Monday, August 10, 2009

♪♫。゚Kuching゚。♫♪

malasnya nak cerita pasal kursus kat kuching.
kenapa? sila jangan tanya. kan dah kata malas tadi kan?
tapi nak cerita pasal shopping secara tak cukup masa boleh?
ada 3 jam only untuk mensetelkan kemaruk bershopping di kuching. haih!

punya la kempunan nak berposing dengan replika kucing,
so kucing yang nih pun jadi la.

mula-mula kami menserbu kek lapis dulu.

ini Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, kedai kek lapis paling feymes.
area mana tatau, tapi still dalam sarawak.
sila mengoogle untuk membuat tempahan secara online.

skali macam bertandang raya okek. meriah gila tester dia.
punya la penuh meja dengan segala bagai jenis kek lapis.
tapi kan... saja je taknak letak air minum skali.
adakah dia takut kitorang makan sampai tak hengat donia? uhh.

siap bertandang sampai ke dapo.
punya gila banyak kaler untuk masak kek lapis nih.

kek lapis nih dibakar lapis demi lapis.
lepas masak satu lapis, letak lapis kaler lain lak.
nasib baik la aku tau makan je, buat "wo bu shiduo".

masuk oven nih. amat terasa tahap kepanasannya.
tak sampai 10 minit kitorang dah keluar. tak rela u nak tunggu lelama.

kek lapis yang sudah siap untuk masuk ke dalam perut aku.

berpinau-pinau mata aku mentengok kek lapis nih.
asal nak beli je makan tester dulu, macam tu la sampai semua orang abis beli.
so perlu tak aku beli banyak walaupun perut dah kenyang?

kek lapis lembab... bukan lembab = bodoh, tapi lembab = basah-basah.
kurang sesuai untuk bawak jalan jauh-jauh,
cuma sesuai untuk terus masuk ke dalam perut only.

siap buat sudut berposing bersama artis.
punya nak tunjuk ke-feymes-an tu.

tukang tester tengah mentesting kek lapis cadburry.

ehem ehem... tangan berbaju merah sapa kah itu?

next, pegi Pasar Tamu DBKU plak.
selain kek lapis, adalah tidak sah kalo tak membeli ikan terubuk masin.

macam-macam saiz ikan terubuk ada.
yang local, yang import.
tapi dorang kata elok kalo beli yang local from sarawak.
apa yang differentnya aku pun taktau.

then, pegi beli sourvenir lak. tak banyak pun shopping.
baru 6hb beb, kang orang makan sedap-sedap time bebuka aku makan megi.
tak pun makan tido sampai raya.

apa motif aku pakai benda nih pun aku sik tau.
mungkin amik berkat nak datang shopping lagi kot.

time to balik. flight jam 5.35pm.
walaupun kursus kureng syok,
tapi kalo tambah masa untuk bershopping mesti best.
hehe. =D

No comments: