Thursday, August 27, 2009

♪♫。゚Bapak Polisi゚。♫♪

semangat ok semangat...
pepagi dah sampai opis trus menghadap blog.
kalo orang lain skang dah masuk posa ke-6,
aku baru terkial-kial hari nih nak mula posa.
maknanya 6 hari la aku kena posa ganti,
tu blom ujung bulan ramadan plak. macam bertambah je...

1st entry bulan ramadan nih aku nak citer pasal adik aku
yang selamat menghabiskan training polis 15 ogos 2009 recently.
punya ramai mak bapak nak nengok anak dorang jadik polis.
tu baru konstabel blom lagi inspektor, bangga gilo weh.
termasuk la kitorang. muahahaha.

kalo tak silap yang depan no.2 dari kiri tu si adik.
kalo sblom masuk putih, jangan arap lepas training pun nak putih gak.
kelabu je seko-seko aku nengok.
majlis penutup pun tak lama sangat, sblom tengahari dah setel.
skang kan musim babi selesema, so tak bleh lama-lama.

orang lain sebok pakai mask, kitorang selamba je.
harap-harap takda yang terjangkit selsema babi tu.

nih bukan aku buat efek gelap, tapi adik aku memang jadi gelap.
bukan takat gelap je, jerawat pun sama naik.
lepas habis training, cuti balik kampung seminggu.
pastu dapat posting kat KLIA. takda la nak jauh skit dari aku.

hari nih nak berbuka ape ek?
kenny rogers? ciken rice shop? dominos? air tebu?
eh, dah dah... meleleh air liur aku kang.

selamat berposa & bebuka posa kepada aku dan kome semua.

No comments: