Monday, August 31, 2009

♪♫。゚Hari Kemerdekaan Ke-52゚。♫♪

Kepada semua rakyat malaysia...

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52 TAHUN.
SEMOGA MALAYSIA MAJU, AMAN DAN MAKMUR SELAMANYA.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Slogan :

1 Malaysia,
Rakyat Didahulukan,
Pencapaian Diutamakan.

Saturday, August 29, 2009

♪♫。゚Dah Dapat!゚。♫♪

dah dapat...
dapat dahhhhh...

dah lama aku idam-idamkan nak laptop.
aku beli Toshiba Mini Laptop NB200 Posh Pink Color.
very girlish ok. incik mj nak sangat aku jadik pompuan.
eh! dia ingat berchenta dengan jantan hapa?

malas punya hal nak meredah pegi ke Low Yat,
so kitorang redah Alam Sentral, Shah Alam pastu Digital Mall, PJ plak.
bukan takda kat Alam Sentral, tapi aku dah rambang mata.
even time tu baru 2nd ramadan, incik mj terpaksa layan je aku.
sian ok... dia posa, aku tengah kibar japanese flag. hehe.
sori ye cayunk, ailebiyu tau...

nih descriptions dia... courtesy of google.

- 10.1" diagonal widescreen TruBrite backlit LED display
- 1.66GHz Intel Atom N280 CPU
- 2GB RAM (takda kena mengena dengan Ramlah Ram)
- 160GB HDD with impact sensor (very sensitip with gegaran ok)
- Windows XP Home OS
- built-in webcam
- 2-in-1 memory card slot
- security lock slot
- USB port with Sleep-and-Charge
- two USB 2.0 ports
- WiFi
- Bluetooth
- 6-cell battery

sama je dengan mini laptop brand lain.
tapi aku memang bekenan sangat dengan si TOBBY nih.
harga pun sepesen je RM1699 tapi aku dapat RM1599 kat DM.
taktau la kalo ada tempat lagi murah. tak koser aku nak carik tempat lain.
free gifts dia kasik seko tikus (RM8 ok), pouch dengan laptop cleanser.
kedek-kot...

tapi bese la kan... kalo dah mini haruslah ada benda yang takda.
ni ha....

tengah carik external CD/DVD sebab takda built-in.
kalo bleh nak Toshiba Super Slim External CD-RW/DVD camnih.
ada sesapa tau nak bli katne?

Friday, August 28, 2009

♪♫。゚Menu Mentedarah゚。♫♪

bulan posa nih nafsu makan bukan main up lagi.
nak-nak lak beginner macam aku. beginner la sangat. hehe.
skalo ikutkan nafsu mentedarah aku nih, macam-macam aku nak bedal.
dan-dan la ingat nak makan nasik kerabu la tapiii... without budu ok.
kalo taruk tempoyak takpa. teman ni kan orang perakkk...
pastu nak apam balik la... roti john warisan la... haih.

at last, ajak linda makan kenny rogers roaster.
pegi lepas time berbuka sebab aku tak daya nak cop-cop tempat.
pastu nak makan laju-laju sebab nak solat maghrib plak.
lagi aku tak koser ok.

gambar snap sendiri takda. tak sempat sebab lapo sangat.
so tadi aku jenuh men-google sambil telan air liur,
sambil perot krek krok krek krok.
kome nengok la hapa yang aku mentedarah time berbuka semalam.

nih aku punye. lemon tea without ais ok.
untuk mengelakkan perot aku semakin membuncit.
ayam bukan seko macam gambar tu, kitorang order quarter meal.
kat website krr takda gambar quarter so aku amik gambar family meal.

yang nih linda punye.
quarter meal jugak dengan mango magic yogurt iced blends.
tak daya aku nak minum iced blended dia. sejuk gilo...

mulut kena cuci dengan home-made muffin.

so ape menu berbuka hari nih?
teringin nak yang ni plak la....

secret recipe's chocolate indulgence! ;D

dah dahhh... blah cepat.

Thursday, August 27, 2009

♪♫。゚Bapak Polisi゚。♫♪

semangat ok semangat...
pepagi dah sampai opis trus menghadap blog.
kalo orang lain skang dah masuk posa ke-6,
aku baru terkial-kial hari nih nak mula posa.
maknanya 6 hari la aku kena posa ganti,
tu blom ujung bulan ramadan plak. macam bertambah je...

1st entry bulan ramadan nih aku nak citer pasal adik aku
yang selamat menghabiskan training polis 15 ogos 2009 recently.
punya ramai mak bapak nak nengok anak dorang jadik polis.
tu baru konstabel blom lagi inspektor, bangga gilo weh.
termasuk la kitorang. muahahaha.

kalo tak silap yang depan no.2 dari kiri tu si adik.
kalo sblom masuk putih, jangan arap lepas training pun nak putih gak.
kelabu je seko-seko aku nengok.
majlis penutup pun tak lama sangat, sblom tengahari dah setel.
skang kan musim babi selesema, so tak bleh lama-lama.

orang lain sebok pakai mask, kitorang selamba je.
harap-harap takda yang terjangkit selsema babi tu.

nih bukan aku buat efek gelap, tapi adik aku memang jadi gelap.
bukan takat gelap je, jerawat pun sama naik.
lepas habis training, cuti balik kampung seminggu.
pastu dapat posting kat KLIA. takda la nak jauh skit dari aku.

hari nih nak berbuka ape ek?
kenny rogers? ciken rice shop? dominos? air tebu?
eh, dah dah... meleleh air liur aku kang.

selamat berposa & bebuka posa kepada aku dan kome semua.

Thursday, August 20, 2009

♪♫。゚Hadis Sahih゚。♫♪

Sila hentikan penyebaran hadis palsu yang telah disebarkan!!!!

Hadis yang disebarkan berbunyi begini:

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****



RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)

آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين

Maksud hadis:

Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya:

Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini.

Lalu baginda menjawab:
Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya

Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]

Dari Abu Hurairah ra. berkata :-

"Sesungguhnya Nabi saw telah naik ke mimbar dan berkata : Amin, Amin, Amin. Seorang bertanya kepada dia : Ya Rasulullah, Apa yang engkau lakukan ini? Baginda menjawab : Telah berkata Jibril kepadaku : Hambanya yang sombong, sempat bersama ibu-bapanya atau salah seorang darinya, tidak akan masuk syurga (kerana kesombongan terhadap mereka), Aku berkata : Amin, kemudian berkata malaikat: hambanya yang sombong apabila masuk Ramadhan tidak akan diampun dosanya (oleh Allah), Maka Aku berkata : Amin. Kemudian malaikat berkata : Seseorang yang sombong dimana nama engkau (Nabi saw) disebut kepadanya akan tetapi dia tidak berselawat kepada engkau, maka aku berkata : Amin."
[Hadith Riwayat al-Bukahri didalam Adabul Mufrad].

=============
Keterangan dan pengajaran:

Hadith ini memberi amaran dan pengajaran agar :-

a. berbuat baik kepada kedua ibu-bapa semasa mereka masih hidup.

b. lakukan amalan-amalan yang baik dan mohon banyak2 agar Allah mengampunkan dosa2 kita didalam bulan Ramadhan dengan melakukan ibadat dengan ikhlas, jangan sombong.

c. seseorang yang apabila disebut Nabi saw kepadanya. langsung tidak berselawat kepada baginda; maka inilah dikatakan orang yang berhidung tinggi/sombong!!


Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....

Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no : 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ?alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no : 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]

Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]

Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini.

Monday, August 17, 2009

♪♫。゚Salam Ramadhan゚。♫♪

Assalamualaikum...

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan,

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad,
apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan
hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada
kedua orang tuanya (jika
masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya".

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.
Dapatkah kita bayangkan yang berdo'a adalah Malaikat dan yang
meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat dan
dilakukan pada hari Jumaat.
~source: email

Pejam celik pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan kan?
Pastu pejam celik pejam ngapp dah bulan Syawal plak. Uhhh...so heaven kan?
So, sblom memulakan misi mentambah pahala dan mengkurangkan lemak
sepanjang bulan yang mulia nih mari la kita sama-sama bermahap-mahapan.
Ok ok aku mulakan dulu, aku tau aku banyak dosa ok.

Kesempatan yang diberikan ALLAH SWT ini,
aku ingin memohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan yang
tidak disengajakan mahupun yang tersengaja sepanjang berada dalam
dunia per-blog-an ini mahupun dalam dunia sebenar.
Untuk kawan-kawan seperjuangan yang berjuang untuk kurus,
sila lah berpuasa secara bersungguh-sungguh.
Jangan bersahur dan berbuka secara berlebihan.
(Pesanan ini khas untuk diri sendiri) =D
Mulakan countdown mengkuruskan badan mulai 1 Ramadhan ye.
Sila letakkan ticker kurus supaya anda tidak lupa diri semasa berbuka nanti.

Semoga kita semua sentiasa mendapat kasih sayang & dilindungi-NYA.
Selamat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan
dirahmati ALLAH SWT.
InsyaAllah. Amiinnn.

Thursday, August 13, 2009

♪♫。゚Kiki Da' Noty゚。♫♪

aku nih kalo ikutkan tak suka sangat dengan kucing.
takat nak bagi makan boleh la skit-skit, nak manja-manja sory.
kalo kat kampung, yang rajin membelai kucing slalunya ayah dengan juju.
yang tukang basuh taik kalo berak merata ngan bagi makan slalunya mak.
tugas akan diambil alih kalo juju ada kat umah.

tapi sejak encik mj bela kiki nih, tetiba hati kebinatangan aku mengebu-gebu.
asal encik mj call je, aku mesti tnya, "kiki watpe?","kiki dah makan?"
wajib kena tanya. =D

(source: mms)
(source: mms)
(source: mms)

seminggu aku kena jadik mak angkat kiki.
encik mj kena pegi outstation merangkap balik kampung kat utara.

buat muka boring.

kepala ben10 tu je ada aku nak bagi kiki main.

Pantang nampak beg mesti dia nak sibuk masuk.
paling dia suka time aku lipat kain, time tu lagi sakan dia kacau.

2 - 3 hari nih tuan tanah kedaung takda.
dia pegi jalan-jalan ada makna kat melaka.

Tuesday, August 11, 2009

♪♫。゚Snapshots゚。♫♪

sambil tangan mensuap nasi ayam, sambil men-edit entry.
wahhh... peribahasa baru nih. =D

masa entry ♪♫。゚Netball Team゚。♫♪ tak sempat nak mensidai muka.
so entry kali yang bermotifkan lapuk, errr...
bukan lapuk tapi bangga gila banyak dapat masuk ke semifinal.
eventho 4th place pun, tetap aku berbangga sampai 2 tahun. huh.

before start, referees buat check up dulu.
kuku panjang dan segala bagai accessories wajib bukak.

mereka memang amat dengki dengan aku.
tau la aku posisi defend.
takda la nak amik gambar pengawal pertahanan nih. =(

time break.
bukan untuk berehat tapi time untuk berposing.

baju oren ini ada ong.
2 hari berturut-turut pakai sebab nak menang punya pasal.
before pakai dah basuh tau.
so sila jangan buat spekulasi kitorang tak basuh ok.

nih kalo masing-masing angkat ketiak mau pengsan seminggu.
aku pakai deo morning breeze tau.
so maybe kurang sket kot kepamannye. hehe.

video

video time NRE vs NAHRIM.
boleh tahan gak laju kitorang main.
penat gila dowh time aku jadik defender.
bola langsung tak datang kat aku.
ceh, ayat berbaur riak nih. =D

Monday, August 10, 2009

♪♫。゚Kuching゚。♫♪

malasnya nak cerita pasal kursus kat kuching.
kenapa? sila jangan tanya. kan dah kata malas tadi kan?
tapi nak cerita pasal shopping secara tak cukup masa boleh?
ada 3 jam only untuk mensetelkan kemaruk bershopping di kuching. haih!

punya la kempunan nak berposing dengan replika kucing,
so kucing yang nih pun jadi la.

mula-mula kami menserbu kek lapis dulu.

ini Kedai Kek Lapis Dayang Salhah, kedai kek lapis paling feymes.
area mana tatau, tapi still dalam sarawak.
sila mengoogle untuk membuat tempahan secara online.

skali macam bertandang raya okek. meriah gila tester dia.
punya la penuh meja dengan segala bagai jenis kek lapis.
tapi kan... saja je taknak letak air minum skali.
adakah dia takut kitorang makan sampai tak hengat donia? uhh.

siap bertandang sampai ke dapo.
punya gila banyak kaler untuk masak kek lapis nih.

kek lapis nih dibakar lapis demi lapis.
lepas masak satu lapis, letak lapis kaler lain lak.
nasib baik la aku tau makan je, buat "wo bu shiduo".

masuk oven nih. amat terasa tahap kepanasannya.
tak sampai 10 minit kitorang dah keluar. tak rela u nak tunggu lelama.

kek lapis yang sudah siap untuk masuk ke dalam perut aku.

berpinau-pinau mata aku mentengok kek lapis nih.
asal nak beli je makan tester dulu, macam tu la sampai semua orang abis beli.
so perlu tak aku beli banyak walaupun perut dah kenyang?

kek lapis lembab... bukan lembab = bodoh, tapi lembab = basah-basah.
kurang sesuai untuk bawak jalan jauh-jauh,
cuma sesuai untuk terus masuk ke dalam perut only.

siap buat sudut berposing bersama artis.
punya nak tunjuk ke-feymes-an tu.

tukang tester tengah mentesting kek lapis cadburry.

ehem ehem... tangan berbaju merah sapa kah itu?

next, pegi Pasar Tamu DBKU plak.
selain kek lapis, adalah tidak sah kalo tak membeli ikan terubuk masin.

macam-macam saiz ikan terubuk ada.
yang local, yang import.
tapi dorang kata elok kalo beli yang local from sarawak.
apa yang differentnya aku pun taktau.

then, pegi beli sourvenir lak. tak banyak pun shopping.
baru 6hb beb, kang orang makan sedap-sedap time bebuka aku makan megi.
tak pun makan tido sampai raya.

apa motif aku pakai benda nih pun aku sik tau.
mungkin amik berkat nak datang shopping lagi kot.

time to balik. flight jam 5.35pm.
walaupun kursus kureng syok,
tapi kalo tambah masa untuk bershopping mesti best.
hehe. =D

Tuesday, August 4, 2009

♪♫。゚Mana Tuan Tanah?゚。♫♪

untuk makluman ye...
tuan tanah skang berada di kingwood inn, kuching, sarawak.
tengah menjadi urusetia kursus.
start 03 - 06 ogos 2009.
cuaca amat elok disini... so hot only.
tak kemana berjalan pun sebab ini 1st time aku menjejak kaki kat sini.
dari semalam asik bergulung dalam selimut kat hotel.
so buleh tolong pikir tak keadaan aku?
boring tahap melampau dah nih.
jadual program macam padat je.
sempat ke nak beli kek lapis ngan ikan terubuk masin?