajah nih sume dah pro.

then, pegi deerland plak. tempat nih bukan milik kerajaan ok tapi milik persendirian. sorang pacik bernama Pak Dollah yang begitu berhati kebinatangan or animal lover. syabas pacik!

dalam banyak-banyak binatang kat Deerland nih paling mencabar minda dan fizikal aku bila letak ular sawa nih. seram okek... nak plak abg Karim saja belit-belit ular tu kat tengok aku. kejung gila posing nampak bebeno takut. time nih ular nih je yang ada. yang paling beso tengah mentukar kulit so dorang simpan.

memang best la kat sini. korang bleh pegang boy the berok, jessy the ular sawa (yang tengah belit aku ni la dengan harapan cepat kawen), muda the beruang dan banyak lagi la.
dah nama pon Deerland kan? haruslah berpeluang membagi rusa-rusa yang banyak tu makan. syok sebab kita bleh bagi rusa tu makan dengan tangan sendiri. time dorang lapo memang kena kepong la.

so apa lagi? skali skala bawak la anak-anak, adik-adik, pakwe-pakwi melawat dan menikmati tempat-tempat riadah macam nih. pegi jangan tak pegi pastu kompom nak datang lagi...

Thursday, December 10, 2009

dub dab dub dab

doakan aku dapat result yang gempak...aminnnnn!