Friday, July 24, 2009

♪♫。゚Royal Belum゚。♫♪

sampai je kat pulau banding, sesi mengangkut barang lagi.
kali nih angkut semua. tinggalkan bas je.
kalo semalam bot dari perhilitan dan jheoa, tambah bot royal belum plak.

rasanye time nih dah setel angkut barang kot.
nampak gedebab btol aku. sila salahkan baju ok.

bersedia nak berlepas. bot jhoea yang dipandu oleh man.
terima kasih la tidak membawak dengan laju ye.

muka nampak cool, dalam tengok...
macam-macam pala otak aku pikir. buaya la. anaconda la.
paling truk... kannibal "orang makan orang". waaaa...

view toksah cakap la. memang cantik banget.
macam tak caya lak dah masuk royal belum.

muka tak bleh blah dapat tau base camp ada jamban.

base camp royal belum.

ohhh... idamanku...
takyah mandi kat sungai. takyah berak dalam lobang.

ini rest house untuk staff royal belum.
dorang tak tido sini pun. syang aku nampak asik bergulung dalam buaian.
nampak comel je gulung-gulung, tapi lupa lak nak snap.
penting ok dorang nih. penjaga kitorang sepanjang dok sini.

sampai je trus angkut barang ke base camp.
banyak aktiviti kena buat secara cepat.

nih kafetaria...
banyak la ko kafe. nih tempat masak-masak.
sepanjang program kena masak sendri.

setel je angkut barang. operasi memasak menjalan.
nih masak untuk bawak ke orang asli settlement karang.
haruslah masak sendri, kalo masak kat sana tak daya lak tekak aku.

chef sarjan mengetuai rombongan memasak.
ada gulai daging, ikan masin goreng, popadum, bubur kacang...
apa lagi ntah aku tak ingat.

setel je masak, trus gerak ke orang asli settlement.
tak jauh pun, dekat-dekat sungai kejar tu jugak.
orang asli kat sini ada la berkaum jahai.
sampai je aku dah nampak anjing. sket punya baek dorang gomol-gomol.
aku dah la alergik dengan anjing, mau tersentap jantung aku.

lepas ucap selamat sket, bagi dorang makan dulu.
hilang kawalan jugak la mula-mula, susah beno nak suh dorang beratur.
taktau la dorang paham ke tak aku cakap.

lepas jadi pengawas barisan, aku jadik tokey air plak.
tak cukup air oren, sirap telo katak aku kasik.
sirap taruh biji selasih macam telo katak kan?

lepas makan, aktiviti mari menkaler kanak-kanak dulu.
bagi kertas yang dah ada lukisan dengan 2 batang crayon,
then suruh dorang kalerkan.

tayangan sapa terer menkaler.
sume kanak-kanak kat sini tak pegi skolah.
kalo ada skolah pun taktau la kat mana. sket punya jauh.
dari jeti pulau banding nak ke sini dekat 2 jam.

sape lagi seksi? aku ke pokcik tu...

rumah baru under constructions.
kerajaan negeri bina 3 -4 buah rumah baru untuk keselasaan dorang.

nih pun umah kerajaan bagi jugak, tapi tinggal tangga je.
kayu, papan, tiang suma dah jadi kayu api bila musim hujan.
adayang berkebun, tapi tak kadang-kadang tak sempat
nak rasa hasil tanaman sebab gajah liar.
nak salahkan gajah pun tak bleh jugak,
hutan pun dah habis kena gondol untuk pembangunan.
so salah sapa?

acara tiup belon sampai POMM! (pecah la)

yang nih acara bowling tanah perempuan.
bukan main bersolek aku tengok dorang nih.

lari secara berduet lelaki.

bowling tanah lelaki.
baling bola tenis kat tong tenis.

sesi men-agih pakaian terpakai.
punya la havoc. kalah sale kat sogo.

yang nih sesi agih makanan mentah.
beras ngan gula untuk setiap ketua keluarga.

time bila ntah cik aen nih pegi lawatan rumah ke rumah
bagi kain batek tak ajak aku.

habis acara, minum petang plak.
teh/kopi dengan bubur kacang.

program bersama orang asli habis dalam pukul 2 - 3 petang.
setel kemas barang sume dah tak sabo nak balik base camp.
orang asli nih pun tak brapa friendly sangat, maybe sebab kami orang luar kot.
masing-masing buat dunno je time kitorang nak blah.
takpa la, yang penting kitorang ikhlas datang sana.

apa yang penting???
KERJASAMA... hehe

No comments: