Thursday, November 12, 2009

rahsia...rahsia ke?

rahsia la sangat kan? punya la takda modal nak update tapi ada hati nak update jugak macam ni la gayanye. layan je la...

Gunakan Nama Penuh

sekiranya korang mengunakan nama alamat emel dengan nama penuh,
contoh: sitibedahabdulkudus@yahoo.com. nih mengambarkan bahawa beliau nih seorang yang penuh rasa mentanggungjawab dan tidak suka berahsia. sharing is caring la lebih kurang. lagi satu, beliau nih jugak boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatan. tapi ingat! (intonasi kasik keras sket) jangan sesekali or sebanyakali try nak memperlekeh minah nih. sape yang buat memang mentempah maut. eceh.

Nama Depan Dan Tengah

contoh: siti bedah abdul kudus. minah nih mengunakan alamat emel beliau sebagai sitibedah@yahoo.com iaitu nama awal ngan nama tengah, nama ayah beliau maleh nak taruh. so ini mentunjukkan bahawa beliau nih sorang yang sangat menghargai diri sendiri dan sanggup menketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. pastu beliau jugak sorang yang berani untuk tampil di khalayak ramai dan menkeluarkan pendapat dengan lantang. nih jenis laser lagi outspoken la nih.

Nama Dan Tahun

contoh: sitibedah2009@yahoo.com. beliau sorang yang mempunyai ego yang tinggi. pantang tok nenek beliau kalo ada sesapa yang coba-coba nak mententang pendapat beliau. nih pun memang nak kena maki la jawabnye. beliau jugak tak suka ada komitmen dalam jangka masa terdekat nih (nih kes chenta kot, wa no komen eh). kewujudan tahun (2009) kat ujung nama tu mentunjukkan minah nih tak luas pandangan (adakah serupa katok dibawah tempurung? tu aku tatau, korang pikir-pikirkan la). pendek kata beliau jugak mentunjukkan.. pegangan yang mudah berubah-ubah. senang cakap, macam lalang la...

Nama Samaran

hehehehheh... ramai yg suka buat email camnih kan?

contoh: amoi_comei@yahoo.com. beliau nih sorang yang gemar hidup dalam khayalan sampai kadang-kadang tu mensusahkan orang lain (ermm...yeke?). tapi beliau nih disukai ramai sebab beliau nih bersifat kelakar dan membuatkan orang keliling selesa dan happy bila dekat dengan minah nih. kalo dibagi peluang, beliau nih boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri. eceh.

Nombor Dan Abjad

contoh: abc123@yahoo.com. emel ada abjad+nombor je. nih mengambarkan beliau sorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada sesorang. tu pun kalo dia percaya 100% la. kalo idakkkk... kirim salammmm aje la ek.


rahsia emel nih ada gak kena kadang-kadang tu. so dah tengok apa rahsia emel korang? share-share la ye...

No comments: