Monday, August 17, 2009

♪♫。゚Salam Ramadhan゚。♫♪

Assalamualaikum...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan,

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada
kedua orang tuanya (jika
masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya".

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan
dilakukan pada hari Jumaat.
~source: email

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan kan?
Pastu pejam celik pejam ngapp dah bulan Syawal plak. Uhhh...so heaven kan?
So, sblom memulakan misi mentambah pahala dan mengkurangkan lemak
sepanjang bulan yang mulia nih mari la kita sama-sama bermahap-mahapan.
Ok ok aku mulakan dulu, aku tau aku banyak dosa ok.

Kesempatan yang diberikan ALLAH SWT ini,
aku ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang
tidak disengajakan mahupun yang tersengaja sepanjang berada dalam
dunia per-blog-an ini mahupun dalam dunia sebenar.
Untuk kawan-kawan seperjuangan yang berjuang untuk kurus,
sila lah berpuasa secara bersungguh-sungguh.
Jangan bersahur dan berbuka secara berlebihan.
(Pesanan ini khas untuk diri sendiri) =D
Mulakan countdown mengkuruskan badan mulai 1 Ramadhan ye.
Sila letakkan ticker kurus supaya anda tidak lupa diri semasa berbuka nanti.

Semoga kita semua sentiasa mendapat kasih sayang & dilindungi-NYA.
Selamat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan
dirahmati ALLAH SWT.
InsyaAllah. Amiinnn.

2 comments:

sumijelly said...

yer...selamat menyambut ramadhan yek...

✿nkara✿ said...

Sumi,

Mahapkan daku ye... =D