Wednesday, September 30, 2009

♪♫。゚Kad Raya Untuk Korang゚。♫♪

(sila klik untuk gambo yang lebih jelas ok)

Have a safe journey guys!

Saturday, September 19, 2009

♪♫。゚Oh! Lemang Oh! Rendang゚。♫♪

besok hari raya...
besok hari raya... yey!

pagi-pagi lagi kitorang dah serbu tesco. beli barang-barang tambahan.
beli sunquick perasa anggur, kordial oren F&N, gula... ayam.
makanan mentah untuk last day berbuka skali.
kak ina nak masak ikan siakap sweet sour. hen haochi!(sangat sedap!)

sampai umah tengahari, prepare untuk persiapan raya.
ni la aktiviti yang kitorang buat petang tadi...

tahun nih kitorang masak lemang secara membakar.
slalu kitorang masak lemang secara kukus dalam tin.
guna 2 tin macam tin-tin biskut meri tu la.
satu takung bawah, satu lagi takung tutup atas.
tin yang slalu guna dah bocor, dah cari kat kedai tapi takda.
so terpaksa la masak lemang macam nih. taktau apa la rasa dia.
actually, ada 3 orang yang jadik tukang jaga api lemang.
abang surie, adik ngan ayah tapi tinggal ayah sorang je time nih.

mak aku dengan gigihnya mempotong ayam.
walaupun mata mak tak betol-betol sihat tapi dia tetap sibuk.
tiap-tiap tahun lemang memang mak akan buat sendiri.
sebab dia penah cakap, "kalo takda lemang takda makna la raya".
tu blom masuk rendang, ketupat dengan nasi impit lagi.
sebabkan abang shukor tak balik lagi so buat ketupat instant je la.
dia je yang tau nak ngayam daun ketupat. kitorang tau makan je. hehe.
nasi impit tahun nih dah tak buat sebab dah ada ketupat instant tu tadi.

haaa... ni adalah budak-budak rajin.
tengah bersihkan ayam-ayam.
juju ngan acey banyak main je, yang buat keje aku.
nampak? nampak? haha.

mak seronok betol adik dapat balik beraya.
patutnya dia takda dapat cuti, tapi kebetulan dapat off day sehari.
malam tadi dia sampai kul 1 pagi, besok petang raya dah balik.
kena masuk keje shift malam plak.
nasib baik ko dapat balik dik... kalo idak mau nangis mak kang.

malam plak, masa yang ditunggu-tunggu oleh kanak-kanak
err... bapak-bapak skali.
main mercun!
bunyik semua ngalahkan meriam je, bingit btol.
tapi aku snap asap je... hehe.

besok raya, nak tido.

Friday, September 18, 2009

♪♫。゚Balik Kampung゚。♫♪

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...
Hati girang
Ho ho... Balik kampung
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

lepas je solat subuh terus bersiap balik kampung.
aku nih kalo nak balik kampung memang excited lebih.
tapi kali nih gila excited terlebih-lebih plak.
ni kalo dok oversea mau menangis je sepanjang puasa.
semalam, awal-awal pagi dah mintak halfday kat bos.
kununnye nak balik awal tapi balik terusss... membute.

sebabkan tahun nih bonus ciput, terpaksa mengunakan jalan alternatif.
tanpa tol dan berdoa jalan clear tanpa gangguan.
shah alam - kuala selangor - sabak bernam - teluk intan - kampung gajah.
alhamdulillah... jalan amat clear.
cuba tengok tu... kalo nak drive tengah-tengah pun takpa. hehe.

aku tak balik sorang kali nih.
memandangkan antara perak ngan kedah, perak sampai dulu.
so aku la yang kena bawak kiki balik kampung.

malam berjaga so dalam kete asik tido je.
penat agaknye...

seblom pukul 10pagi aku dah sampai umah.
kira dalam 3 jam gak la driving tadi.
sampai je umah, kiki terus nyorok bawah sofa.
takut ke pemalu aku pun tak pasti.
tapi time tu banyak lak kucing-kucing yang datang nengok kiki.
labu, ct, itam... 3-4 ekor lagi aku tak tau nama.

agak-agak dah lapa baru dia kuar.
bagi friskies tanak... tapi kepek pisang dia balun.

dah makan...
membungkang!

Thursday, September 17, 2009

♪♫。゚DapurMas゚。♫♪

semalam makan banyak kat dapurmas lagi.
nih kali ke-2 aku melantak habis-habisan.
dah nama pun makan buffet. murah lak tu...
maka haruslah penuh satu meja.

makan buffet kat sini kena wat reservation dulu. slalu full booking.
kedai nih 2 tingkat. belah atas tempat buffet, bawah macam restoran biasa.
bayaran amat berbaloi-baloi. kategori murahan la.
dewasa = rm12, kanak-kanak = rm7

semua gambar aku snap masa 1st time datang.
12 september 2009 hari sabtu, lepas menghabiskan duit kat sogo.
ala-ala lomantik gitu, jimat letrik sungguh la kedai nih.
nih view tempat dessert, kuih muih, buahan, teh tarik, air olen.

semalam punye makanan malas nak snap.
so tengok je macam-macam makanan yang ada nih.
semua lauk pauk melayu je. yang penting ikan keli peberet ada.
ikan keli masak tempoyak lak tu... sedappppp!!!

nasib baik tokey reservedkan kitorang table kecik.
air je dah 4 gelas sorang.

erkkk... alhamdulillah.

♪♫。゚Pra-Raya゚。♫♪

mood nak keje memang dah takda langsung.
tapi mood berbelog ada plak. eh!
keje banyak nak kena setel tapi aku takda perasaan nak buat.
agak-agak kalo aku simpan sampai lepas raye aci tak?
agak-agak bos mahapkan tak aku?
ini adalah baju baru ye adik-adik.
beli kain nih masa pegi sarawak aritu. aku suh kak nanie buatkan.
baju nih memang khas untuk pra-raya.
nak balik kampung petang nih kena la dalam keadaan mood raya.
pondok kiut kat lobi opis.

Ada ketikanya MATA silap memandang,
TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata,
FIKIRAN khilaf menafsir & HATI silap menduga.
Mohon maaf atas segalanya.

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan,
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Raya dinanti-nanti,
anak bulan dicari-cari,
nak tunggu ape lagi,
dah sampai masa kite nak ber-happy-happy


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Tuesday, September 15, 2009

♪♫。゚Cara Untuk Kurus Tanpa Ubat-ubatan゚。♫♪

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar muscle(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini
menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula didalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. Ambil makanan yang berempah Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS

Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha."

Monday, September 14, 2009

♪♫。゚Fenin Lalat゚。♫♪

fenin la fenin lalat...
nih la azab orang yang suka tangguhkan keje macam aku.
dah kena warning semalam kat kelas baru la mengelabah.
nasib baik la en. zul, lecturer QM aku spesis baik hati.
antara spesis yang banyak ditemui di uitm.

pagi-pagi lagi meja dah bersepah.
keje tolak tepi, lepas raya kang aku tengok ko ek keje.
oren menkuasakan idupku.
idup zon oren! eh tetibe plak.

cedok-cedok dalam internet...
cedok-cedok orang lain punye. muahahaha...

janji siap and anta on time..err additional time.

Tuesday, September 8, 2009

♪♫。゚Nasi Mana?゚。♫♪

sila amik perhatian.
mungkin entry berciri agak poyo sedikit.

semalam berbuka secara homemade.
sebabkan sepanjang posa nih asik makan nasi,
menu semalam 1st time berbuka tanpa nasi.
memang bagus tak makan nasi. bleh kuruskan badan.
tapi yang tak berapa nak bestnya, pagi-pagi perot dah memekak.
tengah nak lawan encik mj nih,
dia makan supergedik (spegetti), tak makan nasi 3 hari berturut-turut.
siap kerek ngan aku. bikin hatiku panas...

bihun tomyam dengan air kosong.
harap-harap boleh la turunkan aku punye berat.
asal lepas berbuka je naik 1 kg.
adakah sebab aku tidak membuat proses penyahtinjaan?
lepas stop minum teh halia orang kampung 4 hari lepas,
susah bebeno isi perot aku nak kuar. naik sebu dah usus beso aku.

zura buat rojak [tauhu goreng and telo rebus].
semalam aku nampak dia buat bedegil..eh begedil.
macam best je kalo makan dengan nasi kan? ;D

♪♫。゚Nasi Padang゚。♫♪

jumaat lepas, 4 September 2009...
aku pegi berbuka posa dengan encik mj.
mood encik mj adalah dalam keadaan baik.
tu pasal dia rajin datang jumpa aku time weekdays.
pastu siap pegi sogo yang tengah buat S-card sale (sesak gila ok).
semata-mata nak beli baju raya tapi tak beli satu hapah pun.
pastu round area masjid india carik baju raya lagi.
nasib baik beli selai kalo tak mesti dia akan bertukar kaler.
sebabkan kriteria-kriteria inilah saya amat mensayangi beliau.
sekian. bluwekk =P

disebabkan encik mj teringin nak makan nasi padang,
so kitorang pegi ke Restoran Sari Ratu, Kelana Jaya.
terpaksa berbuka dalam kete then solat dulu seblom makan.
tau-tau je la kan... sah-sah dah full reserved.

ala-ala makan kat sini macam kedai mamak je lebih kurang.
kena tunjuk-tunjuk pastu baru dorang anta ke meja.
encik mj kate, masa dia pegi indonesia,
selalunya dorang akan letak semua lauk atas meja,
pastu makan apa kita nak makan je, jangan amik sume kang kena charge.

jus avocado plus coklat. (rm6)
encik mj orderkan untuk aku.
langsung takleh blah. muak gila...
last-last terpaksa la dia yang perabihkan.

apakah ini?
ini adalah otak lembu masak gulai. (rm8)

berselera sungguh dia makan.
aku rasa sikit pun dah tak lalu.
baru aku sedar... aku bukanlah pencinta makanan esotik.

berseni sungguh potongan ikan nih kan?
ikan nila goreng cicah sambal kicap. (rm18)
nih aku mintak paling kecik ok. bayangkan kalo lagi beso...
ikan nih ikan air tawar, tapi aku tak penah tau pun.
macam rasa ikan talapia pun ada. ke dorang yang panggil nama lain?

ayam bakar [alias] percik. (rm6)
nih lauk aku. nak tambah lemak kat perot.

sayur singkong [alias] pucuk ubi. (rm3.50)
mak aku masak lagi kick. tetibe rindu kat mak. =(

nih sambal paling aku tak pueh ati.
dah la bijik cabai banyak, ikan bilis bapak beso tak buang taik,
campur dengan petai 3 bijik.
sambal hijau. (rm3)
memang tak sedap, sila jangan order lagi.

kalo tak cuba tak tau kan? haih.

Saturday, September 5, 2009

♪♫。゚Jom Masak゚。♫♪

pagi tadi buat discussion kat umah Sara.
malas nak bawak kete so tumpang kete Mai dengan adik dia, Zu.
lagipun aku takut nak bawak kete sebab rasa bateri dah nak kong.
nak start pun macam sempot-sempot je.
kang tak pasal-pasal tersadai tengah jalan. sapa lak nak menolong.
patutnye petang tadi pegi beli bateri tapi dah tak dan.
mentang-mentang nak raya si budak besi nih pun sakan jugak.
sume nak serba baru dah lawan tokeyyy...

lepas pegi pasar ramadan putrajaya terus suh dorang anta ke umah Yan.
hari nih nak masak-masak secara berduet plak.
masak pun takda la beria sangat. biasa-biasa je asal bleh ngappp...

tomyam putih ala-ala terlebih kuah tu Yan masak.
kalo ikut nama atas peket tomyam kung.
ikan keli goreng dengan sambal kicap aku yang masak.
slalu sambal kicap makan dengan sup-sup lagi kaww...
request punye pasal, dengan tomyam pun bedal la.
cicah lak dengan ikan keli goreng tu... fuhhhh
habis nasik seperiuk wa cakap lu...

Thursday, September 3, 2009

♪♫。゚Masak Lagi゚。♫♪

dah jadik belog memasak pulak belog aku nih.
tengah kemaruk biarkan la...
kang datang angin tsunami malas, masak air pun pun aku xhingin.
dah la keje kat opis pun aku malas sangat nak buat skang.
siap main pilih-pilih yang urgent je.
agak-agak tak berapa nak urgent aku postpon buat lepas raya kang.
harap-harap takda la perepot bagitau kat bos aku.

menu berbuka hari nih aku tengok macam lebih kureng je dengan semalam.
dah nama pun semalam aku beli buat setok.
so sah-sah la minggu nih aku makan benda yang sama je.
cuma aku akan menvariasikan secara kreatif bahan-bahan tersebut.
muahahahaha...

semalam minum air oren sunquick, so hari nih tukar yakult plak.
semalam ada ikan goreng, tapi hari nih ada telo masin.
nasik tetap sama tapi kuantiti terlebih sket. kurma sebijik kena ada.
semalam ada sambal tumis tempoyak, hari nih tetap sama.
setok sambal 3 hari ok. jangan tercirit sudah...
sayur macam semalam, kacang buncis dengan karot tapi
additional kobis bunge dengan tomato.
siap ada sotong dengan udang lagi.
kunun nak masak paprik sayur seafood tapi cam tak menjadik je.
takda bau daun limau purut pun, padahal aku dah boh banyak dah.
ke kena boh satu pokok baru ok?

anybody wanna help me cooking?

Wednesday, September 2, 2009

♪♫。゚Menu Single゚。♫♪

hari nih teringin lak nak masak-masak.
dah boring asik beli je, asik-asik makan benda yang sama.
naik muak lak tekak aku.
tadi pukul 5.o2 pm aku dah cabut. takut jem...
kang tak pasal-pasal kurang pahala aku maki-hamun dalam jem.
sblom balik umah, singah kedai runcit jap beli barang.
tau-tau je la kan, wanita berkerjaya dan single amat kurang ke dapur.
so bahan-bahan mentah memang takda stok.

nih la air tangan susah payah aku masak untuk berbuka tadi.
menu simple dan sket bercirikan diet sihat. hehe.
masak banyak-banyak bukan ada sapa nak makan.
kang aku jugak yang tukang perabih. so better masak sket jek.
aku dah turun 4kg tau. dari 66kg to 62kg skang.
wahhh... sila kagum ok.
tolong jangan cakap yang turun sebab kurang air bukan lemak.
aku taknak amik kisah. janji turuuuunnnnn...

lupe nak intro menu mabeles aku tadi.
air oren sunquick.
sambal tumis tempoyak, peberet aku nih.
saja masak lebih sket buat stok besok. nyum nyum...
pastu goreng karot dengan kacang buncis,
and then nasi, ikan goreng dengan sebijik kurma.

sedappp... errr