Wednesday, November 25, 2009

selamat hari raya aidiladha


berhati-hati di jalan raya pada sesapa yang balik kampung tu...
termasuk aku skali...
besok cuti balik kampung... yahooooo!!!
adios.

Tuesday, November 24, 2009

saya menang basikal

1st prize cabutan bertuah BPSM Family Day 2009.
tidak menjadik milikku...
haihhh... posing je la...

Sunday, November 22, 2009

tarik tali punya pasal

anda nampak lebam-lebam itu?
itu lah tragedi selepas main tarik tali semalam.
punya tenat badan aku hari ni.
satu badan sakit-sakit...
pastu baru perasan ada lebam kat lengan nih.
nasib baik la menang...lebam pun tarak hal.

Tuesday, November 17, 2009

hadiah

ミーナ telah menhadiahkan t-shirt miau pink kat aku.
cute tak? hehe.

dia nih first friend yang membagi aku hadiah.
jadik sebagai balasan aku pun bagi jugak dia hadiah.
so aku pun pegi la kat Katharine Shop untuk membeli hadiah spesel untuk dia.
macam-macam hadiah ada tau.
belon la... beg la... baju la...
so aku pilih teddy tote bag kaler pink untuk dia.

selepas mempilih wrapping berupa gift bag.
piyo akan menhantar hadiah comel tersebut.

tu piyo dah terbang menhantar hadiah.
hopefully kawan akan gembira. haha.

eh... entry cam budak senget kan?

Monday, November 16, 2009

hujan

perasan tak skang nih asik ujan je?
pagi, petang, siang, malam pun ujan jugak.
semalam kat seri kembangan petang baru ujan.
dah nama pun ujan... maka aktiviti riadah paling sihat adalah tidooo...

semalam, takda pegi mana pun.
eh...ada. pegi beli makanan.
ahad adalah hari untuk tido dan buat aktiviti rumahtangga.
basuh baju, kemas umah, sapu sampah, masak air...praktice makes perfect!

sblom tu, sabtu aku ada last paper exam. horeyyy!
soklan direct, tapi jawapan aku direction mensimpang siur.
banyak guna common sense je.
jangan lecturer pun marking ikut sense dia sudah. masak aku kanggg...
pastu dah nama last paper, haruslah mencelebrate.
ya ya tau... tiap sem aku celebrate.
maka berdating la aku hari tu...
takda kemana pun. pegi mines ingat nak tengok movie.
haaa...skali panjang menjela plak pembarisan nak membeli tiket.
agak-agak dah nak patah kaki, pegi alamanda plak.
sesak jugak... pelik la. blom gaji pun orang still ramai.
ke aku sorang je tak berduit?
or dorang pun macam aku datang takda duit? (ayat penyedap hati)

kat opis skang nih ujan dari pagi tadi.
sejuk ya amatttt...
cepat la pukul 5... nak balikkkkkkkkkk

ni la makanan aku semalam. =D

Thursday, November 12, 2009

rahsia...rahsia ke?

rahsia la sangat kan? punya la takda modal nak update tapi ada hati nak update jugak macam ni la gayanye. layan je la...

Gunakan Nama Penuh

sekiranya korang mengunakan nama alamat emel dengan nama penuh,
contoh: sitibedahabdulkudus@yahoo.com. nih mengambarkan bahawa beliau nih seorang yang penuh rasa mentanggungjawab dan tidak suka berahsia. sharing is caring la lebih kurang. lagi satu, beliau nih jugak boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatan. tapi ingat! (intonasi kasik keras sket) jangan sesekali or sebanyakali try nak memperlekeh minah nih. sape yang buat memang mentempah maut. eceh.

Nama Depan Dan Tengah

contoh: siti bedah abdul kudus. minah nih mengunakan alamat emel beliau sebagai sitibedah@yahoo.com iaitu nama awal ngan nama tengah, nama ayah beliau maleh nak taruh. so ini mentunjukkan bahawa beliau nih sorang yang sangat menghargai diri sendiri dan sanggup menketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri. pastu beliau jugak sorang yang berani untuk tampil di khalayak ramai dan menkeluarkan pendapat dengan lantang. nih jenis laser lagi outspoken la nih.

Nama Dan Tahun

contoh: sitibedah2009@yahoo.com. beliau sorang yang mempunyai ego yang tinggi. pantang tok nenek beliau kalo ada sesapa yang coba-coba nak mententang pendapat beliau. nih pun memang nak kena maki la jawabnye. beliau jugak tak suka ada komitmen dalam jangka masa terdekat nih (nih kes chenta kot, wa no komen eh). kewujudan tahun (2009) kat ujung nama tu mentunjukkan minah nih tak luas pandangan (adakah serupa katok dibawah tempurung? tu aku tatau, korang pikir-pikirkan la). pendek kata beliau jugak mentunjukkan.. pegangan yang mudah berubah-ubah. senang cakap, macam lalang la...

Nama Samaran

hehehehheh... ramai yg suka buat email camnih kan?

contoh: amoi_comei@yahoo.com. beliau nih sorang yang gemar hidup dalam khayalan sampai kadang-kadang tu mensusahkan orang lain (ermm...yeke?). tapi beliau nih disukai ramai sebab beliau nih bersifat kelakar dan membuatkan orang keliling selesa dan happy bila dekat dengan minah nih. kalo dibagi peluang, beliau nih boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri. eceh.

Nombor Dan Abjad

contoh: abc123@yahoo.com. emel ada abjad+nombor je. nih mengambarkan beliau sorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada sesorang. tu pun kalo dia percaya 100% la. kalo idakkkk... kirim salammmm aje la ek.


rahsia emel nih ada gak kena kadang-kadang tu. so dah tengok apa rahsia emel korang? share-share la ye...

Wednesday, November 11, 2009

party event

sumijelly...
aku dah update.
huhu...

skang nih aku maleh bebeno nak update belog.
bukan takda masa tapi memang tengah takda perasaan.
banyak benda nak kena buat bulan nih.
keje... exam... tuan umah yang berupa babun...
nanti kalo dah setel jenuh korang nak khatam belog aku.
nanti kan... jeng jeng jeng

eh eh... nih event terbaru poupee.
P.A.R.T.Y E.V.E.N.T